Bab 5

59.6K 4.2K 429
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." Nayra memberi salam. Kasut ditanggalkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dari pintu utama, aku lihat adik-adik sedang duduk ruang tamu. Menyiapkan tugas sekolah mereka masing-masing. Aku mengulum senyuman senang. Baguslah mereka pandai bahagikan masa untuk buat kerja sekolah. Tak perlu susah payah aku mengingatkan mereka untuk menyiapkannya.

Aku ada dua adik lelaki dan seorang adik perempuan. Najmi dan Suhail sudah berumur 10 tahun, manakala Jiha baru sahaja masuk ke tadika baru-baru ini.

"Eh, akak balik rumah?" Jiha menyapa. Terkejut. Jarang dia lihat Nayra pulang ke rumah ini. Selalunya, Nayra cuma tinggal diri rumahnya sendiri. Balik ke sini pun kadang-kadang untuk menghantar duit dan makanan sahaja.

Nayra tersenyum. Aku melabuh punggung di atas sofa. "Iya. Sajalah akak balik nak tengok adik-adik, akak."

"Kepala akak kenapa?" Tegur Najmi, pelik setelah dia menyedari dahi Nayra yang dilekatkan plaster.

"Akak terjatuh tadi." bohongku. Tidak mahu mereka risau. Atau lebih tepat lagi, aku tidak mahu mereka mengadu kepada orang tuaku. Biasalah, budak-budak memang suka mengadu. Kalau tahu dekat mak dengan ayah, pasti mereka bising. Malas aku nak pasang telinga dengar bebelan mereka. Melihat adik-adik yang sedang lincah menyiapkan kerja sekolah masing-masing, sempat aku menjeling ke bilik hujung yang gelap. Itu bilik adik aku yang nombor dua. Rezza namanya.
Tapi kenapa bilik tu nampak sunyi? Haih, pasti dia masih belum pulang. Apa nak jadilah dengan si Rezza ni.

"Abang belum balik lagi ke, Suhail?" Tanya Nayra. Aku menoleh memandang Suhail. Suhail menggeleng kepala.

"Abang dah dua hari tak balik, kak."

"Dia tak bagitahu ke dia pergi mana?"

Suhail geleng lagi.

"Tak, kak."

"Mak dengan ayah takkan tak tanya?"

Dia jongket bahu. "Tak tahu. Mak dengan ayah tak cakap apa-apa pun."

Aku mengeluh. Sebelah tangan meraut wajah. Mak dengan ayah pun satu hal, bukannya nak bertegas dalam hal ni. Balik-balik aku juga yang harus selesaikan semua ini. Nayra merengus, geram. Lantas telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Ibu jari menolak-nolak skrin ke atas mencari nombor telefon Rezza untuk dihubungi.

Ting!

Satu mesej masuk secara tiba-tiba. Nayra terdiam sejenak. Automatik keningku berkerut apabila melihat mesej misteri yang sama muncul seperti pagi tadi. Tak fikir panjang, Nayra terus tekan mesej itu untuk membacanya.

"You're beautiful. We like you."

We? Kenapa penghantar mesej ini menulis we pula? Nayra geleng kepala. Tak pandai bahasa inggeris pun bukan mahin nak speaking. Sah! Orang ni dah silap nombor.

"Sorry, Encik. Saya rasa encik silap nombor."

Balasku laju. Harap-harap selepas ini dia tidak mesej aku lagi.

"No. I'm not. It's really you. Nayra Rausa."

Satu lagi mesej muncul. Laju sungguh orang msiteri ini membalas. Dan saat ini, aku tercengang. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Siapa dia ni? Tanpa menunggu masa, jari-jemari Nayra pantas menaip.

"Awak siapa?"

M

esej dihantar. Namun kali ini lebih lama Nayra menunggu orang misteri itu untuk membalas mesejnya. Setelah beberapa minit menunggu, mesej aku masih lagi tak dijawab. Nayra kerut dahi.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now