Bab 15

47K 3.8K 238
                                    

                        KELAM-KABUT Nayra berlari ke kiri saat tubuh lelaki yang berkelakuan kurang ajar itu tersembam jatuh ke tanah dengan kuat. Nayra menekup mulut. Baru beberapa minit tadi, aku lihat Yan ditumbuk dan terus tumbang seperti orang yang lemah. Tapi bila dia bangun semula terus lelaki itu dibelasahnya cukup-cukup. Sama seperti pertemuan aku dan dia waktu di lorong dahulu. Dia jadi semakin kuat dan berani apabila melihat aku diapa-apakan. Aku keliru. Apa yang sedang jadi sebenarnya?

Nayra yang terpacak berdiri masih dalam keadaan separa panik. Dapat dia lihat muka Yan yang merah padam. Bengis dan tegang. Nampak seolah-olah dia betul-betul marah kali ini. Sehingga tak berani aku untuk masuk campur. Tapi apabila mata teralih ke arah lelaki yang dibelasah itu sudah semakin lemah.  Aku jadi semakin panik. Takkan nak biar Yan pukul sampai lelaki itu mati?

"Awak, cukup! Sudahlah tu!" Nayra menghalang. Aku cuba memberanikan diri untuk masuk campur. Lengan baju panjang Yan ditarik agar mundur ke belakang. Namun, ditepis kasar membuatkan aku tersentak.

Mataku membulat memandang Yan yang merenung tajam ke arahku dengan nafas turun, naik. Aku telan air liur. Kesat.

"Kau duduk situ diam-diam kalau tak nak terlibat sama." Sepintas lalu sahaja dia berkata sebelum berhadapan dengan lelaki yang dibelasah tadi semula. Nayra terdiam. Kaku. Kata-kata Yan itu satu amaran atau ugutan? Aku tak pasti. Tapi apa yang boleh aku simpulkan, dia tak nak aku untuk masuk campur dalam hal ini atau... aku pun mungkin akan di belasah juga?

Itukah maksudnya?

"Listen here!" Kolar baju lelaki itu dicengkam kasar lalu ditarik rapat ke muka ketatnya. Tubuh si lelaki yang dibelasah itu sudah longlai. Mukanya penuh lebam akibat ditumbuk dan disepak. Namun, dia pasti telinga lelaki itu masih peka untuk mendengar setiap bait bicara amarannya.

"Aku tak nak kau mati depan dia. Lari sejauh mana kau boleh lari lepas ni asalkan jangan bertembung dengan aku. Atau kau sendiri boleh faham nasibnya, kan?" Bisiknya berbaur satu amaran keras.

Dia mengangguk dengan lemah. Yan tersenyum sinis. "Sekarang aku nak kau minta maaf pada dia. Minta maaf!" Suara Yan kembali meninggi. Ditolak tubuh lelaki yang dibelasah itu ke arah Nayra. Nayra sedikit terjerit kecil. Terkejut saat muka lelaki itu hampir menyembah ke hujung kuku kakinya. Mujur aku sempat berundur beberapa tapak ke belakang.  Kalau tidak, tak pasal-pasal dia dapat cium kaki aku!

"Ma... Maafkan abang, dik." Rayunya begitu lemah. Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda sudah memaafkan kesalahannya yang mengasari aku tadi. Dengan harapan tidak mahu lelaki itu dibelasah oleh Yan lagi. Harapnya begitu.

Yan tersenyum menyenget. Dia duduk bertinggung di atas tanah. Sekali lagi kolar baju lelaki itu ditarik kasar, memaksa menghadap wajahnya semula.

"You're lucky... she forgave you. But unfortunately not me. Go!" Ditunding dahi lelaki itu dengan kasar sehingga kepalanya sedikit terdongak. Menghalau lelaki itu pergi. Terhuyung-hayang dia bangun mengimbangi diri sebelum terus cabut lari. Tak sampai beberapa minit, susuk tubuhnya lesap dari pandangan mata. Nayra masih lagi tercengang.

Yan mencorek senyum kelat sebelum kembali berdiri. Dia memandang aku yang berdiri kaku. Tak bergerak.

"Kau okay?" Dia menyoal. Kali ini nada suaranya kembali mendatar. Aku tersentak. Terus menoleh memandang wajahnya.

"Kau?" Keningku berkerut tidak faham. Bukankah baru semalam dia bahasakan diriku sebagai 'awak'? Tubuh lelaki itu kelihatan sedikit mengeras saat dia tersedar sesuatu. Dia berdahem.

"Sorry. I mean... awak. Yes, awak okay?" Dia mengulangi soalan. Kedengaran sedikit kekok apabila dia menggunakan perkataan 'awak'. Makin berlapis dahi Nayra melihat perwatakan lelaki yang berdiri dihadapannya sekarang. Tapi diabaikan sahaja. Nayra geleng kepala.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now