Bab 12

50.5K 3.7K 376
                                    

SEPANJANG perjalanan, Nayra hanya mendiamkan diri. Luthfi di depan beri konsentrasi penuh pada pemanduan. Nak ajak berbual, tapi mukanya tampak serius semacam. Tak berani aku nak buka suara. Pasti dia ini adalah pekerja yang paling amanah. Kalau aku tak buka mulut, dia pun tak buka mulut. Lebih kepada fokus pada kerjanya.

Namun, saat pandangan Nayra terlempar ke luar tingkap kereta. Dia pelik melihat kawasan sekitar yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang meninggi. Kiri dan kanan, cuma ada pokok. Tiada kenderaan lain yang terlihat di laluan ini. Cuma beberapa kali sahaja aku nampak kereta keluar dan masuk. Itu pun mungkin kereta milik pekerja di rumah Tuan Brayan. Nampaknya, memang betullah kawasan itu adalah kawasan private. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Dan ini mungkin tanah milik Brayan. Tak tahu aku nak gambarkan macam mana rumahnya nanti. Pasti besar gila. Kalau dah dinamakan kaya, semua benda mahal nak dibeli.

"Dah lama ke encik bekerja dengan Tuan Brayan?" Akhirnya aku berani membuka topik setelah lama mendiamkan diri. Aku lihat anak mata Luthfi teralih sekilas ke arah cermin belakang. Tepat memandang aku di belakang. Kemudian, dia mengangguk kepala sebelum mata kembali fokus ke hadapan.

"Ya. Adalah dalam... empat tahun?"

Ooo... Empat tahun. Lama juga tu. Kepala Nayra terangguk-angguk.

"Encik ni driver kepada Puan Elena atau Tuan Brayan?" Aku tanya lagi. Entah celah mana aku dapat soalan banyak sangat. Tadi bukan main senyap lagi.

"Actually, saya driver kepada Tuan Brayan. Tapi dia jarang naik kereta ni. Dia lebih suka naik kereta sendiri. That's why dia arahkan saya untuk jadi pemandu kepada Madam sahaja." Ujarnya.

"Tuan Brayan tu... tua ke muda?" Aku bertanya lagi. Tapi kali ini, dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Kening Nayra berkerut. Salahkah soalan aku tadi? Takkan tanya tua ke muda pun di kira salah?

"Kenapa? Saya tak boleh tanya pasal dia ke?"

"Maybe Cik Nayra patut tengok dia sendiri nanti." balasnya.

Apa bezanya jika aku lihat sendiri atau bertanya sekarang? Ah, lantaklah. Mungkin Tuan Brayan tu dah tua. Itu sebablah dia tak berani nak cakap tua ke muda sebab dia hormatkan big boss.

"Err... jauh lagi ke nak sampai ke rumah Tuan Brayan?" Soal Nayra apabila dia rasa semakin jauh dari laluan bandar. Detik demi detik yang berlalu, kereta ini masuk lebih jauh ke dalam. Sehingga tak nampak lagi mana-mana bangunan tinggi yang mencacak langit dibina. Kenapa jauh sangat rumah Tuan Brayan ini dari dunia luar? Mungkin Tuan Brayan ini seorang yang suka bersendiri dan bencikan suasana yang bising.

Tak sangka, masih ada orang yang suka duduk kawasan jauh dari manusia yang lain. Tak bosankah?

"Tak jauh dah. Lagi beberapa minit kita akan sampai." Jawab Luthfi. Dan memang benar katanya, tak sampai beberapa minit kereta yang dinaiki mereka diberhentikan sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah pintu gerbang yang besar. Nayra terpaku sejenak. Memang tak salah lagi tekaannya tadi. Rumah agam yang terbina di dalam sana memang besar, tinggi dan luas. Dengan mengekalkan konsep elegan dan mewah.
Di tengah-tengah ada taman roundabout. Terdapat juga tasik buatan di sebelah kiri rumah dan dibina satu pondok kecil yang dihias dengan tema klasik.

"Selamat tengahari Encik Luthfi!" Sapa pengawal yang menjaga di pintu gerbang. Luthfi tersenyum.

"Selamat tengahari. Boleh tolong bukakan pintu?"

"Boleh, Encik. Sekejap ya." Dia masuk ke dalam pondok guard dan menekan satu butang yang dicipta khas untuk membuka pintu gerbang secara automatik. Sekali tekan, terus ia terbuka secara perlahan-laham. Seolah-olah menyambut kedatangan sebagai tetamu terpaling istimewa.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now