Bab 6

58.3K 3.9K 337
                                    

                        TOK! TOK! TOK!
Kedengaran pintu diketuk berkali-kali tanpa henti. Namun, Puan Fatimah masih lagi dibuai mimpi. Bunyi ketukan langsung tak diendahkan. Malahan, makin dipejam mata makin kuat pintu diketuk. Entah siapalah yang datang terjah ke rumahnya tengahari begini. Puan Fatimah mendengus, geram.

"Suhail! Siapa yang ketuk pintu tu? Bukalah kejap! Mak mengantuk ni!" Jerit Puan Fatimah dalam keadaan mata masih lagi terpejam. Liat sungguh ingin bangun dari katil. Sehingga dia lupa, anak-anaknya sudah bertolak ke sekolah sejak pukul 7 pagi tadi. Kini hanya dia sahaja yang ada di rumah yang masih terbongkang tidur di atas katil. Rezza pula entah menghilang ke mana. Lelaki tu kalau dah keluar dari rumah memang tak ingat jalan balik!

"Ish, Suhail! Najmi! Tolonglah mak kejap, buka pintu tu! Bisinglah!" Dengus Puan Fatimah, geram apabila arahannya tidak disahut. Namun, tetap tiada siapa yang mendengar arahannya. Dia mendengus sekali lagi. Leceh betul!

Tidak mahu tidak, dia terpaksa bangun dari katil. Kelopak mata yang berat dipaksa buka. Lantas, Puan Fatimah turun dari katil. Mengatur langkah dengan malas menuju ke pintu utama. Sambil dia melangkah, anak mata mengerling ke segenap ruang. Patutlah tak ada siapa yang sahut panggilan aku tadi, aku seorang sahaja yang ada di rumah rupanya. Getus Puan Fatimah.

Dia menguap. Rasa mengantuk masih tersisa di matanya. Tapi selagi pintu tak dibuka, selagi itulah pintu akan terus diketuk.

"Ha, kau rupanya?" Sebaik sahaja pintu dibuka, figura Rezza terpacul di hadapan mata. Muka lelaki itu pucat. Bawah mata kemerahan-merahan. Malah, bau busuk air arak juga kuat menusuk ke hidung Puan Fatimah. Tak tahan sungguh baunya. Terus Puan Fatimah tutup hidung.

"Hoi, kau ni tak reti nak mandi ke? Apasal busuk sangat kau ni huh? Balik rumah aje busuk! Tak lama lagi, jadi tong sampah rumah aku ni!" Herdik Puan Fatimah.

Rezza menjeling. "Bau badan aku, bukannya kau. Kecoh! Aku bukan nak duduk sini pun. Aku nak duit. Duit aku dah habis, lepastu aku blah lah. Meh, duit! Aku nak seratus!" Dengan selamba Rezza meminta. Langsung tiada hormat kepada orang tuanya. Balik pun kerana mahukan duit. Lepas dapat, terus lenyap macam bunian!

Puan Fatimah menjuling anak mata ke atas menyampah. Minta duit macam minta makanan, apa dia ingat aku ni bank ke? Balik-balik nak duit sahaja!

"Hei, Rezza! Kau ni tak ada kerja lain ke selain buat benda yang bukan-bukan? Aku ni penat tau! Siang malam nak kena jaga muka. Orang kenal aku ni perempuan baik sebab selalu pergi surau dengan bapak kau. Tapi anak pulak perangai macam lahanat! Selepas itu ada hati nak minta duit dekat aku, kau fikir aku nak bagi?"

"Ish, banyak bebellah! Nanti aku berubahlah. Aku muda lagi, kan? Aku nak duit, itu je!"

"Eh yang kau nak minta duit dengan aku kenapa? Selalu sangat main judi, kan? Mana duit yang kau pertaruhkan tu? Mana?"

Rezza sudah mula bengang. Kedua-dua belah tangannya mencengkam rambut. Geram! Boleh gila dia dibuatnya jika orang tua ini tak habis-habis memprovokasinya. Dia mendengus. Nafas sudah mula turun naik.

Puan Fatimah telan air liur.

"Kau faham tak sekarang ni aku nak apa? Aku nak duit! Kau jangan sampai aku terjah rumah ni macam pencuri! Tak payah nak bebel akulah! Aku tahulah apa yang aku buat!"

"Hei, kalau kau nak duit sangat kau mintalah dekat kakak kau, Nayra! Aku ni tak kerja. Tak ada duit! Dia je yang selalu bagi duit dekat kita. Tapi sekarang ni dia dah jarang bagi duit. Entah apa yang dibuat simpan lama-lama pun aku tak faham! Kalau kau nak, kau pergi cari dia! Alang-alang minta duit untuk aku sekali. Aku nak beli makanan untuk adik-adik kau ni ha! Pergi sekolah pun tak ada duit. Tak habis-habis meminjam duit kawan. Malu aku, kau tahu tak?"

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now