Bab 21

46.6K 3.7K 241
                                    

                        TELEFON canggih itu sekali lagi bergetar saat jam sudah disetkan pada pukul 5 pagi. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Gelap. Dengan keadaan bilik yang sunyi. Hanya dengkuran halus wanita itu sahaja yang kedengaran di telinganya.

Brayan senyum kelat. Melihat Nayra yang lena tertidur berbantalkan lengannya di sisi. Kesan ubat tidur itu memang berkesan sangat lama. Apa pun yang berlaku wanita itu tidak akan sedar selagi kesannya belum hilang. Perlahan jari-jemari kasar Brayan mengelus lembut wajah cantik yang sedang ketiduran itu. Dia mengamati wajah Nayra itu dengan lama. Anak mata hijau tuanya bergerak-gerak dari mata hingga ke bibik mungil milik Nayra. Semuanya sempurna dimatanya. Jika boleh, dia mahu menatap wajah itu dengan lebih lama. Tapi apakan daya, kesan ubat tidur itu akan hilang dalam beberapa minit sahaja lagi.

Dia capai telefon canggihnya yang berada di atas meja, skrin bercahaya. Mata dikecilkan sikit saat cahaya terpancar ke wajahnya.

5:30 pagi.

"Aku harus pergi sekarang." Brayan mengeluh. Mengapa cepat sangat masa berlalu? Dia belum puas bersama disisi wanita ini. Malangnya, waktu tidak mengizinkan dia untuk terus di sini. Jika Nayra tersedar, sudah pasti dia akan terkejut besar. Lantas Brayan terus menolak comforter tebal itu ke tepi, dia turun dari katil.

Comforter yang membaluti tubuh Nayra dibetulkannya sedikit. Rambut Nayra yang juga serabai dirapikan dengan perlahan-lahan. Sekali lagi dia pandang wajah Nayra lama-lama.

"Good morning, Nayra.  Happy working later." Bisiknya dan tersenyum lebar. Setelah memastikan keadaan bilik ini selamat tanpa meninggalkan sebarang buktinya dia berada di sini, lantas dia pun beredar keluar daripada bilik itu. Menutup pintu serapat-rapatnya dengan perlahan. Takut jika Nayra menyedarinya.

20 minit berlalu, kini jam ditelefon Nayra pula yang berdering kuat. Terus aku buka mata. Sedikit tersentak. Tubuhku terasa lemah lain macam. Bahuku juga turut terasa lenguh seperti ada sebongkah batu besar yang diletakkan di atasnya. Entah mengapa mataku terasa berat sangat-sangat. Rasa macam nak tidur semula, tapi aku paksa juga untuk buka.

"Dah pukul berapa ni?" Aku meraba-raba ke meja sebelah, mencari telefon bimbitku yang berada di situ.

6 pagi.

"Dah pukul 6 rupanya. Aduh..." Aku mengeluh sebelum bangkit dari terbaring di atas katil. Lampu tidur disebelah aku buka, mencerahkan sedikit suasana bilik yang gelap gelita. Sesekali tanganku mengurut-ngurut bahu yang terasa lenguh.

"Banyak buat kerja sangat aku ni sampai lenguh bahu. Itulah... tak biasa buat kerja rumah lagi. Kan dah mendapat?" Aku mengutuk diri sendiri. Semasa aku berada di rumah sendiri, bukannya aku selalu melakukan kerja rumah pun. Sekarang bila dah jadi housemaid, barulah aku tahu betapa letihnya membersihkan satu rumah. Rumah besar pulak tu! Macam mana bahu aku tak sakit?

"Eh?" Aku baru tersedar sesuatu apabila kepala menunduk melihat diriku yang berada di atas katil. Otakku ligat memproses sesuatu. Seolah-olah memori aku hilang sekejap. Aku tak berapa ingat apa yang terjadi malam semalam tapi rasanya kali terakhir aku bukan berada di bilik.

"Macam mana aku boleh ada dekat bilik pula ni? Atau aku yang tak ingat aku masuk ke dalam bilik?" Aku garu kepala yang tidak gatal. Pelik.

"Semalam, bukankah aku tengah duduk di ruang tamu ke? Selepas tu... aku makan puding caremal yang aku jumpa dekat depan pintu. Kan? Eh, ke itu semua mimpi aje?" Aku menjadi keliru sekarang. Tak pasti apa yang berlaku semalam cumalah mimpi atau aku benar-benar berada di ruang tamu semalam.

Haih, selepas dah kerja jadi housemaid ini otak aku makin cepat lupa. Apa yang jadi semalam pun aku boleh tak ingat? Aku geleng kepala. Nayra.... Nayra... Apa nak jadilah dengan kau ni?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now