Bab 39

41.7K 3.4K 170
                                    

                        USAI menyucikan diri, Puan Nora Elena membantu mengeringkan rambut aku menggunakan kain tuala. Tak ubah seperti seorang ibu yang sedang menyiapkan pakaian anaknya itulah yang aku lihat pada wanita berumur ini. Daripada cermin besar dihadapanku, aku hanya memerhati cara Puan Nora Elena membuat kerja. Siap mengeringkan rambut, dia sikat pula rambut aku. Lembut sekali.

Lama aku perhatikannya. Hampir bibir mengorek senyuman lebar tiba-tiba fikiranku teringat tentang Puan Nora Elena yang bersubahat dengan Brayan untuk mendapatkan aku. Terus senyuman dibibirku mati. Anak mataku alih ke lain. Riak wajah bertukar cemuh.

"Cik Nayra marahkan saya?" Puan Nora Elena bersuara, sekilas dia memandang ke arah mukaku yang terpantul dicermin besar itu.

Aku diam. Kalau benar aku marahkan dia sekalipun, dah tiada guna.

"Saya minta maaf sangat-sangat sebab dah pergunakan Cik Nayra selama ni. Saya cuma ikut arahan Tuan Brayan. Cuma saya tak sangka, akibatnya sampai macam ini sekali." Ujar Puan Nora Elena berbaur kecewa. Dia sendiri pun tidak menyangka bosnya sanggup bertindak mencederakan Nayra. Selama berpuluh-puluh tahun dia mengenali Tuan Brayan, setahunya lelaki itu bukan seorang yang suka mencederakan orang. Mungkin tindakan Nayra yang membuatkan Brayan tiada pilihan selain bertindak kasar.

"Tapi saya pasti, Tuan Brayan pun mungkin menyesal sebab buat Cik Nayra macam ini." Sambungnya.

Aku menjuih bibir dengan muka tak percaya.

"Orang tiada perasaan macam dia pun boleh rasa menyesal ke?" Soalku berbaur sindiran.

"Dia juga manusia Nayra. Setiap manusia ada perasaan."

"Dia psycho."

"Psycho because of his life." Sambung Puan Nora Elena laju. Aku terdiam sejenak. Anak mataku alih memandang ke cermin, melihat wajah wanita itu yang tersenyum kelat sambil menyikat rambutku.

"Daripada kecil lagi, hidup Tuan Brayan penuh dengan tekanan. Pada mulanya, saya adalah pekerja ayah dia. Dan saya memang dah lama perhatikan hidup Tuan Brayan sejak dia sekolah rendah. It's not easy to be someone with a mental illness. Banyak cabaran yang mereka kena tempuh tanpa orang lain tahu. Hampir semua masyarakat zaman sekarang menganggap penyakit mental ini hanya adalah orang gila sahaja tapi malangnya tidak." Ujar Puan Nora Elena.

"Aryan muncul waktu umur Tuan Brayan masuk 10 tahun. Waktu itu, Puan Emelda... mak kepada Tuan Brayan dah anggap Brayan pelik sebab selalu bercakap seorang diri dan lukakan diri sendiri tanpa sebab. Pergi sekolah pun, cikgu cakap benda yang sama. Dia tak boleh fokus kepada pembelajaran seolah-olah ada yang mengganggu. Dan Puan Emelda fikir, anak dia dah gila. Bermula daripada situ, hidup Brayan tambah menjadi kucar-kacir. Lagi Brayan tertekan, lagi kuat penyakit mental yang dia alami itu mengawal diri dia. Oleh sebab itu, Brayan tetapkan peraturan dalam hidup dia supaya orang takkan boleh buat dia marah lagi."

Panjang lebar Puan Nora Elena bercerita tentang kisah hidup Brayan. Sedangkan aku hanya memasang telinga mendengar tanpa sepatah kata pun yang keluar. Tanpa sedar, hatiku turut rasa simpati dengan apa yang menimpa kepada lelaki itu. Namun perasaan benci lebih menguasai hatiku apabila setiap kali teringat tentang tindakan bodoh yang dia lakukan kepada aku.

"Tapi..." Puan Nora Elena terdiam seketika. Tangannya juga turut berhenti menyikat. Aku mendongak memandang ke cermin dengan kening berkerut. Masih menanti sambungan dari cerita itu.

"Suatu hari, saya nampak hidup Tuan Brayan berubah apabila dia masuk umur 17tahun. Itu adalah kali pertama, saya nampak dia balik daripada sekolah dalam keadaan luka sambil tersenyum. Dan bila saya tanya, kenapa dia gembira sangat waktu itu. He Said, he finally found someone who cared about him. And I know, it was you Nayra. It's you." Ujarnya.

Aku terkesima. Tak berkelip mataku memandang Puan Nora Elena yang tersenyum di cermin.

"Dan dia tak kesah lagi kalau dia kena pukul sekalipun sebab dia tahu awak akan muncul. Kadang-kadang dia sendiri yang buat hal untuk raih perhatian daripada awak. Brayan bukan sahaja ada DID. Tapi dia juga ada Histrionic Personality Disorder or we just call it HPD. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan dapat raih perhatian seseorang. Walaupun kerja tu kerja gila."

"Dia pun ada OCD. Saya tak sangka Brayan ada banyak masalah mental."sampukku.

Puan Nora Elena menggeleng kepala menafikan kata-kataku tadi.

"Brayan tak ada OCD. Aryan yang ada OCD." Ujarnya memperbetulkan kenyataanku.

Keningku berkerut pelik.

"Jadi maksudnya kalau Brayan jadi Aryan, dia akan jadi seorang yang sangat pembersih. Selepas itu, kalau dia jadi diri sendiri. Dia jadi macam orang normal? Macam itu?"Aku menyoal sekadar ingin memastikan betul atau tidak.

Puan Nora Elena mengangguk kepala mengiyakan tekaanku itu.

"Ya. Seolah-olah Aryan tu adalah orang lain yang menumpang dalam badan Brayan. Sebab itu Tuan Brayan tak suka jika awak samakan dia dengan Aryan. Walaupun sebenarnya mereka adalah orang yang sama."

"Aryan pun tak suka bila saya bandingkan dia dengan Brayan."

"Yeah, sebab mereka bermusuhan." ujar Puan Nora Elena.

Aku mengeluh kecil. "Saya tak fahamlah. Kenapa dia perlu bermusuhan dengan diri dia sendiri? Dia nak saya suka dia tapi dalam masa yang sama dia nak saya bencikan dia. Macam mana saya nak buat semua tu? Kalau saya silap, saya juga yang kena hukum!"

"Kehidupan seorang penyakit mental kita tak boleh dalami tapi kita boleh memahami. Awak cuma perlu layan Brayan dengan elok dan jangan buat dia marah atau terluka. Dan mungkin Aryan akan hilang jika hidup Brayan kembali tenang."

"Tapi Madam..." baru sahaja aku ingin membuka suara, pintu bilik sudah ditolak seseorang dari luar. Serentak pandanganku dan Puan Nora Elena menoleh ke arah Brayan yang muncul dengan menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air Puteh.

Brayan meluru ke arah meja kopi lalu meletakkan dulang itu di situ sebelum memusing ke arah kami berdua. Dia memandang Puan Nora Elena.

"You're done?" Soal Brayan.

Puan Nora Elena mengangguk kepala.

"Dah, Tuan Brayan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Pamitnya dengan menunduk hormat kepada Tuan Brayan sebelum beredar dari bilik. Pintu ditutup rapat. Kini tinggal aku dan Brayan sahaja di dalam bilik yang luas ini. Suasana sunyi buat seketika saat aku dan dia langsung tak bersuara. Malahan Brayan hanya menatapku dengan pandangan maksud yang tersirat. Susah untuk aku simpulkan maksud dari riak wajah itu. Seolah-olah dia menunggu aku untuk membuka mulut terlebih dahulu.

"Are you hungry?" Brayan menyoal setelah melihat aku yang diam tak bersuara.

Terkulat-kulat aku mengangkat wajah memandangnya.

"Huh?"

"Aku ada bawakan kau bubur. I want you to finish it."

"Awak fikir orang sakit boleh habiskan bubur sebanyak itu?"

"Tapi orang lapar boleh habiskan bubur sebanyak ni dan aku tahu kau lapar. Pastikan kau habiskan. Aku perlu keluar sekejap. Ada hal yang perlu selesaikan." Arah Brayan bersahaja.  Dia menghampiriku dan menolak kerusi rodaku ke arah meja kopi yang diletakkan bubur dan segelair air Puteh tadi. Kemudian tangan kananku ditarik lalu dia meletakkan sudu ke dalam genggamanku seolah-olah aku ini budak kecil yang baru belajar nak pegang sudu pula dibuatnya.

"Makan." Sekali lalu sahaja dia memberi arahan untuk aku makan sebelum dia meluru ke pintu. Tombol pintu dipulas lalu di kuak separuh. Baru selangkah kaki kiri melangkah keluar, dia berhenti dan memusing memandangku yang masih berada di meja kopi.

"Don't try to run away again because it's just wasting you. Atau kau nak seluruh tubuhku cacat pula kali ni, buatlah. Jangan cakap aku tak beri amaran kepada kau sebelum tu." Sinisnya berbaur amaran dengan anak mata tajam mencerlung ke arahku. Kemudian, dia kembali menyambung langkah. Pintu ditutup. Malahan aku menjuling anak mata ke atas dengan mimik muka menyampah. Macam mana nak lari jika kedua belah kakiku tidak boleh berfungsi?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now