Bab 27

44K 3.5K 664
                                    

                       MATA terbuka. Nafasku berombak kuat seperti baru sahaja lepas berlari beratus-ratus meter. Anak mata tak henti meliar ke segenap bilik yang asing ini. Aku... dekat mana?

Sedaya-upaya aku cuba untuk teringat semula apa yang terjadi pada diri sendiri sehingga dimasukkan ke dalam hospital. Dan setelah beberapa minit, baru aku menyedari sesuatu. Mata terbeliak luas. Aku dah ingat! Entah mengapa jiwa yang tadinya kosong terus memberontak cemas. Tubuhku bergerak-gerak cuba untuk bangun. Tapi kenapa kakiku langsung tak bergerak? Dan apabila dipaksa, ia malah lebih menyakitkan.

Tolong! Sesiapa tolong aku! Itu ayat yang aku ingin menjerit sekarang. Tapi tekak terasa amat sakit. Tak mampu untuk mengeluarkan sepatah kata sekalipun.

"You said what?! Macam mana kaki dia boleh patah? Aku dah bawa dia ke sini secepat yang mungkin, kenapa kau tak boleh selamatkan dia?! Apa jenis doktor kau ni huh?!" Kedengaran suara garang itu menjerkah dengan kuat.

Meremang aku dibuatnya. Perlahan-lahan anak mataku beralih ke sebelah kanan. Nak terkeluar biji mata ini melihat lelaki berpakaian seluruh hitam itu sedang berdiri di pintu. Tak habis-habis memaki dan menjerkah kepada seorang doktor yang kini sedang menunduk kepala ke bawah seperti seorang pesalah.

kedengaran Brayan melepaskan satu keluhan kecil. Sebelah tangan sedang memicit kepala yang berdenyut-denyut.

"Maafkan saya, Encik Brayan. I can't do anything. Saya cuma mampu merawat, bukan menyembuh. Lagipun, hentakan tu mungkin terlampau kuat sebab itu boleh mematahkan kaki dia. Kami tak boleh buat apa-apa..."

"What? Kau cuba nak salahkan aku?" Soalnya, tak puas hati. Doktor itu menggeleng laju. Tak! Bukan itu yang dimaksudkan. Namun, belum sempat dia hendak menjelaskan lelaki itu terlebih dahulu mencengkam erat kolar baju kemeja putih itu. Dan sekuat hati, Doktor ditolak ke dinding. Berdentum bunyinya sampaikan pasu bunga yang terlanggar tanpa sengaja terus sembah ke lantai. Berderai bunyi kaca.

"Bu... Bukan itu maksud saya, Encik Brayan..."

"Then what?! Aku yang langgar dia, jadi siapa lagi yang kau akan salahkan selain aku? Aku bawa dia ke sini, untuk kau selamatkan dia. Bukannya bagi alasan, doktor bodoh! Sekarang ni, kalau kau tak boleh kembalikan dia kepada yang asal. Baik aku bawa dia pulang ke rumah. Dia tak perlu duduk dalam tempat tak guna ni!"

Doktor itu menggeleng kepala. "Tak boleh, Encik. Encik tak boleh bawa dia balik lagi. Dia masih..."

"Apa?" Leher doktor itu ditekan dengan lebih kuat. Terbatuk-batuk dia dibuatnya.

"She's my lady. So I can do anything what I want. I can take care of her better than you, stupid doctor! Now, get out!" Tubuh doktor itu ditolak dengan kuat. Hampir sahaja doktor itu ingin jatuh menyembah ke bumi. Namun, mujur dia sempat berpaut pada meja di sebelah. Jika tidak mungkin kepalanya sudah terhantuk dibucu tajam meja tersebut. Tanpa banyak alasan, doktor itu hanya akur pada arahan. Dia tidak mahu merumitkan keadaan. Dan dia tahu, lelaki itu seorang yang tidak boleh dibuat main atau mungkin nyawanya juga turut akan terancam. Lantas, doktor itu terus menghayunkan langkah keluar dari bilik itu.

Kini tinggal aku dan Brayan sahaja di dalam bilik. Dia mengeluh kecil sebelum kepalanya menoleh ke arahku. Matanya membulat. Keningnya spontan terangkat ke atas. Dia dah sedar?

Aku mula panik saat Brayan mula menapak langkah ke arahku dengan senyuman penuh makna.

"Oh my sweetheart, kau dah sedar?" dia duduk di sebelahku. Terasa tangan kasarnya menyentuh lembut tulang pipiku. Sentuhannya penuh kasih sayang. Tapi aku teramat membencinya. Ingin sahaja aku tepis tangan lelaki itu sekuat yang mungkin, namun apakan daya tubuhku saat ini terasa berat seperti batu. Nak gerakkan satu jari pun tak mampu. Apatah lagi, hendak mengeluarkan suara.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now