Bab 33

43.5K 3.7K 350
                                    

"MANA Mel?!" soalku agak sedikit menengking apabila soalanku tadi itu langsung tidak dijawab. Dengan selamba Brayan mengulum senyuman sinis. Sofa mahal yang berada di sebelah kanan berdekatan dengan katil menjadi tempat dia melabuh punggung. Sebelah kaki kiri disilangkan ke atas paha. Kedua-dua belah tangannya kemas memeluk tubuh dengan sepasang anak mata hijau tuanya memandang kearah Nayra dengan pandangan penuh makna.

"Kau fikir aku akan buat apa kepada orang yang aku sendiri tak kenal selepas itu tiba-tiba pecah masuk ke rumah aku?" Brayan memberi soalan ingin Nayra cuba untuk meneka terlebih dahulu.

Aku ketap bibir. Sekarang tiada masa untuk berteka-teki! Nyawa orang bukan boleh dibuat main. Kalau jadi apa-apa kepada Mel, sudah tentu dia sekali akan terlibat!

"Awak jangan bunuh Mel. Dia langsung tak bersalah!" Tegasku.

"Kau ingat aku akan bunuh dia?" Sekonyong-konyong Brayan mencorek senyum senget.

"Kalau saya pun awak boleh cederakan, apatah lagi orang lain? Sudah tentu awak boleh buat lagi teruk daripada yang ini!"

"Exactly!" Brayan mengiyakan tekaanku. Dia bangun dari sofa dan berdiri tegak semula.

Anak mataku terbeliak. Semerta, fikiranku sudah mula membayangkan yang bukan-bukan. Bagaimana cara lelaki durjana ini menyeksa Mel, aku dah dapat rasakan kekejaman tu!

"Awak bunuh dia?" Terketar-ketar suara aku saat ini. Cecair jernih mula bertakung dibawah kelopak mata. Jika benar Mel sudah dibunuh, memang aku takkan salahkan sesiapa lagi kecuali diriku sendiri. Mengapa aku harus libatkan Mel dalam hal ini. Aku tunduk kepala ke bawah tatkala air mata yang ditahan akhirnya berjurai mengalir jua. Kecewa dan kesal.

Brayan geleng kepala. Ada keluhan kecil kedengaran dibibirnya sebelum butang interkom yang berada di sebelah katil ditekan.

"Bawa dia masuk." Satu arahan dikeluarkan. Brayan kembali menoleh memandangku yang masih menangis. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam poket. Gaya menunggu.

"Lepaslah!"

Aku sedikit tersentak saat mendengar jeritan lelaki lembut itu. Terus kepalaku kembali terangkat. Laju berpaling ke arah pintu bilik yang ditolak oleh seseorang. Terkejut aku dibuatnya saat tubuh Mel ditolak kasar sehingga dia jatuh tergolek ke atas lantai ditengah ruang bilik. Dua orang lelaki berbadan tegap yang berpakaian penuh hitam daripada atas hingga ke bawah berdiri tegak di kiri dan kanan Mel. Mengawasi.
Serius betul muka mereka. Takut apabila pandang lama-lama lalu aku terus berpaling memandang Mel yang mengerang sakit di lantai.

"Mel, kau hidup lagi Mel?!" Aku seolah-olah tak percaya bahawa Mel masih lagi hidup. Syukur! Mel tidak diapa-apakan. Cuma luka kecil sahaja kelihatan pada dahinya akibat hentakan kayu besbol malam semalam.

Perlahan Mel mengangkat wajah memandangku. Matanya membuntang.

"Nayra!" Baru sahaja Mel hendak bangun berlari mendapatkan aku, kedua-dua belah bahunya sudah ditahan oleh dua orang pengawal peribadi yang serius itu. Serta-merta Mel terduduk semula. Dia mendengus penuh geram. Kalau nak diikutkan hati, hendak sahaja dia melawan dua orang pengawal ini! Tapi apakan daya, kedua-dua belah tangannya sudah diikat dengan kuat dan ketat.

Tidak mahu tidak, Mel hanya mampu akur.

"Nayra apa dah jadi dengan you? Kenapa tubuh you banyak luka? Dia pukul you ke?! Hei, jantan tak guna! Kau pukul dia ke?!" Laju pandangan garang Mel teralih ke arah Brayan yang berdiri di sebelah katil dengan muka tak bersalah. Berombak dada Mel menahan amarah di dada. Bengang.

Brayan tidak membalas apa-apa. Memerhati Mel yang sedang menghamburkan kata-kata amarah kepadanya.

"Kau ni gila ke huh?! Orang gila pun tak macam kau lah! Kau nak buat apa dengan Nayra? Kau jangan harap kau akan dapat dia! Aku akan pastikan kau melingkup dalam penjara atas sebab kau dah buat aku dengan Nayra macam ni! Kau takkan terlepaslah lelaki gila!!" Maki Mel berkali-kali. Geram sungguh dia dengan Brayan.

Malahan Brayan hanya tersenyum menyenget. Amaran Mel langsung tak memberi apa-apa kesan takut. Kalau boleh dia mengalu-alukan lagi Mel membuat tindakan itu. Itupun, kalau boleh.

"Go ahead. I don't care." Balas Brayan selamba. Dia menjeling ke arah dua orang pengawal itu, memberi isyarat untuk membawa Mel keluar semula daripada bilik ini. Rasanya dah cukup untuk buktikan kepada Nayra bahawa dia tidak membunuh Mel. Kemudian, dua orang pengawal peribadi itu terus mengheret tubuh Mel. Memaksa Mel untuk bergerak keluar.

Aku jadi semakin cemas apabila melihat Mel yang dibawa semakin menjauh.

"Mel! Aw... Awak nak buat apa dengan Mel? Tolonglah lepaskan dia! Dia tak bersalah! Dia tak ada kena mengena pun dengan kita!"

"Of course he's involved because you always defend him. Aku tak suka kau lebihkan orang lain daripada aku. Jadi nampaknya kau lebih risaukan tentang keadaan Mel berbanding aku yang ada dekat depan mata kau. Do you love him?"

"Apa awak merepek ni Brayan? Dia kawan saya! Sudah tentu saya takkan biarkan awak buat benda yang bukan-bukan dekat dia. Lepaskan Mel!"

"Don't worry. Aku takkan bunuh kawan kau kalau tak dapat keizinan dari mulut kau sendiri. I always listen to you first, Nayra." Balasnya. Setelah tubuh Mel diheret keluar, Brayan meluru ke arah pintu bilik lalu menutupnya dengan rapat.

Aku terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata Brayan itu. Jika benar dia akan ikut setiap arahan aku, maknanya kalau aku minta dia lepaskan Mel. Pasti dia akan lepaskan, cuma pasti kena ada pengerasnya. Tidak mahu tidak, diri aku sendiri yang harus menjadi cagaran Brayan. Hanya itu sahaja yang aku mampu buat, asalkan Mel terlepas.

Aku dah tiada pilihan lain. Wajahku angkat kembali memandang tubuh belakang Brayan yang membelakangiku. Aku tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan mencari kekuatan sebelum kembali bersuara.

"Tolong lepaskan Mel." Sekali lagi aku merayu kepadanya.

"Apa yang aku dapat kalau aku lepaskan dia?"

"Saya." Jawabku, laju.

Brayan mengerut kening. Dia memusing memandang Nayra yang berada di atas katil. Serius betul mukanya waktu itu, membuktikan bahawa wanita itu tidak main-main dengan apa yang dilontarkan sekejap tadi. Perlahan bibir Brayan mencorek senyuman. Tertarik dengan tawaran itu.

"Are you serious? Macam mana aku nak percaya dengan kata-kata kau?"

"Apa sahaja yang boleh yakinkan awak bahawa awak akan dapat saya." Jawabku.

Brayan mengangguk kepala. Makin menarik! Dia tersenyum penuh makna. Setapak demi setapak Brayan meluru ke arah katil sambil tangan digosok-gosok sedang memikirkan sesuatu. Apa agaknya yang dia harus buat untuk meyakinkan bahawa Nayra akan jadi miliknya buat selama-lamanya?

"I think there is something that can convince me." Kata Brayan setelah berada di sisi katil. Langkahnya terhenti.

Aku telan air liur. Perlahan mendongak memandang muka lelaki itu. Gusar.

"Apa dia?"

Brayan tiba-tiba mendekatkan wajah. Aku terkejut sekelip mata menjauhkan sedikit jarak. Takut. Rasa tidak selesa bergelumang dalam diri. Seolah-olah aku dah dapat teka apa yang dia mahu minta. Tapi sedaya upaya aku cuba untuk beranikan diri untuk terus mendengar sambungan lelaki itu.

Anak mata mereka saling bertentangan. Pandangan Brayan sungguh membuatkan aku terpaku buat seketika waktu. Langsung tak bergerak.

"I want to marry you, Nayra. I don't want to hurt you again. This is my first and last. I'm promise. But you should know one of my rules. You have to love me. Only Brayan Alpha Herman . Will you?"

Aku diam. Berkelip-kelip memandang wajah Brayan. Suaraku seakan-akan hilang. Tak mampu ucapkan sepatah ayat sekalipun. Peraturan itu... mengapa bagiku terlalu sukar?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now