50

36.6K 3.1K 473
                                    

                   “MA... MACAM mana Tuan Aryan boleh keluar?" Tergagap-gagap Teo menyoal. Terkejut bukan kepalang. Pantas sungguh mereka bertukar-tukar personaliti. Mujurlah dia sudah berkhidmat disini hampir bertahun-tahun, dapat jugalah dia beza mana satu Brayan dan Aryan.

Lelaki itu kedengaran mengeluh selepas ketawa dengan penuh sinis. Mukanya kembali berubah serius. Senyuman dibibir turut mati.

"Kenapa?" Cermin mata yang berada di hujung meja dicapai lalu dipakai.

"Kau tak suka bila aku yang ambil alih tubuh ni?" Sambung Aryan, menoleh memandang Teo yang masih berdiri kaku. Tak bergerak walau seinci. Pantas sahaja dia menggeleng kepala menafikan tuduhan Aryan. Kalau angguk sekarang, rasanya dah boleh gali kubur sendiri.

"Eh, mana ada! Saya tak cakap macam itu pun."

"Baguslah kalau fikir macam itu." Balas Aryan sebelum dia bangkit dari kerusi. Kaki diatur menuju ke pintu keluar sambil-sambil tangannya membuka butang kot yang kemas tercantum. Tatkala Teo dibelakang sudah terkulat-kulat, ke mana pula lelaki itu hendak pergi? Nak dihalang pun, dia bukannya berani sangat. Suara pun tiba-tiba rasa tersekat di celah kerongkong.

"Tu...Tuan  nak ke mana? Sekejap lagi ada pelawat nak datang ke pameran museum. Tuan kena ada dekat sana!" Akhirnya Teo bersuara setelah beberapa saat mendiamkan diri. Namun, tangannya masih menggigil. Apatah lagi melihat langkah Aryan yang terhenti di tengah pintu. Lagilah membuatkan jantungnya rasa seperti diserang bertalu-talu. Janganlah Tuan pusing ke belakang, kalau tak pengsan! Jerit Teo di dalam hati.

"Aku nak keluar. Duduk dalam bilik ni, buat aku rasa lemas." Katanya.

"Tapi, Tuan..."

Tanpa menunggu Teo menghabiskan kata, kot yang sudah ditanggalkan dari tubuhnya dicampak kepada lelaki itu. Dengan cepat Teo menyambut kot itu dari cecah mengena lantai. Kini, dia lebih selesa. Tak rasa terperangkap dalam kepanasan. Lengan kemeja berwarna putih disenteng hingga ke siku, kedua-dua belahnya sekali.

Kemudian, dia memusing memandang Teo yang masih dengan muka bingungnya.

"Sesekali kau patut biarkan bos kau rehat. Tak adalah dia tertekan sampai aku keluar. Tak ke begitu, Teo?" Ujar Aryan, sinis sekali bunyinya.

Teo diam.

Dia ketawa. Jelas plastik. Tanpa menghiraukan Teo, dia terus melangkah keluar daripada bilik itu dengan sebelah tangan diseluk ke dalam kocek seluar.











                           KERETA Bugatti diberhentikan di hadapan dengan Harold's Bread. Dia mahu membeli sesuatu untuk dibawa pulang ke rumah. Keluar sahaja dari perut kereta, dia terus menuju masuk ke dalam kedai itu. Bau roti yang sedang dibakar menusuk ke hidungnya. Sedap. Terliur dia dibuatnya. Diperhatikan dahulu jenis-jenis roti yang berada di dalam kaca itu sebelum dulang dan pengepit dicapai.

Dipilih beberapa jenis roti yang berbeza lalu pergi ke kaunter untuk pembayaran. Selesai. Dia kembali ke pintu keluar. Kelihatan ada seorang wanita yang ingin masuk. Lantas, dia pun memegang pintu kaca itu dari tertutup.

"Terima kasih, Encik." Ucapnya, sambil menunduk kepala tanda hormat sebelum dia meneruskan kaki masuk. Aryan sekadar melemparkan senyuman mesra. Dia kembali menyambung langkah keluar dari kedai itu. Pintu pemandu dibuka, dia mahu masuk ke dalam perut kereta namun ada suara yang mengalihkan perhatiannya...

"Ish, buruk! Buruk! Buruk!" Kutuk si budak perempuan itu sambil menghentak kepala anak patung itu berkali-kali ke atas tanah. Sekejap dia mendengus. Kemudian, dibaling lagi patung itu kuat-kuat ke bawah. Dikutip, selepas itu dicabut- cabut pula rambut anak patung tersebut menunjukkan ketidak puasan hati.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now