Bab 8

52.6K 4.1K 377
                                    

                      NAYRA memandang kosong ke arah jalan raya di hadapannya sementara menunggu bas muncul. Sekilas pandangan terlempar ke tepi, memandang Yan yang duduk di sisinya. Tadi aku dah suruh dia pulang tapi dia sendiri bertegas ingin menemani aku sehingga masuk ke dalam bas. Katanya, bahaya jika dibiar wanita duduk berseorangan. Padahal, aku dah biasa melakukan semua ini seorang diri. Terasa janggal pula apabila ditemani seseorang. Entah mengapa jantung tak henti-henti berdebar. Aku menggosok-gosok tangan yang terasa berpeluh. Dan disaat menyedari lelaki itu menoleh ke arahnya, cepat-cepat Nayra berpaling ke hadapan semula.

"Lambatnya bas ni..." gumam Nayra perlahan sambil kepada ditunduk ke bawah.

"So, Cik Nayra..."

"Ya, saya." Laju aku berpaling memandang Yan yang membuka suara. Dia mengukir senyuman nipis.

"Kau memang selalu naik bas ke?" soalnya. Lambat-lambat Nayra mengangguk kepala mengiyakannya.

"Haah. Saya tak ada kereta. Kadang-kadang kalau ada duit lebih baik teksi, kalau kurang... naik bas aje."ujarku. Eh, kejap? Dia cuma tanya aku selalu naik bas aje, kenapa aku cerita pasal naik teksi bagai? Nayra gigit bibir sendiri. Malahan lelaki itu sekadar mengangguk kepala.

"I see..."

"Awak pula? Kenapa tak balik aje terus? Saya dah kata tak perlu teman saya, kan? Bas pun mungkin tak lama lagi akan sampai."

"Tak best lah kalau aku balik terus. Kitakan baru jumpa? Lainlah, kalau... kau nak aku hantarkan kau balik? Kereta aku tak jauh pun dari sini."

Pantas Nayra geleng kepala. Gila! Tak pernah lagi aku naik kereta berdua-duaan dengan lelaki. Kalau iya pun, naik teksi pun dengan pak cik tua sahaja. Itupun, aku masih lagi segan. Oleh kerana itu, aku lebih memilih untuk naik bas. Di dalam bas ada ramai orang, tak adalah aku bimbang sangat jika terjadi apa-apa.

"Eh, tak... tak apa. Saya lebih suka naik bas." aku menolak pelawaannya dengan lembut. Dia tersenyum sumbing.

"Why? Takut?"

Aku kecilkan mata memandangnya. Kening berkerut. Jari terlunjuk menunding ke wajah sendiri. "Saya takut? Buat apa saya nak takut dengan awak? Lainlah kalau awak perogol ke, penculik ke... itu yalah saya takut."

"How can I tell you, if I say... I'm more than that?" Soalnya dengan sebelah kening terjongket ke atas. Anak matanya merenung tepat ke mataku. Bagai nak ditelannya aku hidup-hidup. GULP!

Nayra telan air liur. Baru sekarang bulu romanya tegak berdiri. Kedua-dua belah tangan sudah menggeletar, takut. Tak lama selepas itu, lelaki itu melepaskan tawanya. Bukan main seronok lagi dia ketawa bagai nak terkeluar anak tekak. Tatkala Nayra masih lagi bingung.

"Kau betul-betul fikir aku macam tu? Oh my... muka macam aku ni pun macam penculik ke?" Soalnya dengan menunding jari ke muka sendiri, meminta pendapat dariku. Aku jongket bahu.

"Kadang-kadang... kalau awak buka cermin mata." komenku.

"So that means... I have two personality. The good one if I wear these glasses and the bad one..." Sedang dia ramah berkata-kata, tiba-tiba telefonnya berdering menandakan panggilan dari seseorang. Dia tersengih sebelum tangannya menyeluk ke dalam kocek seluar mengeluarkan telefon canggihnya. Sesaat melihat nama yang tertera di skrin, pandangan terhala sekilas kepada Nayra. Wanita itu juga kelihatan berminat ingin tahu siapa yang menelefonnya. Dia melekap telefon itu ke dada seketika.

"Sekejap ya. My mom..."

"Oh, sure. Pergilah."

"Thank you."ucapnya dengan mengukir senyuman lebar. Lantas, dia terus bangun menapak ke hujung tiang. Sekali lagi dia menoleh ke belakang, memastikan Nayra tidak cuba curi-curi mendengar perbualan mereka nanti. Setelah melihat Wanita itu ralit memerhatikan jalan raya, barulah panggilan itu diangkat. Senyuman dibibir terus mati. Kini riak wajahnya bertukar penuh serius. Kaca mata diturunkan ke bawah. Dia berdahem.

"Macam mana?" Soalnya.

"Dia setuju." hanya ringkas jawapan dari corong speaker itu tapi cukup membuatkan dia faham apa yang dimaksudkan 'setuju' itu. Senyum kembali terukir dibibirnya tapi kali ini lebih meleret.

"I know she will agree. Siapa aje yang akan tolak? Anyway... thanks. I will call you back." Tanpa menanti balasan di sebelah sana, dia terus menamatkan perbualan. Telefon canggih disimpan semula ke dalam kocek seluar. Cermin mata yang ditanggalkan tadi juga dipakai kembali sebelum menapak ke arah Nayra. Dia menayang senyum penuh gembira membuatkan dahi Nayra berkerut.

Bukan main happy lagi muka, baru dapat berita baik ke dari mak dia? Getus hati Nayra.

"Kenapa awak nampak happy semacam? Ada sesuatu yang menarik ke yang awak boleh kongsi dengan saya?" Soal Nayra, entah mengapa aku jadi tertarik ingin tahu apabila lihat dia senyum begitu.

"Yeah, something like that."

"Apa dia? Jumpa calon untuk awak?" Aku sekadar main-main meneka dengan gelak tawa. Dia juga turut melepaskan tawa.

"Bukanlah. Adalah... rahsia. Pasal calon tu, aku tak suka bila orang lain yang tentukan. Aku ada pilihan aku sendiri. And if I want it, I will get it."

"Senang aje cara awak bercakapkan? Macam awak boleh beli pula 'pilihan' yang awak nak tu." ujarku serta menekan ayat pilihan itu. Malahan dia mencebik bibir dengan memeluk tubuh. Seolah-olah tidak setuju dengan ayat aku tadi.

"Money can buy everything, Cik Nayra."

"No! Mana ada. Ada aje benda yang tak boleh dibeli dengan duit."protesku. Sepasang keningnya terjongket ke atas seperti tertarik dengan pernyataanku. Dia senyum herot sebelum mendekat. Spontan Nayra bergerak satu langkah ke tepi. Mata membulat terkejut dengan tindakan lelaki itu. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Tell me. Apa aje yang tak boleh beli dengan duit sekarang?" Soalnya seolah-olah mencabar. Nayra menjuih bibir. Dia fikir aku budak tadika ke?

"Awak tak boleh beli..." baru sahaja aku buka mulut, kelihatan bas berwarna kuning memasuki ruang stesen. Tak jadi aku untuk meneruskan ayat, sebaliknya aku terus bangun dari tempat duduk apabila melihat pintu bas terbuka. Beberapa penumpang mulai turun seorang demi seorang.

Yan ikut bangun.

"Nanti kita sambung borak. Saya minta diri dulu."

"Tunggu!" Halangannya menghentikan langkah Nayra.

"Kenapa?"

"Boleh aku nak nombor telefon kau?" dia meminta. Aku mengecilkan mata.

"Don't worry. Aku cuma nak kenal dengan kau. Aku janji, aku takkan ganggu kau selalu. Please." Dia merayu sambil menghulurkan telefonnya. Aku mengeluh berat. Sekilas pandangan terhala ke arah pintu bas yang masih terbuka. Pemandu bas itupun asyik terjenguk-jenguk kepala keluar dari tingkap melihatku yang masih belum masuk. Haih... dah tak ada masa!

Lantas, aku terus mengambil telefon canggihnya dan menaip nombor telefonku di situ.

"Nah! Saya dah lambat. Assalamualaikum!" Telefon diserahkan semula kepada lelaki itu sebelum aku tergesa-gesa berlari memasuki bas yang hampir menutup pintu. Dia tersenyum sampai ke hujung telinga menatap skrin telefon. Akhirnya, dapat juga dia memiliki nombor telefon wanita itu. Anak mata kembali memandang ke arah bas yang sudah mulai bergerak. Dia dapat melihat Nayra yang mengambil tempat duduk di bahagian paling belakang.

"Thank you!" Jeritnya, kuat berharap agar Nayra mendengarnya. Kemudian, Nayra membalas dengan membuat isyarat okay dari cermin belakang bas. Sudah cukup membuktikan dia mendengar jeritan lelaki itu. Yan melambai. Nayra pun turut sama melambai sehinggalah bas itu bergerak semakin jauh, jauh dan terus menjauh.

Senyuman lelaki itu mati sebaik sahaja bas itu menghilang di matanya. Ada satu keluhan dilepaskan. Kaca mata yang dipakai turut dijatuhkan.

"Sometimes it's hard to be you... Aryan." gumamnya bersama senyum herot dibibir penuh sinis. Kepala digeleng berkali-kali sambil kaki diatur meninggalkan tempat itu.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now