75

28.3K 2.5K 535
                                    

          “JANGAN dekat!" Brayan memberi amaran. Bibirnya terketap-ketap, kuat. Tajam anak matanya menikam ke arah Puan Emelda yang cuba mendekatinya. Langkah orang tua itu terus berhenti. Pandangannya masih sama. Penuh sayu bercampur kesal saat merenung mata lelaki di hadapannya.

Aku masih tercegat dengan muka bingung. Wajah Brayan dan pengemis tadi dipandang silih berganti. Aku tak pasti apa yang berlaku diantara mereka berdua, namun jelas dimata Brayan hanya menunjukkan kebencian yang amat.

"Ayan..." Terketar-ketar tangannya cuba menyentuh wajah Brayan. Malang sekali Brayan menepis.

"Jangan sentuh aku! Pergi daripada sini... jangan tunjuk muka kau dihadapan aku lagi. Pergi!" Halaunya. Ditolak tubuh orang tua itu. Kasar. Membuatkan pengemis tadi terinjak sehingga beberapa tapak ke belakang. Mujur sahaja dia sempat mengimbangi diri daripada jatuh menyembah ke bumi.

"Kau masih nak tercegat di sini? Fine! Ikut suka hati kaulah!"

Brayan mengetap bibir. Anak mata menjeling penuh meluat. Malas dia hendak pandang muka orang tua itu lagi. Lantas, Brayan memusing menghadap aku pula. Kedua-dua belah tangannya menggenggam bahuku, ditarik menoleh kearahnya. Buat beberapa minit, anak matanya melilau ke seluruh tubuhku mencari kesan lebam atau luka jika ada.

Dia mendengus kecil. Ada lebam pada pergelangan tanganku ketika dia menyelak lengan baju itu ke atas. Kini anak mata naik merenung garang ke dalam mataku.  Aku telan air liur. Muka Brayan masih lagi merah padam.

"Kita balik sekarang." Arahnya dengan nada suara tegas tetapi mendatar. Sebelah tanganku terus digenggam lalu ditarik mengikut langkahnya menuju ke kereta.

"Nayra awak nak ke mana? Siapa lelaki tu?" Soal Doktor Maira yang baru kembali. Dia memandang figura Nayra dan lelaki berbaju kemeja yang sedang membelakanginya.

Brayan memberhentikan langkah. Begitu juga denganku. Satu hembusan nafas dilepaskan. Kasar. Lantas, Brayan pun memusingkan badan ke belakang.

Terbeliak biji mata Doktor Maira ketika melihat wajah lelaki itu.

"Tu... tuan Brayan?" Lekas dia menunduk kepala ke bawah. Tidak berani untuk bertentangan mata. Sedar akan salahnya sendiri. Tetapi, bagaimana Tuan Brayan boleh tahu dia membawa Nayra keluar? Ah! Itu bukan persoalannya yang patut dijawab sekarang!

"Kau!" Jari Ditunding ke arah Doktor Maira. Lambat-lambat wanita itu mengangkat kepala memandang muka tegang Brayan.

"Jumpa aku dekat pejabat nanti!" arah Brayan. Keras. Seraya tanganku ditarik semula menuju ke kereta. Membiarkan Doktor Maira terpinga-pinga seorang diri. Malah kaki juga terasa seolah-olah tak mampu bergerak dari tempatnya. Tidak lain tidak bukan, dia akan dimarahi Brayan di sana nanti! Bawah bibir digigitnya. Baru sekarang dia rasa menyesal.












                         TALI pinggang keledarku genggam sekuat mungkin. Bibir diketap. Mata dipejam merasakan kelajuan kereta yang dipandu Brayan saat ini. Laju. Sungguh laju. Jelas lelaki itu sedang melepaskan segala amarahnya dengan menekan pedal minyak sekuat hati. Aku hendak membuka suara pun tidak berani. Mood Brayan mungkin masih belum elok.

Bila dia rasa panas dan tidak selesa, lengan baju kemeja itu diselaknya sampai ke lengan. Dia tetap memandu seperti biasa. Pandangannya hanya fokus ke hadapan.

Aku tergamam tatkala melihat kesan lebam pada lengannya yang begitu Banyak. Pasti ianya pedih dan menyakitkan! Aku yang satu inipun sudah berdenyut-denyut rasanya. Apatah lagi seperti Brayan?

"Dia ada bagi kau makan tak?" Setelah lama mendiamkan diri. Akhirnya Brayan melontarkan suara. Tegas.

Perlahan aku menggeleng kepala.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now