Bab 7

55.6K 4K 262
                                    

                     “AKU balik dululah Elly, Mel. Aku naik bas je datang sini. Takut terlepas bas pulak." Ujar Nayra memecah suasana mereka yang sedang berbual dengan rancak. Elly dan Mel terpinga-pinga buat seketika. Mereka berpaling memandang Nayra yang sudah berdiri menggalas beg tangan.

"Awalnya you nak balik?" Tegur Mel. Sekilas dia menunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangan. Baru setengah jam mereka berborak. Takkan Nayra sudah malu pulang ke rumah?

Nayra mengangguk kepala. "Aku balik naik baslah hari ni."

"Alaa... aku boleh hantar kau baliklah. Duduklah sini dulu. Bukannya boleh jumpa selalu pun. Engkaukan dah berhenti kerja?" Sampuk Elly.

"Aku tak nak susahkan kauoranglah. Kau orang sambunglah borak. Aku balik dulu ek. Bye!" Nayra melambai. Kemudian, beredar meninggalkan D'cafe itu. Laluan lorong di belakang kedai digunakan sebagai jalan pintas ingin ke pondok bas. Tak adalah aku tertinggal bas nanti jika cepat sampai ke sana. Sambil berjalan, anak mata tumpu memerhati skrin telefon. Sekejap jari menolak-nolak ke atas, melihat video tiktok terbaru yang muncul di "fYP".  Tersenyum-senyum aku melayan setiap video yang keluar. Kadang-kadang aku tekan love yang ada di setiap video yang aku suka.

Tiba-tiba aku dengar derap langkah seseorang dari belakang. Bunyinya perlahan. Tapi entah mengapa hati aku tiba-tiba rasa curiga. Nak toleh ke belakang, tak berani. Senyum yang tadi elok mekar di bibirku terus hilang sekelip mata. Aku cuba berfikiran positif. Bukan aku sahaja yang guna laluan ini sebagai laluan singkat menuju ke pondok bas malah ada orang lain lagi yang turut guna jalan ini.

Relax, Nayra. Dia bukannya follow kau pun. Dia cuma guna jalan yang sama. Bisikku di dalam hati, cuba memberi semangat positif pada diri sendiri.

Aku sengaja lajukan langkah ke hadapan. Ingin memastikan yang orang di belakang tidak mengekoriku. Malahan, dia juga turut melajukan langkah sama. Hati semakin memberi isyarat bahaya. Dia memang ikut aku ke? Nayra mula cemas.

Aku lajukan lagi langkah. Dia juga sekali lagi melajukan langkah. Tetapi kali ini, derap langkahnya kedengaran semakin hampir. Aku sudah mula gelisah. Sebelah tangan sudah menyeluk ke dalam beg tangan. Meraba-raba, mencari pepper spray yang aku simpan.

"Mana pulak pepper spray aku ni..." bisikku perlahan. Jantung semakin berdegup laju.

"Nayra." Tangannya menyapa bahuku dari belakang. Aku tersentak. Sebaik saja aku menjumpai pepper spray di dalam beg tangan, terus aku keluarkan dan pusing ke belakang. Tak fikir panjang, terus aku semburkan penyembur lada hitam itu tepat ke matanya sambil jerit sekuat hati.

"Arghh!!" Dia turut menjerit kepedihan.

Tapi itukan suara...

"Mel?!" Aku terkejut. Pantas sebelah tangan menekup mulut. Ya Allah! Mel rupanya yang mengekor aku dari tadi.

"Pedih! Pedih! Help me!" Mel meraung pedih. Dia gosok mata berkali-kali, tetap rasa pedih itu tak hilang. Aku sudah mula gelabah. Macam mana ni?

"Mel... Aku minta maaf. Kenapa kau ikut aku senyap-senyap? Kau buat aku takut kau tahu tak?! Ish, apa aku nak buat ni..." Cepat-cepat Nayra menyimpan semula pepper spray ke dalam beg tangannya. Anak mata melilau ke sekeliling. Manalah tahu kalau ada kedai berdekatan. Bolehlah dia belikan air untuk disapu pada mata Mel.

"Cepatlah ambilkan I air! Pedih ni! Aduh..."

"Se... Sekejap!" Nayra pantas berlari semula ke D'Cafe. Mesin air yang berada di sebelah kedai itu menjadi sasaranku. Rm1 ringgit aku keluarkan lalu dimasukkan ke dalam mesin itu. Aku tekan butang untuk membeli air mineral dan ia terus turun jatuh ke bawah. Tanpa menunggu lama, botol air mineral dicapai dan aku kembali semula kepada Mel.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now