Bab 43

41.7K 3.6K 508
                                    

                 DID you just... slap me?" soalnya tak percaya. Sebelah tangan masih melekap di pipi. Masih terasa bahang tamparan itu. Sakit. Seolah-olah sewaktu dia sedang lena tertidur, ada orang lain yang menampar wajahnya secara tiba-tiba. Terkejut sehingga tersedar. Anak matanya masih tepat merenung wajah Nayra yang berubah pucat, ketakutan.

Wanita itu masih diam tak bersuara. Tangan Nayra juga kelihatan menggigil. Mungkin takut jika dia diapa-apakan kerana menamparnya sebentar tadi.

"Kenapa kau menggigil? Aku ada buat apa-apa ke sampai kau pandang aku macam tu? Sampai kau tampar aku huh?" soalnya, dingin.

Aku mengerut kening. Wajah lelaki itu dipandang. Sedang mengangkat keningnya ke arahku. Mungkin menunggu aku menjawab soalannya tadi.

"Nayra..."dia panggil namaku.

"Brayan?"

"Siapa lagi kalau bukan aku? What's wrong with you?" Herdik Brayan. Tergeleng-geleng kepalanya memandangku yang tiba-tiba tersenyum lega apabila mendengar pengakuannya. Rasa nak menjerit pun ada. Entah mengapa buat kali pertama, aku rasa bersyukur sangat apabila Brayan keluar. Oh, Tuhan! Terima kasih. Tak sia-sia aku tampar wajah lelaki ini tadi.

"Macam mana awak boleh keluar?"

"Aku rasa kau sendiri tahu sebabnya? Kau baru sahaja tampar muka aku tanpa sebab!"

"Tapi tak ada darah."

"I'm not Aryan! Aku tak perlu tunggu darah untuk keluar. Cukup rasa sakit aje aku dah boleh sedar semula."

"Oh macam itu..." aku semakin faham. Kalau begitu, aku harus main tampar-menampar aje lah kalau nak kembalikan Brayan semula. Silap hari bulan, kebas tapak tangan aku!

Brayan mendengus geram sambil menggosok pipinya yang ditampar tadi. Tak pasal-pasal kena makan penampar malam ini. Tak buat salah pun, tiba-tiba sahaja kena pukul. Bebelnya di dalam hati. Brayan menoleh memandang cermin besar di sebelah, nampak jelas kesan merah di pipinya. Kuat juga tangan Nayra ni.

"Saya minta maaf." Keluhku. Kepala ditundukkan ke bawah.

Brayan mengerut kening. Dia kembali menoleh memandangku.

"Kenapa kau minta maaf?"

"Saya tak sengaja nak tampar tadi. Saya bukannya nak tampar awak, saya nak tampar Aryan." Aduku tanpa memandang wajahnya.

Kening Brayan terjongket ke atas. Nampak seperti terkejut. Cepat-cepat dia merapat ke arahku. Anak mata melilau ke seluruh tubuhku daripada atas hingga ke bawah seperti tercari-cari sesuatu. Tatkala anak matanya menangkap kesan calar di pergelangan tanganku akibat cengkaman kuku Aryan tadi terus dia memandang wajahku semula dengan pandangan penuh kerisauan.

"Dia buat apa dekat kau?" soal Brayan ingin tahu.

"Entah. Dia tiba-tiba mengamuk. Selepas tu dia cengkam lengan saya dan cakap benda bukan-bukan." Ujarku, memandang wajah Brayan.

"Oh god..." Brayan mengeluh sambil meraup wajahnya. Tak sangka Aryan bakal bertindak kasar terhadap Nayra. Nampaknya, selepas ini dia harus lebih berhati-hati mengawal fikiran dan perasaan agar personaliti Aryan tidak mudah keluar. Aryan... Aryan... apa nak jadi dengan kau ni huh? Marahnya di dalam hati. Geram sungguh dengan personaliti Aryan itu! Suka bertindak ikut fikiran sendiri.

"Selepas tu kau tampar Aryan?" Dia menyoal lagi.

Aku mengangguk kepala mengiyakannya. Ya, sebab itulah aku tampar Aryan tiba-tiba tadi.

Brayan tersenyum lebar. Sebaliknya, kening aku pula yang bertaut pelik melihat reaksinya. Ingatkan, dia mahu memarahi aku kerana menamparnya. Malahan dia boleh pula senyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Awak tak marah saya?"Soalku seolah-olah tak percaya.

Brayan menjuih bibir. "For what? Kau tampar Aryan jadi buat apa aku nak marah? Aku lagi suka."ujarnya. Masih lagi tersengih sehingga nampak gigi.

Aku kematian kata. Otak pula berusaha memproses maksud lelaki itu. Dia tak marah aku tampar Aryan, padahal Aryan itu adalah dirinya juga. Tak apalah, dah nama pun penyakit DID. Pasti Brayan rasakan yang mereka adalah orang yang berbeza walau didalam tubuh yang sama.

"Baguslah kalau awak tak marah."

"Jangan risau. Kau nak tumbuk Aryan ke, kau nak tampar Aryan ke... aku tak kesah. Malah aku lagi suka kalau kau berkasar dengan dia."

Aku hanya mengangguk kepala tanda faham.

"Wait here." Brayan turun dari katil. Dia melangkah ke arah kabinet. Mencapai kotak kecemasan sebelum melangkah kearahku semula. Dia melabuh punggung di atas birai katil.

"Give me your hand." Pintanya lembut. Aku akur dengan arahannya. Lantas, tangan yang calar akibat cengkaman Aryan tadi aku hulurkan ke arah Brayan. Dia membuka kotak kecemasan itu. Ubat cecair detol dan kapas luka dikeluarkan. Sebaik sahaja terasa cecair detol itu mengena kesan calar itu, bawah bibirku ketap dengan kuat. Tidak mahu menjerit sakit. Mata pula tidak habis-habis merenung Brayan yang kini menyapu ubat pada pergelangan tanganku. Tidak sekalipun Brayan mendongak. Kepalanya tetap menekur ke bawah. Segala perhatiannya melekat kepada pergelangan tanganku yang calar balar.

"Kau masih ingat apa yang aku pernah aku cakap kepada kau dulu?" Brayan kembali bersuara. Matanya tetap tumpu kepada pergelangan tanganku.

"Huh?" aku terpinga-pinga, kurang jelas mendengar apa yang dia tanyakan tadi.

"Aku takkan sesekali cederakan kau buat kali kedua." Katanya. Brayan mengangkat wajah memandangku. Kini anak mata mereka saling bertentangan. Aku masih lagi diam tak mengeluarkan suara.

"Sebab tujuan aku buat semua ni, bukan untuk dera kau. Bukan untuk sakitkan kau. Tapi sebab aku nak kau. Aku nak kau ada dengan aku. Itu sahaja. Bukan untuk tempat aku lepaskan kemarahan aku. Tapi..." Dia kembali menunduk kepala ke bawah. Sambung menyapu ubat.

"Kalau sekali lagi aku bertindak cederakan kau, aku cuma nak kau tahu... itu bukan Brayan." sambungnya. Setelah selesai menyapu ubat, kotak kecemasan itu ditutup semula. Kemudian, Brayan turun daripada katil. Melangkah ke arah kabinet untuk menyimpan kotak kecemasan itu kembali.

"Sebab hidup aku dari kecil sampai ke dewasa pernah dipukul tanpa sebab. Jadi aku takkan ulangi perkara tu kepada kau." Ujar Brayan. Dia memusing memandang aku yang masih dikatil. Brayan memeluk tubuh sambil dia bersandar pada kabinet.

"Kenapa orang tua awak selalu pukul awak?" Soalku. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa ingin tahu lebih lanjut tentang kehidupan lelaki itu. Manalah tahu, dengan mendalami setiap kisahnya. Aku boleh membuka pintu hatiku sedikit demi sedikit untuk menerima dia.

"Sebab mereka ingat aku gila." jawabnya dengan senyuman sinis.

Aku terdiam. Mata tak berkelip memandang Brayan.

"Aku tak suka bila orang lain anggap aku gila. Sebab aku kenal diri aku. Dan aku masih lagi sedar perbuatan aku ni masuk akal ataupun tidak. Cuma waktu kau larikan diri daripada aku tu... aku dah tak boleh fikir apa-apa. Sebab aku ingat, kau takut pada Brayan yang jahat. Jadi kalau kau terus fikir yang aku ni jahat, maka aku akan jadi jahat untuk kau. Sama seperti aku buat pada keluarga aku." Ujarnya.

"Awak buat apa dekat diaorang?"

Brayan tidak menjawab. Malahan dia hanya tersenyum menyenget sebagai jawapan. Penuh dengan seribu maksud yang aku sendiri tak boleh nak tafsirkan apa yang dia cuba sampaikan.

Brayan kembali meluru ke arahku. Perlahan tubuhku ditolak baring semula ke atas katil. Comforter tebal itu ditarik sehingga ke paras dadaku. Aku masih lagi menatap wajahnya.

Brayan pandang aku dengan senyuman lebar dibibir. "I don't want to be a nightmare for you. Goodnight, Nayra." ucapnya sebelum lampu tidur di sebelah katil itu ditutup. Kemudian, dia mencapai sejambak bunga di atas meja milik Aryan lalu berlalu keluar dari bilik itu. Pintu ditutup rapat. Suasana bilik kembali sunyi dan suram.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now