Bab 14

43.4K 3.6K 181
                                    

                       “ENCIK Luthfi, boleh tolong berhentikan kereta dekat kedai runcit tu tak? Saya nak beli topup." Pinta Nayra saat dia menyedari baki topup di dalam telefonnya sudah kosong. Lupa pula dia nak isi semalam. Mujur dia lihat ada kedai runcit di hadapan sana. Tak jauh pun, cuma beberapa meter sahaja lagi. Luthfi yang sedang memandu kereta sekadar mengangguk kepala. Menurut.

Dia terus membelok ke kanan sebaik sahaja ternampak selekoh, memasuki ke laluan kedai runcit itu. Kereta diberhentikan.

"Sekejap ya, Cik Nayra. Saya bukakan pintu..."

"Eh, tak perlu! Saya boleh keluar sendiri. Sekejap aje." Halang Nayra. Kenapa lelaki itu sering melayaninya seperti seorang puteri? Padahal aku pun bakal jadi pekerja yang sama macam dia juga. Tanpa menunggu lama, Nayra keluar dari perut kereta itu. Lantas berlalu masuk ke dalam kedai runcit.

"Pak cik, saya nak topup hotlink Rm10 ringgit satu." Pintaku kepada pak cik yang berdiri di kaunter.

"Sekejap ya, dik." Sementara menunggu dia sedang mengambil topup, sempat aku memerhati sekeliling ruang kedai. Manalah tahu jika aku berniat untuk membeli salah satu barang ataupun makanan untuk dibawa ke sana. Eh, lupa pula salah satu peraturan di tempat itu tidak boleh membawa makanan luar masuk tanpa kebenaran. Akhirnya, aku batalkan sahaja niat. Cukup beli topup sahaja.

"Ini dia topup yang adik minta." Pak cik itu menghulur. Aku pun mengambilnya seraya memberi wang Rm10 kepadanya sebelum beredar meninggalkan kaunter pembayaran. Sambil melangkah, kepala tertunduk ke bawah. Menggores topup itu siap-siap menggunakan duit syiling 5 sen sebelum tiba di kereta. Tanpa sedar, ada seseorang melangkah pada arah bertentangan. Dan kemudian berlaku pelanggaran sehingga dua papan telur yang dibawahnya jatuh ke tanah. Pecah sehingga kelihatan lendir kuning telur itu melimpah keluar.

Nayra tersentak. Mata terus beralih ke arah lelaki yang dilanggarnya tadi.  Alamak! Apa aku dah buat ni?!

"Habis telur aku... hei, kau ni letak mata dekat mana huh?!" Tempik lelaki itu, kuat. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram. Kecut perut Nayra saat ini. Takut. Memang akui ini kesilapannya. Jalan tak tengok depan, kan dah terima padah!

"Sa... Saya minta maaf. Saya ganti balik." Bergetar suara Nayra meminta maaf. Terus aku duduk mencangkung di atas tanah, sambil mengutip kulit telur yang sudah bersepah pecah itu. Sedar, yang dia tidak boleh menjadikan telur ini kepada yang elok semula. Memang dah tak ada cara lain lagi selain menggantikan telur ini dengan wangnya.

"Kau nak kutip apa lagi? Telur tu memang dah pecah! Gila!" Herdik lelaki itu seraya menyepak tanganku yang masih mengutip kulit telur itu. Nayra mengaduh sakit.

"Argh! Sakitlah! Encik ni dah kenapa? Saya cuma nak kutip dan alihkan telur-telur yang dah pecah ni!" Bentak Nayra, geram. Tak jadi ingin kutip telur. Aku kembali bangun sambil memegang sebelah tangan yang disepak tadi. Boleh tahan kuat juga sehingga merah tanganku dibuatnya. Kurang ajar betul!

Nayra mendengus. Sempat aku menghadiahkan jelingan tajam sebelum melangkah ke arah kereta.

"Hei, kau nak ke mana huh?!" Lengan Nayra ditarik kasar sehingga dia kembali terundur ke belakang.

"Ish, apa ni? Lepaslah! Saya nak pergi ambil duit! Beg tangan saya ada dalam kereta!" Herdikku, sedaya-upaya cuba merentap tangannya yang masih mencengkam lenganku dengan kuat.

"Hei, kau tak payah nak kencing aku lah perempuan! Kau sengaja nak lari, kan?! Aku tak kira, aku nak kau ganti sekarang!!"

"Saya nak gantilah ni! Lepaslah dulu! Duit saya dalam keretalah! Tak faham bahasa ke?! Ish, sakitlah!" Terasa kuku tajam lelaki itu mencengkam kuat kulit lengan Nayra. Pedih memeritkan! Semakin aku cuba untuk menarik lenganku semula, semakin kuat dia mencengkam. Sudah diberitahu aku ingin ke kereta kerana ingin mengambil duit, tapi dia tetap tidak percaya dan fikir aku ingin melarikan diri. Memang jenis manusia yang tak faham bahasa!

"What's your problem, man?!" Suara garau itu menyergah. Dan tanpa sedar, lelaki yang mencengkam lenganku tadi sudah tergenjak ke belakang seperti ditolak oleh seseorang. Serta-merta Nayra dapat rasakan pegangan di lengannya terlepas. Dan kini matanya terpana ke arah figura Yan muncul sebagai penyelamat.

"Berdiri belakang saya." Yan menarik lenganku dengan lembut menyuruh aku berdiri membelakanginya sementara dia ingin bersemuka dengan lelaki kurang ajar tadi.

"Hei, kau ni siapa pula? Boyfriend dia huh? Muka nerd macam kau ni pun nak tunjuk lagak berani ke?" Dia menyindir.

Malahan Yan sekadar tersenyum sinis. Nerd? Mungkin lelaki itu belum cukup kenal dia siapa sepenuhnya.

"Saya tak nak bergaduh dengan abang. Benda ni boleh settle. Hal kecil sahaja kenapa nak dibesarkan? Biar saya ganti duit abang semula." Lantas, dia mengeluarkan dompet dari kocek seluarnya. Namun, belum sempat Yan ingin keluarkan duit. Dompetnya sudah ditepis kasar oleh lelaki itu sehingga terpelanting ke tepi.

"Aku tak nak duit kau. Aku nak duit minah belakang kah tu!"

"Apa bezanya duit saya dengan duit dia? Abang memang sengaja nak cari pasal dengan perempuan, kan?"

"Hei, kau tak payah sibuk hal aku lah mamat nerd!" Dada Yan ditolak kasar seperti ingin mencabar. Langkah Yang sedikit terundur ke belakang.

"Baik kau ke tepi sebelum aku pecahkan cermin mata buruk kau tu!" Dia mengugut. Namun, Yan sedikit pun tidak bergenjak ke tepi. Masih teguh berdiri di hadapanku dengan muka berani.  Sebelah tangan di depakan, menghalang lelaki itu daripada mendekati Nayra yang berdiri membelakanginya.

Lelaki itu tersenyum menyenget. Nampaknya lelaki berkaca mata itu memang sengaja ingin mencabarnya.

"Kau nak rasa penumbuk aku ya?" Dia mara setapak ke hadapan. Malahan Yan langsung tak bergerak. Tatkala tubuh Nayra yang ditolak agar menjauhinya sedikit. Nayra telan air liur. Ah, sudah. Apa yang hendak berlaku sekarang? Dia masih lagi bingung.

Dan tak diduga, satu penumbuk dilayang kuat ke muka Yan. Kuat sehinggakan tubuh Yan terpusing jatuh ke atas guni beras. Laju tanganku naik menekup mulut. Terkejut. Mata membulat memandang Yan yang sudah tumbang ke bawah.

"Yan!!" Aku ingin berlari mendapatkannya, namun lelaki itu terlebih dahulu menyambar lengaku. Memaksa aku untuk berhadapan dengannya.

"Ish, lepaslah! Apa masalah awak ni huh?! Hal kecil aje kenapa nak dibesar-besarkan?! Sesuka hati nak tumbuk muka orang, ingat hebat sangat ke huh?! Dengan orang lemah bolehlah awak lawan!"

Dia menjuih bibir dengan muka berlagak. "Dah memang boyfriend kau tu lemah. Lain kali nak bercinta, bercinta dengan lelaki kuat sikit. Bukan nerd macam kura-kura. Nak lindungi kau pun, dia tak boleh! Sekadar acah berani aje yang mampu!" Lelaki itu menghamburkan tawa penuh mengejek. Aku mengetap bibir geram. Makin kurang ajar pula aku lihat mamat ni. Tanpa sebarang isyarat, aku terus hayungkan lutut mengena celahan kangkangnya dengan kuat. Rasakan!

Hanya itu sahaja tektik melepaskan diri yang paling mudah aku tahu. Laju dan menyakitkan. Aku tahu, aku bukan seorang yang mahir dalam membela diri. Tapi lihat dia yang sudah tertunduk menahan senak, maknanya kuat juga hayunan aku tadi. Padan muka!

Pegangan tanganku automatik terlepas. Tanpa mempedulikan dia yang sedang mengerang sakit. Aku terus berlari mendapatkan Yan.

"Yan, awak tak apa-apa?" Soalku jelas kerisauan. Aku ingin membantunya untuk bangun semula tapi tubuhku sudah ditarik kasar sehingga ke belakang. Nayra tersentak. Berderau darahnya melihat lelaki yang dilututkan pada celahan kangkang tadi sudah kembali berdiri tegak. Terkacip-kacip giginya menahan amarah.

"Sial punya perempuan!" Sebelah tangan dinaik tinggi ke atas ingin menampar wajah Nayra. Cepat-cepat aku berpaling ke kanan dengan memejam mata serapat-rapatnya. Tidak sanggup ingin menerima sakit yang bakal menyinggah ke muka tak lama lagi.

Sesaat, dua saat, tiga saat...

Tetap tidak rasa tangan lelaki itu melekap ke wajahnya. Sepasang kening Nayra berkerut. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka semula sebelum pandangan dilirik ke tepi. Nayra tergamam.

"Kau. Hadap. Aku. Dulu." Sepatah demi sepatah perkataan disebut dengan rahang yang bergerak-gerak. Terketap gigi menahan amukan yang semakin menggila. Panas membara. Malahan Nayra juga dapat menangkap pandangan Yan saat ini penuh garang dan tajam. Seperti dia bukanlah Yan yang berkaca mata tadi tapi orang lain. Umpama satu jiwa berhati keras pula yang mengambil alih tubuhnya. Siapa?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now