68

29.3K 2.6K 183
                                    

                      USAI menyiapkan diri dan berpakaian kemeja berwarna putih bersama coat biru gelap yang menyamai seluar. Brayan melangkah pula ke arah meja paparan yang menempatkan tali leher, jam tangan dan pelbagai eksesori mahal lelaki miliknya. Dia mengeluarkan satu jam yang bersesuaian dengan imejnya hari ini lalu melangkah ke arah cermin besar yang berada di tepinya.

Sambil sebelah tangan memasang jam dipergelangan tangan kiri. Matanya fokus melihat diri sendiri yang berada di dalam cermin. Selesai memakai jam, dibetulkan pula tali lehernya sedikit kemudian barulah dia melangkah keluar dari walk in closet. Laju langkahnya menuruni ke tingkat bawah.

Sampai sahaja ditingkat utama, langkahnya terhenti sejenak.  Anak matanya melihat ke arah Nayra yang berada di halaman rumah, masih lagi sedang berlatih berjalan dari satu tempat ke satu tempat.

"Yeay! Dah boleh jalan!" Soraknya begitu gembira. Makin lama makin laju dia berjalan. Seperti manusia normal yang lain. Tatkala Doktor Maira pula yang nampak risau jika wanita itu terjatuh ke tanah.

"Perlahan sikit, Puan Nayra."

"Saya rasa saya dah tak payah guna tongkat tu lagi."

"Ish, mana boleh! Kena guna juga walaupun awak rasa kaki awak tu dah boleh jalan. Lagipun kaki awak tu baru aje nak pulih semula." Pesan Doktor Maira.

"Alaa... takkan masih belum boleh lagi?"

"Kena pastikan kaki awak betul-betul kuat. Baru boleh lepaskan tongkat. Sudah. Mari, kita cuba sekali lagi."

Brayan hanya memasang telinga  dari jauh. Sebelah tangannya yang memegang kekisi tangga sedikit demi sedikit menggenggam.

"Dia dah boleh jalan." Luah Brayan dengan riak kosong diwajahnya. Tidak teruja seperti yang ditunjukkan di hadapan Nayra sebelum ini seolah-olah dia pun turut tumpang gembira. Dan apabila kepalanya menoleh ke arah satu lagi tangga yang menuju ke bilik bawah tanah, dia menggeleng dengan perlahan.  Mata dipejam sesaat sambil menghembuskan satu nafas.

Dia perlu tenang.

Kemudian, Brayan kembali menyambung langkah yang tergendala tadi menuju ke halaman.

"Tuan Brayan." Tegur Puan Nora Elena. Sekali lagi langkah Brayan terhenti. Dia menoleh ke belakang.

"Yes?" Brayan menjongket sebelah kening. Menunggu bicara dari Puan Nora Elena dengan sabar.

"Tuan tak bawa Puan Nayra sekali ke office kan? Sebab saya nak hidangkan makan petang untuk dia." Soal Puan Nora Elena sekadar inginkan kepastian. Jika Nayra tinggal di rumah, bolehlah dia hidangkan lauk siap-siap. Lagipun, bahan-bahan segar masih banyak di dalam peti ais yang di beli minggu lepas.

Namun, Brayan menggeleng kepala. Sekilas dia menoleh memandang Nayra di luar kemudian kembali memandang wanita tua itu.

"Aku nak bawa dia. Dia tak boleh tinggal dalam rumah sekarang." Ujar Brayan. Tegas.

Kening Puan Nora Elena berkerut.

"Kenapa pula? Sayakan ada. Saya boleh jaga dia untuk Tuan. Bahan-bahan dalam peti ais tu dah banyak. Sayang kalau tak guna."

"Gunakan aje untuk diri sendiri. Aku tak kesah..."

"Tapi Tuan Brayan, itu semua bahan mahal. Takkan saya pula yang nak guna? Lagipun temu janji Nayra dengan Doktor masih belum..."

"Apa yang susah sangat Madam nak faham huh? Nayra sekarang dah jadi isteri aku. Jadi mulai hari ini ke mana sahaja aku pergi, aku akan bawa dia sekali. Dia tak boleh tinggal dalam rumah ni kalau aku tak ada. Faham?!" Nada suara Brayan naik satu oktaf. Ketenangan yang selama ini menyelaputi raut wajahnya hilang sudah dan digantikan dengan ketegangan. Bahkan, kedua-dua pasang mata hijaunya juga tampak merah beremosi.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now