61

32.4K 2.7K 857
                                    

                   SEKALI lagi Puan Fatimah menghubungi nombor yang sama. Tetap tidak dijawab. Dia mendengus penuh amarah. Ditatap nama Rezza yang tertera di skrin telefon, masih lagi berdering agak lama sebelum talian termati dengan sendirinya. Ke mana pula si Rezza ni pergi? Semalam rasanya elok terpacak dekat hadapan rumah. Tahu-tahu sahaja dah hilang sebaik saja pintu dibuka semula.

Haish!

Puan Fatimah meraut wajah.

"Kau ni Rezza sesekali tak buat hal memang tak sah! Bukannya nak bagitau kau pergi mana? Takkan dia pun sama-sama nak hilang macam kakak dia!" Bebel Puan Fatimah. Ditekan nombor yang sama sekali lagi. Harap-harap kali ini anak lelakinya bakal angkat. Malangnya, tidak.

"Angkatlah! Susah sangat ke engkau nak angkat huh?!" Bentak Puan Fatimah. Mahu sahaja dibaling telefon bimbit ini ke lantai. Ada telefon tetapi seolah-olah tak berguna langsung!

PIN! PIN!

Tiba-tiba kedengaran hon motosikal ditekan sebanyak dua kali sebagai tanda kehadiran seseorang. Puan Fatimah yang tidak putus-putus mencuba hubungi Rezza, terus menjenguk ke luar pintu gelangsar. Melihat seorang tukang pos barang sedang menunggu di hadapan pagar, Puan Fatimah pun melangkah menuju keluar.

"Adik cari siapa?" Soal Puan Fatimah dengan nada geram yang masih tersisa.

"Ini rumah Puan Fatimah ke?" Soal lelaki itu. Sekejap tunduk membaca nama dikotak bersaiz sederhana itu, kemudian memandang muka Puan Fatimah sekadar inginkan kepastian.

Lantas Puan Fatimah mengangguk kepala. Yalah. Itu memang namanya.

"Sayalah tu. Tapi saya tak ada order barang." Ujar Puan Fatimah, takut-takut jika orang itu tersilap rumah dan kebetulan nama pemilik kotak itu sama.

"Tapi alamat dekat sini memang menuju ke rumah ni. Memang Puanlah orangnya."

"Ya ke? Meh nak tengok!" Tanpa sebarang isyarat, kotak yang berada ditangan lelaki itu dirampasnya begitu saja. Melilau anak matanya tercari-cari dimana terletak cetakan alamat yang ditulis. Sebaik sahaja melihat, kepala terangguk-angguk mengiyakannya. Benarlah, penghantaran barang ini tidak silap.

"Betullah rumah ni."

"Kalau macam tu saya pergi dulu ya." Pamit lelaki itu, mula mengundurkan motorsikalnya ke belakang sebelum membawa kenderaan itu pergi. Puan Fatimah tidak membalas apa-apa. Sebaliknya sibuk mengoyak kertas yang dibalut pada kotak itu ingin melihat isi di dalamnya.

Hendak terjojol keluar biji mata Puan Fatimah tatkala melihat wang tebal yang diikat kemas penuh satu kotak. Baru semalam dia merungut tiada duit, tuk-tuk hari ini duit sendiri yang datang ke rumahnya.

Wah!

Dia sudah putih mata.

"Banyaknya!" Bergetar tangan Puan Fatimah saat mengeluarkan wang sebanyak itu dari kotak. Menggigil lutut dibuatnya. Namun, saat terpandang ada note yang diselitkan pada duit itu. Senyuman dibibir terus mati. Riak muka bertukar curiga. Perlahan-lahan dia menarik note yang terselit itu keluar. Lebih menakutkan saat ada kesan percikan merah pekat pada kertas itu.

GULP!

Puan Fatimah telan air liur. Belum baca lagi dah buat jantungnya rasa nak tercabut. Sedikit demi sedikit kertas itu dipusingkan ke belakang sebelum membaca tulisan cantik Zang ditulis penuh kemas.

“Aku suka hadiah semalam. Sebagai tanda balas budi, terimalah hadiah daripada aku pula."

Puan Fatimah kematian kata. Tak terasa dia boleh bernafas seperti biasa saat ini. Seluruh bulz romanya mencanak naik. Perlahan-lahan note ditangannya jatuh ke lantai. Hadiah yang dimaksudkan oleh si penghantar duit ini.... Rezzakah?
















THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now