Bab 19

45.2K 3.8K 752
                                    

SIAP menyapu lantai, aku kutip kain cadar di setiap bilik untuk dibasuh. Masa aku tepuk cadar tadi, memang banyak habuk berterbangan. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Agaknya berapa lama Tuan Brayan tak balik ke rumah ya sampai rumah dia hampir dipenuhi habuk dan usang? Aku melangkah turun ke tingkat satu dengan membawa bakul berisi cadar kotor itu menuju ke bilik dobi.

Ada enam mesin basuh automatik, aku masukkan setiap cadar itu ke dalam mesin yang berbeza. Tak muat. Masukkan cecair pencuci dan tekan. Ia sudah berpusing melakukan pembersihan.

Sementara menunggu cadar katil itu siap dibasuh dan kering, aku menuju ke ruang tamu. Mengelap cermin kaca yang terbina luas di situ menghadap ke arah tasik buatan. Pasti ini tempat berehat Tuan Brayan. Dapat tenangkan diri dengan melihat kejernihan air tasik yang mendamaikan.

"Cik Nayra! Oooo... Cik Nayra!"

Aku sedikit tersentak mendengar suara Pak cik tua memanggil namaku dari pintu utama. Aku berhenti mengelap cermin. Siapa pula yang panggil aku ni?

"Sekejap!" Aku menyahut. Lantas, terus berlari anak ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas lalu ditarik. Kelihatan seorang pak cik memakai kemeja cotton berdiri di situ dengan melemparkan senyum mesra.

"Ya Pak Cik ada apa?" Soalku.

"Nama Pak Cik, Pak Mat. Tadi Puan Nora ada hubungi Pak cik suruh hantarkan Cik Nayra ke kedai." Dia memperkenalkan diri serta memberitahu tujuannya ke sini.

"Oh, Pak Mat rupanya... Haah, saya memang nak ke kedai pun. Tapi saya belum siapkan kerja lagi. Boleh Pak Mat tunggu sekejap?" Pintaku. Dia mengangguk kepala tanda boleh.

"Boleh. Pak Mat tunggu dekat luar ya?"

"Eh, tunggu dekat dalamlah. Dekat luar panas." Tegurku, prihatin. Kasihan pula jika aku biarkan pak cik tua itu menunggu di luar dengan cuaca panas. Kalau pengsan orang tua tu nanti tak ke naya dibuatnya? Siapa yang akan hantar pak cik itu ke hospital? Luthfi pun sudah tidak berkhidmat lagi di sini.

Pada mulanya aku nampak dia tersenyum-senyum apabila aku mempelawanya masuk ke dalam rumah. Kasut pun sudah separuh ditanggalkan bermakna dia sudi untuk menunggu di dalam rumah. Namun, sesaat anak matanya terkilas ke arah tingkat tiga terus reaksinya berubah takut. Kepalanya tertunduk. Sama seperti Luthfi semalam.

Aku mengerut kening. "Kenapa pak cik?" Soalku, pelik. Sesekali aku toleh ke belakang, tercari-cari apa yang Pak Cik itu lihat tadi. Tapi tiada apa-apa. Aku kembali memandang Pak Mat.

"Err... tak apalah, Pak Mat tunggu dekat luar aje."

"Eh, kenapa pula macam tu? Masuklah."

"Pak cik hampir terlupa peraturan dekat sini. Tak boleh sesuka hati masuk rumah Tuan Brayan tanpa kebenaran. Terima kasih aje lah sebab pelawa pak cik masuk. Kalau dah siap, bagitahu pak cik ya." Ujarnya kemudian tergesa-gesa melangkah dengan laju ke arah garaj kereta seolah-olah melarikan diri dari seseorang.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Tak faham dengan apa yang berlaku. Kenapa dengan pekerja-pekerja di sini? Asal tengok ke atas sahaja terus berubah takut. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Sekali lagi aku toleh ke tingkat tiga. Tetap kosong.

"Apahal ek dia jadi macam tu? Semalam Luthfi pun tiba-tiba berubah. Takkan nampak hantu Kut? Rumah ni ada penunggu ke?" Aku mula rasa seram sejuk. Anak mata melilau ke sekeliling kawasan rumah. Manalah tahu kang tiba-tiba ada jembalang bertenggek dekat atas perabot. Terus pecut langkah seribu aku nanti!

Tapi keadaan rumah ini nampak biasa sahaja. Semalam waktu aku tidur pun tak kena gangguan apa-apa. Aku jongket bahu. Entah.

"Biarlah. Baik aku siapkan cepat. Nanti kesian pakcik tu tunggu lama." Kataku pada diri sendiri. Seraya kembali menyambung kerja mengelap cermin kaca itu. Fokus. Tanpa sedar ada sepasang mata hijau tua yang memerhati tindak-tanduknya dari jauh. Dia keluar dari sebalik pintu bilik ketika menyedari Nayra kembali menyambung kerja. Kedua-dua belah tangan yang berurat itu ditongkat pada kekisi kayu. Dia tersenyum menyenget.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now