bab 46

57.1K 4.1K 974
                                    

            “KITA nak buat apa dekat sini?" Aku mendongak memandang Brayan yang masih lagi gigih menolak kerusi rodaku. Suasana tasik yang sunyi dan sepi. Hanya lampu jalan sahaja yang menyelurusi setiap jalan mereka. Toleh ke kanan, aku dapat melihat ada beberapa lelaki dan wanita yang sedang meregangkan badan. Tak faham aku mengapa ada orang suka membuat aktiviti senaman diwaktu gelap begini.  Tak mengantuk ke? Sedangkan kelopak mata aku sudah terasa seperti menahan sebongkah kayu sahaja. Hendak sahaja ditutup. Tapi kerana Brayan, aku gagahkan juga untuk celik mata.

"Awak... apa kata kita balik aje? Dah pukul berapa ni?" Rengekku. Entah sampai bila Brayan nak jalan-jalan dekat tasik ni. Bukannya ada aktiviti menarik pun di sini. Ada pun, cuma menyaksikan anak-anak muda dating di kawasan yang sedikit gelap. Itu pun sekadar berkongsi dan bertukar kisah pahit manis serta gelak tawa.

Ah, membosankan.

"Brayan awak dengar tak apa saya cakap ni?"

"Aku tak ada duit. Macam mana kita nak naik grab? Lagipun sekarang dah lewat sangat. Aku tak rasa ada lagi grab waktu ni."

"Habis awak nak stay dekat sini sampai esok huh?"

Brayan cebik bibir sambil menjongket bahu.

"Aku tak kesah." Balasnya selamba. Jatuh rahangku mendengarnya. Tak kesah dia kata? Kelopak mata aku dah berat mengalahkan gajah tahu tak? Takkanlah dia sendiri tak rasa mengantuk?

Aku mengeluh kecil. "Dah elok kita dekat hospital tadi, tiba-tiba nak lari pulak. Apa yang awak takut sangat dengan hospital tu? Bukannya doktor-doktor tu nak belah dada awak, curi organ!"

"Bukan sebab tu aku lari."

"Habis tu?"

"Aku tak nak Aryan keluar lagi." Jawabnya.

Aku menjuih bibir. Tak ada beza sangat Aryan dan Brayan ini rupanya-rupanya. Dua-dua tidak sukakan hospital. Jika Brayan tidak sukakan hospital kerana Aryan, agaknya Aryan sebab apa pula ya?

Aku peluk tubuh sambil tersenyum menyenget. "Awak dengan Aryan ni tak adalah beza sangat rupanya ya? Lebih kurang aje..." Ujarku. Tanpa sedar kerusi rodaku bergerak semakin perlahan. Dan akhirnya berhenti ditengah-tengah lampu jalan. Keningku berkerut pelik. Kenapa tiba-tiba berhenti di sini? Aku menoleh ke belakang, memandang Brayan yang menekur memandang ke bawah. Langsung tak berkutik.

"Kenapa berhenti dekat sini?" Soalku, sedikit gugup.

"Awak fikir saya sama dengan dia?" Soalan dibalas soalan. Perlahan Brayan mengangkat wajah, memandangku dengan cerlungan penuh membunuh. Aku tergamam. Bulu roma automatik mencanak ke atas. Aku mula resah. Air liur ditelan. Kesat.

Berpeluh-peluh sudah dahiku saat ini. Bagaimana Aryan boleh keluar semula?

"Ar... Aryan?" Tergagap-gagap aku menyebut nama itu.

Melihat muka Nayra yang berubah pucat ketakutan terus Brayan meletuskan tawanya. Terkekek-kekek dia ketawa macam nak terkeluar anak tekak! Takut juga Nayra dengan Aryan rupanya?

Aku mendengus geram. Hampir luruh jantung aku tadi dibuatnya! Kurang ajar sungguh si Brayan ni. Buat aku takut sahaja! Terus aku berpaling wajah ke lain. Bibir dimuncung panjang. Menayang muka cemberut.

"Aku dah boleh nampak sekarang."

"Nampak apanya? Tak nampak apa-apa pun! Tak kelakar langsung apa yang awak buat tadi! Saya mati-mati fikir yang Aryan keluar. Mujur tak tampar terus aje tadi."herdikku, geram.

Brayan tersenyum-senyum. Dia membongkok sedikit, menyamakan ketinggiannya denganku. Kemudian, bibir didekatkan dengan cuping telinga kiriku. Rapat.  Sehingga aku dapat merasakan deruan nafas hangatnya mengena kulit.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now