66

29.4K 2.7K 378
                                    

                           AKHIRNYA, majlis selesai dengan baik. Usai mandi dan menukar ke baju tidur satin berwarna hitam aku melangkah keluar dari bilik air. Tongkat yang diletakkan di tepi pintu dicapai sebelum diselitkan ke lengan. Muncul senyuman lebar dibibirku saat melihat ke arah Brayan yang sedang duduk di birai katil, menatap gambar-gambar sewaktu majlis perkahwinan tadi.

Bibirnya tak lekang dari senyuman bahagia. Tak puas melihat satu gambar, dia melihat gambar yang lain pula. Turut sama reaksinya.

"Awak tengok apa?" Sengaja aku menegur ingin tahu.

Dia yang ralit melihat gambar-gambar itu terus berpaling memandangku yang terhegeh-hegeh berjalan menuju ke katil. Tanpa banyak soal, dia terus meletakkan gambar-gambar itu ke tepi lalu bangun mendapatkan aku. Kedua-dua belah tangannya memegang erat lenganku memastikan tubuhku seimbang semasa berjalan.

"Kenapa tak panggil aku?" Soal Brayan, ada nada risau kedengaran. Perlahan-lahan dia membawa aku ke ketil sebelum sama-sama melabuh punggung di situ.

"Saja. Saya cuba nak berdikari sendiri." Balasku. Takkan sampai bila-bila aku hendak harapkan pertolongan daripada Brayan? Namun lelaki itu geleng kepala tidak setuju. Matanya sedikit mengecil merenung.

"Aku takkan biarkan kau jalan tanpa aku.  Selagi belum sihat, kau tak boleh berdikari." Ujarnya. Jelas satu arahan. Dia tidak mahu kaki yang cuba untuk pulih itu menjadi makin teruk pula.

Aku sekadar mengangguk kepala tanda faham. Brayan tersenyum kecil. Lantas, sebelah tangannya naik menggosok kepalaku sebelum beralih mencapai gambar-gambar tadi semula.

"Tengok ni." Brayan menghalakan gambar yang diambil diatas pelamin tadi kepadaku. Menunjukkan aku dan dia sedang berdiri bertatapan antara satu sama lain sambil berpegangan tangan. Indah senyuman kami berdua waktu itu. Dikelilingi pula dengan hiasan bunga mawar putih disekeliling menambahkan seri pada gambar yang diambil.

"Kau nak tahu apa yang aku rasa waktu gambar ni diambil?" Soal Brayan, dia menatapku pula.

Aku geleng kepala tidak tahu. Namun, dalam masa yang sama rasa ingin tahu aku membuak-buak. Apa agaknya yang dia fikir waktu itu? Jika aku, memang penuh dengan gementar dan gugup saat kami saling berpandangan. Bukannya sekejap. Hampir 2 minit juga jurugambar itu menyuruh kami dalam keadaan begitu.

"I think I fell into your eyes." Luahnya, tepat merenung ke mataku. Lama. Aku tidak tahu bagaimana ingin respon. Namun, jantungku sudah berdegup kencang saat ini. Mujur sahaja aku sudah duduk, jika tidak pasti kakiku sekarang sudah tidak kuat untuk berdiri.

Aku hanya mampu tersengih-sengih. Kekok.

"Really? Ermm... tapi majlis tadi berjalan dengan lancarkan? Maksud saya tiada perkara buruk yang berlaku. Kawan saya Elly dengan Mel tu tak habis-habis puji pasal makanan. Diaorang asyik tanya saya awak beli daging apa? Tapi saya cakap tak tahu. Sebab awak yang uruskan bahagian tu. Adik-adik saya pun suka! Awak beli daging apa ya?"

Laju aku mengubah topik untuk menutup rasa tidak keruan di hati. Entah Brayan dengar atau tidak semasa aku sedang bercerita tadi. Macam tak berikan perhatian pun ada. Matanya sibuk bergerak-gerak memerhatikan rambut panjangku, ke seluruh wajah dan kemudian ke bibirku. Selepas itu tangannya naik pula mengusap lembut pipiku. Dapat aku lihat juga halkumnya yang turut bergerak-gerak saat dia menelan air liur.

Walaubagaimanapun aku tetap kena tenangkan diri.

"Aw... Awak?"

"Hmm?" gumannya. Anak matanya naik melihatku yang sedikit kaku.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap?" Soalku, sekadar ingin memastikan dia dengar atau tidak. Kemudian, Brayan angguk kepala. Tangannya kini bergerak menjalar dirambutku. Rambut yang menutup sebahagian wajah disebabkan ke belakang telinga buatkan aku semakin gugup.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now