Bab 32

43.9K 3.4K 403
                                    

                      SEPASANG mata Brayan terbuka. Bagai baru tersedar daripada mimpi, terus dia bangun membetulkan posisi kepada duduk. Kepala ditunduk ke bawah. Mengapa dia tertidur di atas sofa pula? Keliru. Sesekali pandangannya mengerling ke segenap ruang yang luas luas ini. Bilik yang dipenuhi dengan buku-buku berbahasa Inggeris.  Bayangkan sepenuh-sepenuh dinding, dari bawah sampai ke siling, semuanya dipenuhi dengan buku.

Siapa lagi yang minat membaca kalau bukan Aryan?

Ya. Sekarang dia berada di bilik Aryan. Pelik juga bagaimana dia boleh berada di bilik ini secara tiba-tiba. Apa yang jadi sebelum ini langsung tak ingat. Brayan mengeluh kecil sambil sebelah tangannya meraup wajah.

"Kenapa aku ada dekat bilik Aryan pula ni? Haih..." Keluh Brayan. Sekilas dia menoleh memandang dirinya sendiri  yang terpantul pada cermin besar di sebelah kanan. Melihat pakaian yang dikenakan pada tubuhnya . Kening Brayan berkerut.

"Apahal aku pakai pakaian macam ni? Entah-entah Aryan keluar semasa aku tertidur tadi?" Brayan menyoal kepada diri sendiri. Tatkala rasa pedih dibahagikan lengan kirinya kepala Brayan menunduk ke bawah. Melihat kesan torehan di situ makin meyakinkan Brayan bahawa Aryan telah menggantikan tubuhnya sebentar tadi.

Brayan mendengus.

"Kurang ajar betul si Aryan ni." Terketap-ketap gigi Brayan menahan geram. Disebabkan Aryan, tubuhnya banyak yang meninggalkan parut akibat daripada kesan torehan. Salah satu cara untuk split Aryan keluar adalah dengan melihat darah. Jadi setiap kali Aryan ingin menggantikan tubuhnya padi dia akan bertindak menoreh apa-apa sahaja asalkan darah kelihatan.

Aryan memang baik. Tapi baiknya sangat bahaya.

Lantas, Brayan bangun dari sofa. Meluru ke arah almari baju. Baju kemeja yang dikenakan pada tubuh ditanggalkan, terserlah menunjukkan dada bidangnya dengan tubuh yang tegap di cermin besar itu. Jelas kelihatan ada beberapa kesan parut di bahagian dadanya. Dia masih ingat kejadian bagaimana parut itu boleh ada di situ. Waktu itu, dia dan Aryan sedang bergaduh. Tak pasti apa punca pergaduhan itu tapi mereka memang saling membenci antara satu sama lain. Pergaduhan yang bermula dari pentengkaran mulut berakhir dengan aksi pergelutan. Tanpa dia sedar, Aryan waktu itu sudah mengutip satu cebisan kaca lalu dihayunkan ke arah Brayan. Tak semena-mena, dadanya juga yang jadi target. Darah keluar begitu banyak sekali sehingga menitis-nitis di atas lantai. Tapi bila teringatkan semula, baru dia sedar dia sedang berlawan dengan dirinya sendiri.

Brayan geleng kepala. Entah apalah nak jadi. Lantas Brayan menggantikan dengan baju T shirt berlengan panjang berwarna hijau gelap. Lengan baju disenteng hingga ke siku.

"Nayra..." Nama itu terpacul dibibirnya. Dia hampir lupa tentang Nayra. Bila dia teringat yang wanita itu diletakkan di biliknya, Brayan jadi gelisah. Takut jika Nayra melarikan diri sekali lagi sewaktu dia sedang tidur. Lantas, Brayan terus berlari keluar dari bilik itu. Menginjak kaki per satu meniti anak tangga meluru ke tingkat tiga.

"Nayra!" diseru nama wanita itu sambil tangan menolak pintu biliknya. Melihat Nayra yang masih terlena di atas katil, Brayan menghembus nafas lega. Nasib baik.

"Kau masih tidur?" Dia melangkah menghampiri katil. Pelik. Lama juga kesan ubat tidur itu. Sepatutnya Nayra dah sedar sekarang. Kemudian, Brayan melabuh punggung di ruang kosong sebelah Nayra. Wajah cantik yang masih lagi terlena itu ditatap lama. Dengkuran halus menyapa telinga Brayan.

Seluruh wajah Nayra ditenungnya. Dari mata turun ke hidung sehinggalah ke bibir yang nampak sedikit terluka akibat kulit kekeringan. Perlahan tangan Brayan menyentuh lembut bibir Nayra. Terasa kasar.

"Semalaman kau tak minum air." gumam Brayan sambil bibir itu diusap lembut. Tatkala melihat kelopak mata Nayra yang bergerak-gerak terus Brayan menjauhkan tangan.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now