60

32.2K 2.7K 99
                                    

                       PERLAHAN-lahan kelopak mata Brayan terbuka. Buat beberapa minit, matanya berkelip-kelip merenung siling kosong biliknya cuba untuk memproses memori semalam. Entah kenapa dia rasa seperti ada sesuatu yang tertinggal. Malangnya sedikit pun dia  tidak ingat perkara lain selain meluangkan waktu bersama Nayra.  Lansung Brayan bangun dari pembaringan.

"Arhh..." Bibirnya mengerang perlahan. Lantas sebelah tangannya naik menyentuh bahu yang terasa lenguh. Sesekali diurut-urut dan digerakkan bahu itu bagi menghilangkan rasa sakit. Mengapa dia rasa seperti baru sahaja habis melakukan kerja berat malam semalam?

TOK! TOK! TOK!

Kedengaran pintu biliknya diketuk beberapa kali oleh seseorang.

"Masuk!" Arah Brayan. Dia kembali menjatuhkan tangan ke bawah setelah rasa lenguh mula berkurangan. Kemudian, pandangan dialihkan ke arah pintu bilik yang ditolak daripada luar. Muncul figura Puan Nora Elena mengatur langkah masuk bersama secawan kopi panas ditangan.

"Selamat pagi, Tuan Brayan. Saya ada buatkan kopi." Ujar Puan Nora Elena lalu meletakkan secawan kopi panas itu di sisi meja katil.

"Thanks." Balas Brayan, ringkas sebelum tangannya mencapai cawan kopi itu. Ditiup terlebih dahulu sebelum dicicip sedikit demi sedikit. Panas.  Tatkala Puan Nora Elena sekadar tercegat di tepi katil menunggu arahan seterusnya.

"Nayra dah bangun?" Soal Brayan. Dia memandang wanita disebelahnya. Sekali lagi kopi dihirup. Entah mengapa dia rasa dahaga sangat pagi ini.

Puan Nora Elena mengangguk kepala sebagai jawapan. "Dah."

"Baguslah." Diletakkan cawan yang sudah kosong itu ke tempatnya semula.

"Sebab aku rasa nak bawa dia keluar lagi hari ini." Sambung Brayan. Masih duduk di atas katil.

Sedangkan kening Puan Nora Elena berkerut. Ke mana lagi Tuan mudanya ingin bawa Cik Nayra pergi? Dia tertanya-tanya.

"Tuan nak bawa dia ke mana pula hari ini?" Soal Puan Nora Elena, sekadar ingin tahu.

"Butik. Aku nak tunjukkan dekat dia baju yang aku dah tempah beberapa tahun lalu sebelum bawa dia ke sini. Dah lama aku tunggu saat ini. And..." Tiba-tiba bibir Brayan menyengih sendirian. Seolah-olah sedang terbayangkan angan-angannya ingin melihat wanita itu memakai gaun pengantin hasil rekaannya telah tercapai. Dan yang pasti, sudah tentu bakal kelihatan cantik dimatanya. Sungguh, dia tidak sabar menunggu saat itu.

"I can't wait to see how beautiful she looks in that dress." Sambung Brayan.

Tersenyum Puan Nora Elena mendengarnya. Dia turut menumpang rasa gembira. Jarang sekali dia dapat melihat lelaki di hadapannya sekarang tersenyum senang.

"Kalau macam itu, saya pergi siapkan Nayra sekarang ya Tuan." Pamit Puan Nora Elena. Cawan kosong di atas meja diambil kembali. Namun, belum sempat dia hendak memusing ke belakang Brayan sudah menghalang.

"Sekejap, Madam!"

"Ada apa, Tuan?" Soal Puan Nora Elena, dia memasang telinga.

"Semalam Nayra ada tanya tak saya ke mana?"

"Tak ada. Kenapa Tuan?"

Brayan hanya tersenyum kelat. Baguslah jika Nayra tidak bertanya apa-apa.

"Kalau dia tanya apa-apa tentang semalam, jangan bagitahu dia apa-apa."pesan Brayan. Dia memandang Puan Nora Elena penuh harapan. Seolah-olah menaruh sepenuh kepercayaan kepada wanita tua itu untuk memegang arahannya.  Kemudian, Puan Nora Elena mengangguk kepala tanda faham.

"Baik, tuan."

"Terima kasih. Kau boleh pergi sekarang."ucap Brayan.

Lantas, Puan Nora Elena pun menyambung langkah yang tergendala sebentar tadi keluar dari bilik lelaki itu. Pintu ditutup rapat.










                

                              AKU menolak roda disisi kiri dan kananku menuju ke pintu utama.  Melihat Pak Mat yang sedang mencuci kereta dari jauh terus bibirku tersenyum mesra. Lantas, aku bergerak lebih dekat ke beranda rumah sambil-sambil memerhati orang tua itu yang sedang melakukan pembersihan di bonet kereta.

"Awal cuci kereta, Pak Mat?" Tegurku, semerta mengalihkan perhatian Pak Mat. Orang tua itu tersengih, tangannya masih lincah membuat kerja.

"Biasalah, Cik Nayra. Awal-awal cuci kereta lebih bagus daripada tunggu petang." Balas Pak Mat.

"Kenapa tak hantar ke carwash aje? Tuan Brayankan kaya. Takkan suruh pekerja yang basuhkan Kut?"

"Eh, tak adalah Cik Nayra. Saya sendiri yang nak basuhkan. Selalunya memang hantar ke carwash pun." Balas Pak Mat.

Terangguk-angguk kepalaku mendengar penjelasannya. Namun, mukaku berkerut ketika tersedsr sesuatu. Bahagian luar kereta yang lain nampak kering sahaja, tetapi kenapa hanya bahagian bonet yang dicuci. Jarang sekali aku melihat orang cuci kereta bahagian bonet. Kebiasaannya, mereka akan cuci bahagian luar badan kereta sahaja, selebihnya barulah akan hantar ke carwash untuk pembersihan dalaman.

"Tapi bukan ke orang selalu cuci bahagian luar? Kenapa Pak Mat cuma cuci bahagian bonet sahaja?" Soalku, bingung.

Entah dimana silapnya soalan daripada aku sehingga mematikan perbuatan Pak Mat. Dia nampak kaku. Dalam masa yang sama, terpamer riak wajah pucat dimukanya buatkan aku lagi bertambah risau.

"Pak Mat?"

Orang tua itu masih lagi diam. Seolah-olah sedang menyusun ayat.

"Err..."

"Nayra." Sampuk suara garau itu dari menyentakkanku. Terus aku toleh ke belakang, melihat Brayan yang sudah bersiap kemas dari atas hingga ke bawah. Dia menapak langkah ke arahku.

"Kau buat apa dekat luar ni?" Soal Brayan. Sekilas dia menoleh memandang Pak Mat, laju orang tua itu berpaling muka ke lain. Kemudian, Brayan memandangku semula menantikan alasan.

"Saja. Saya berbual sambil tengok Pak Mat cuci kereta." Ujarku. Polos.

Kemudian, aku dengar bibir Brayan mengeluh perlahan. Dia menarik kerusi rodaku memusing betul-betul menghadapnya. Riak wajahnya berubah ketika ini. Perlahan dia duduk bertinggung, menyamakan ketinggiannya denganku. Sebelum merenung anak mataku dalam-dalam dengan sepasang mata hijau tuanya.

Aku tekan air liur. Kesat. Tak pasti jika aku ada buat silap tanpa sedar.

"Nayra..." meleret dia memanggil namaku.

"Kau tahukan peraturan mereka? Diaorang tak boleh bercakap dengan sesiapa sewaktu sedang bekerja. Kau tak sepatutnya tegur Pak Mat." Ujarnya.

Aku terdiam sejenak. Oh, aku sudah lupa tentang peraturan itu. Cepat pelupa sungguh kau ni Nayra! Kutukku kepada diri sendiri. Rasa hendak ketuk sahaja kepala sekarang. Peraturan semudah itu pun aku boleh lupa.

"Maaf. Saya tak sengaja. Saya lupa." rayuku, cuak.

Sipi-sipi bibirnya tersenyum senget. Sebelah tangannya naik menyentuh kepalaku lalu digosok perlahan.

"It's okay. No need to apologize." katanya sebelum kembali berdiri semula.

"Kau dah sarapan?" Soal Brayan, anak matanya sedikit mencerun memandangku.

Lantas, aku geleng kepala.

"Kalau macam itu kita masuk dalam, sarapan." Ajaknya. Aku sekadar angguk kepala tanda setuju lalu dia pun bergerak ke belakang kerusi rodaku. Menolak secara perlahan memasuki ke dalam rumah rumah. Sempat Brayan pusing kepala ke tepi melihat Pak Mat dengan pandangan yang membawa maksud sebelum toleh ke hadapan semula. Dan orang tua itu hanya tertunduk menikus ke bawah. Faham akan maksudnya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now