Bab 56

35.9K 3.3K 524
                                    

                     KERETA mewah itu dipandu pergi oleh pekerjanya sebaik sahaja aku dan Brayan turun dari perut kereta. Ternganga luas mulutku saat berada di hadapan sebuah muzium yang agak besar dan luas. Dipintu masuk sahaja sudah ada dua arca patung manusia sebagai hiasan. Besar betul pintunya seakan-akan pintu istana, berwarna emas dan tema hitam ala-ala elegant serta moden.

Disebelah kiri pula ada tempat membeli tiket. Masih ditutup dengan tali berwarna merah supaya tiada pelawat datang. Bak kata Brayan, dia sudah awal-awal lagi mengarahkan pekerjanya supaya tidak memberi peluang kepada pengunjung luar untuk masuk ke dalam. Senang kata, dia cuma mahu aku dan dia sahaja berjalan-jalan mengelilingi muzium gahnya ini.

Sekilas aku menoleh ke arah Brayan yang sedang bercakap dengan pengawal di pondok sekuriti. Mukanya nampak serius. Mungkin sedang memberi amaran supaya pengawal itu menjalankan tugas dengan baik. Kemudian, barulah dia menghampiri ke arahku dengan satu senyuman.

"Let's go inside."ajaknya, lalu kerusi rodaku pun ditolak dengan perlahan memasuki ke dalam kawasan muzium yang dihamparkan karpet merah ditengah-tengahnya.  Mula-mula lagi, aku sudah disambut dengan pelbagai galeri seni digantung pada dinding sepanjang jalan.

Sekali lagi mulutku melopong.

"Saya ingatkan muzium awak cuma ada patung."

"Apa yang berkaitan dengan seni, itulah yang ada dekat sini. I love arts so much." Ujarnya.

Terangguk-angguk kepalaku mendengarnya. Baru aku tahu, lelaki itu sukakan seni. Dekat rumah pun, ada galeri kecil yang ditampal dengan berpuluh-puluh lukisan pelik yang menyimpan seribu maksud tersirat.

"Kenapa awak pilih seni?" Soalku, tiba-tiba rasa ingin tahu. Dia tersenyum kecil. Mungkin tertarik dengan soalan yang aku tujukan.

"Sebab dengan seni, aku boleh luahkan segala-galanya tanpa perlu berkongsi cerita kepada orang sekeliling. Tentang kegembiraan, kesedihan dan... kemarahan."

Semakin lama aku rasa kerusi rodaku ditolak semakin perlahan. Kemudian, diberhentikan di hadapan sebuah arca patung yang berada ditengah-tengah jalan. Dikelilingi tali berwarna merah agar pengunjung tidak boleh menyentuh seni miliknya. Sebuah arca patung wanita dan lelaki sedang berpelukan, bahagia. Dibawahnya, kaki mereka sedang memijak duri-duri yang tajam. Aku tak pasti apa maksud sebenarnya, tapi aku dapat simpulkan dia sedang menyampaikan sepasang kekasih yang cuba teguh berdiri mencapai kebahagiaan sebenar. Mungkin?

"Tak semua orang boleh faham apa maksud orang seni cuba sampaikan dalam seninya. Hanya yang betul-betul minat sahaja, akan cuba cari makna yang  tersembunyi disebalik semua ini." Ujar Brayan, matanya merenung ke arah acra patung di hadapannya.

Aku mengangguk kepala tanda setuju.

"Ya. Macam sayalah... saya bukan orang yang pandai dalam bab seni."

"No..."Brayan geleng kepala. Tidak setuju. Dia berjalan ke arah hadapanku kemudian duduk mencangkung.

"Aku akan pastikan kau faham suatu hari nanti. Lagipun, dekat rumah ada banyak lukisan aku yang ditampal pada galeri. Mesti seronok kalau kau sendiri yang dapat baca setiap maksud yang aku cuba sampaikan, bukan? It's like... playing find something mystery game."ujar Brayan, siap ada gelak tawa halus diakhir bicaranya. Aku pula hanya jongket bahu. Mungkin, ia akan jadi permainan yang seronok jika aku dapat bongkarkan jawapannya.

Tiba-tiba riak wajahnya berubah. Sebelah tangannya menepuk dahi, seolah-olah ada terlupa sesuatu. Seraya, dia bangkit dari duduk mencangkung di hadapanku.

"Aku ada terlupa sesuatu, boleh tak kau tunggu di sini sekejap?" pinta Brayan. Aku angguk kepala tanda boleh.

Dia tersenyum kecil.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now