70

30.8K 2.4K 629
                                    

                        “NAYRA..." panggilnya lembut meleret. Dapat aku rasakan tangan kasarnya menarik kedua-dua belah tanganku sebelum digenggam. Perasaan aku sudah tidak menentu saat ini. Jantung langsung berkocak hebat ketika pandangan kami saling beradu.
Dan ketika aku merenung matanya, dia seolah-olah ingin meluahkan sesuatu yang berat di dada. Wajahnya penuh pengharapan kepadaku.

Nafas Brayan nampak tak teratur. Sekejap dia mengambil nafas lalu dihembus dengan perlahan seakan-akan mencari kekuatan. Dipandang mataku sekali lagi. Redup.

"Aku..." bicaranya terhenti setakat di situ. Lidah terasa berat untuk mengucapkannya. Namun aku tetap menanti dengan penuh kesabaran di dada. Tidak mahu mendesaknya.

Dia tarik nafas sekali lagi sebelum bersuara semula.

"Aku cuma nak kau tahu... walau apa pun perkara yang aku buat dekat kau. Itu semua sebab aku sayang kau. Tiada sebab yang lain." bergetar suaranya ketika meluahkan kenyataan itu. Mukaku semakin berkerut. Tidak faham dengan setiap bait kata yang keluar dibibirnya. Mengapa tiba-tiba sahaja dia beremosi? Matanya juga nampak berkaca namun dia tetap cuba untuk selindungkannya.

"Brayan..." aku mahu menyoal akan tetapi Brayan terlebih dahulu memotong.

"Tolong percayakan aku..." Dia merayu.

Dahiku makin berlapis. Percaya akan apa? Mahu sahaja aku soalnya sekarang, akan tetapi suaraku terasa seakan-akan tersekat dicelah kerongkong. Terkesima.

"Apa pun yang kau nampak... yang kau dengar... tolong percayakan aku." Sekali lagi Brayan mengulanginya tetapi lebih panjang dan ada sedikit penekanan. Aku masih lagi diam membatu. Cuba memproses maksud yang disampaikan. Malangnya aku masih lagi buntu.

"Saya tak faham, Brayan..."

Dia menggeleng kepala.

"Kau tak perlu faham pun. Cukup percayakan aku sahaja. Jangan pernah telan kata orang lain yang bercerita buruk tentang aku. Trust me. I'm not a bad person. Mungkin dulu... aku menakutkan bagi kau kerana peraturan The Rules Brayan. Aku akan marah bila kau langgar satu peraturan. Mengamuk tak tentu hala..."

Aku tetap pegun memasang telinga mendengar.

"Semua itu ada sebab. Aku dah tiada orang lain lagi yang aku mampu letak harapan selain kau seorang sahaja. if anything happens, please don't lose your trust in me."luahnya, sekali lagi dia mengulang ayat yang sama di hujung kata. Benar-benar ingin aku meletakkan kepercayaan tinggi buatnya walau apa jua yang berlaku.

"Can you promise?"

Aku hanya mampu mengangguk kepala. Tanpa sebarang kata, dia terus menarikku ke dalam dakapannya. Erat. Aku tergamam. Kaku. Bahkan tidak menolak, membiarkan sahaja dia memelukku selama mana yang dia mahu. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan membalas pelukannya juga.

Seminit juga berlalu. Keningku sudah berkerut pelik. Mengapa lama sangat?

"Brayan?"

"Syhh, my treasure. Bukan selalu saya dapat peluk awak." Bisiknya.

Membuntang mataku apabila panggilan itu yang keluar. Spontan kedua-dua belah tanganku menolak lengan lelaki itu ke depan agar meleraikan pelukan. Wajahnya kupandang. Dia sedang tersenyum sinis melihat reaksiku yang jelas terkejut.

"Sebab inilah saya diam aje daripada tadi. Dah agak. Reaksi ni yang akan muncul sebaik saja awak dengar panggilan saya." Katanya jelas meluat apabila aku paparkan reaksi begitu dihadapannya. Dia terus bangkit dari sofa berjalan mengelilingi bilik kerja yang luas ini sambil sebelah tangan diseluk ke dalam kocek seluar.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now