Bab 55

37.4K 2.8K 148
                                    

                       Kringg!
Bunyi jam loceng berdering dengan kuat menyentakkan aku dari lena. Dalam keadaan mamai, sebelah tangan cuba meraba-raba meja disisi katil. Tercari-cari butang untuk mematikan suis jam tersebut. Ambil masa beberapa minit juga aku mencarinya, namun tetap tak jumpa. Aku mengeluh kecil. Mata yang masih terasa berat itu dipaksa juga buka.

Serentak itu bunyi jam loceng yang bingit itu terhenti dengan sendirinya. Pelik. Rasanya aku belum tutup tadi? Keningku automatik berkerut. Terus kepalaku pusing ke tepi.

"Huh?!" Aku sedikit terkejut. Kelopak mata yang kecil terus berubah besar. Lantas, aku bangun daripada posisi baring kepada duduk di atas katil. Rambut yang sedikit serabai dirapikan supaya kelihatan kemas. Sesekali aku mengelap bibir, manalah tahu ada air liur keluar semasa aku tidur tadi. Pasti memalukan!

Malah, lelaki yang entah sejak bila muncul itu boleh pula menayang senyuman indahnya. Dia duduk di atas kerusi, sambil menghadap aku yang masih berada di atas katil. Sepasang mata hijaunya juga bergerak-gerak memerhatikan aku. Entah apa yang dia fikir agaknya.

"Sorry, aku lupa nak ucapkan selamat pagi. Aku buat kau terkejut ke?" Soal Brayan, dia menundukkan sedikit muka memandang wajahku.

Muncul macam cerita hantu, boleh pula dia tanya aku terkejut atau tidak dengan kehadiran dia? Mujurlah aku ni muda lagi, tiada penyakit berkaitan dengan jantung.

"Sejak bila awak ada dekat sini?" Tanpa menjawab soalan daripadanya, aku pula tujukan soalan lain.

"Ermm..." Perlahan Brayan menyandarkan tubuh ke belakang. Sebelah kaki kirinya disilang ke atas paha kanan. Anak matanya melihat ke atas seolah-olah sedang berfikir. Jari telunjuknya turut bergerak mengetuk lutut sendiri. Haih? Susah sangat ke soalan aku tadi sampai harus memikir dahulu sebelum jawab?

"I don't know. Maybe in a few hours?"katanya dengan begitu selamba.

Aku terlopong.

"Ap... Apa?"

"But don't worry. I don't do anything. Fikiran aku masih waras." Sambungnya lagi sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda dia tidak melakukan apa-apa semasa aku sedang lena tidur tadi. Namun, perasaan takut dan curiga tetap tak hilang daripada hati aku. Walaupun, dari segi riak wajahnya tidak nampak yang dia sedang berbohong.

Aku menghembuskan nafas dengan perlahan. "Habis? Apa awak buat dalam bilik ni? Takkan duduk termenung sahaja selama berjam-jam?"

"Aku takkan buat perkara yang membosankan macam itu. Aku cuma perhatikan kau. Err...no! Actually... jaga kau." Dia perbetulkan ayat sendiri. Sebelah kakinya Yang berada di atas lutut dijatuhkan semula.

Aku mengerut kening. "Kenapa pula nak jaga saya?"

"Sebab semalam kau dah jaga aku. Jadi giliran aku pula untuk teman kau tidur. Lagipun, Puan Nora tiada. Aku arahkan dia untuk ganti tempat aku di office. Sebab  hari ni... aku nak luangkan waktu dengan kau."

"Luangkan waktu?"

Brayan angguk kepala. Lantas, dia bangun dari kerusi. Melangkah ke arah tirai langsir panjang yang masih menutup tingkap sebelum dia menariknya ke tepi. Kemudian, tingkap kaca itu dibuka. Membiarkan angin pagi masuk ke dalam. Sejuk. Kawasan yang dikelilingi dengan pokok-pokok ini memang akan rasa sejuk semula jadi di awal-awal pagi.

"Yes. Aku nak bawa kau ke muzium aku. Pagi-pagi hanya kita berdua sahaja yang boleh masuk. Kalau petang, ramai orang. I'm sure you will be like it. Dekat sana banyak benda menarik yang aku nak tunjuk dekat kau."ujarnya, sebelum memusing ke belakang memandangku. Pinggangnya disandar pada tingkap sambil kedua belah tangannya memeluk tubuh.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now