Bab 26

43.2K 3.4K 734
                                    

                  ENTAH ke mana aku membawa langkah, tanpa aku sedar aku berlari semakin jauh ke dalam hutan. Habis segala semak-samun serta ranting tajam, aku rempuh. Terasa lenganku seperti pedih saja. Mungkin terluka akibat aku menepis segala benda yang menghalang jalanku. Tapi bukan luka yang aku hiraukan sekarang ini. Sedangkan fikiranku sekarang memikirkan ke mana aku harus bawa diri sekarang.

Semakin jauh ke dalam hutan, semakin gelap. Pandanganku tak berapa nak jelas sekarang. Aku tak pasti apa bahaya yang menanti jika aku terus ke dalam sana. Sesekali aku melirik ke belakang, kelam dan sunyi. Aku pasti, aku sudah jauh daripada lelaki tak guna itu. Sedar kini perutku sudah terasa senak berlari, akhirnya aku berhenti buat beberap minit. Mengambil nafas.

"Tolong!!" Mulutku lantang menjerit meminta tolong. Tetapi semuanya sia-sia sahaja. Hanya kesunyian yang menyambut. Siapa lagi yang ada di dalam hutan ini? Cuma aku seorang.

"Mana aku nak pergi ni?" Aku mula keliru. Tubuh kembali ditegakkan. Anak mata mengerling ke seluruh kawasan hutan itu. Bak kata orang, jika tersesat di dalam hutan harus cari anak sungai ataupun cahaya. Kemudian, ikut sahaja ke arah itu dan InsyaAllah akan jumpa jalan keluar. Tatkala anak mata sedang mengimbas ke seluruh kawasan hutan, aku menangkap satu cahaya terang di sebelah kananku. 10 meter dari jarakku sekarang.

Tanpa menunggu lama, aku terus menyambung langkah menuju ke arah cahaya itu.

Lari dan terus lari sehingga akhirnya aku keluar daripada hutan itu. Kini, aku berdiri ditengah-tengah jalan raya yang sunyi sepi. Hanya lampu jalan yang menerangi sepanjang laluan.

"Takkan tak ada kereta langsung dekat sini?" Aku pandang ke belakang dan ke depan. Satu kenderaan pun tidak terlihat di sini. Tiba-tiba, kedengaran bunyi geseran tayar berdecit dengan laju. Cahaya terang menyambar ke arah aku dari belakang secara tiba-tiba. Laju aku toleh ke belakang.

Membuntang mataku apabila melihat kereta Buggati Veyron berwarna hitam itu dipandu laju ke arahku. Cahaya lampu kereta itu terlampau terang, sehingga aku tidak dapat melihat dengan jelas siapa si pemandu itu. Silau. Anak mataku kecilkan sedikit, fokus memerhati siapa pemilik kereta itu.

"Brayan?" Jantung automatik berdegup dengan laju. Aku menjadi cemas semula. Apatah lagi melihat kereta itu semakin memecut laju ke arahku. Lantas, aku terus berlari selaju yang mungkin.

Dadaku mula termengah-mengah. Nafas putus-putus. Langkah semakin perlahan. Namun aku tetap cuba bertahan. Malam ini bagai satu petanda aku akan mati. Aku tidak boleh berhenti. Sama sekali tidak boleh!

"Tolong!!" Sekali lagi aku menjerit meminta tolong biarpun perbuatan sia-sia. Sesekali aku toleh ke belakang. Kereta itu semakin hampir. Kelajuan aku berlari tidak sepantas tayar pacuan empat roda itu bergerak. Aku semakin gelabah.

"Tidak! Jangan! Kau kena kuat Nayra! Kau kena kuat!" Aku memberi semangat kepada diri sendiri untuk terus berlari biarpun perutku sudah terasa senak sangat-sangat.








                          “YOU can't stay away from me, Nayra. Let's see how fast you can run."sebelah tangan Brayan lincah menukar gear kereta. Pedal minyak ditekan dengan kuat. Kereta meluncur semakin laju di atas jalan raya. Dia dapat melihat wajah Nayra yang berubah pucat apabila kereta itu semakin menghampirinya. Brayan tersenyum sinis.

"Biar aku sendiri berhentikan kau." Desis Brayan dengan gigi terketap-ketap geram. Wanita itu memang susah untuk mengalah. Jadi dia tiada pilihan lain, selain memberhentikan wanita itu sendiri. Sekali lagi tangannya lincah menukar gear, tanpa berfikir panjang tubuh Nayra terus dilanggarnya dengan kuat.

Debush!

Dentuman kuat hasil dari pelanggaran itu bergema ke seluruh kawasan jalan raya yang sunyi itu. Dengan jelas dia dapat melihat tubuh Nayra yang terpelanting ke hadapan sana dengan terguling-guling. Lantas, pacuan empat roda terus diberhentikan. Dia menjenguk sedikit dari cermin kaca keretanya, tubuh Nayra sedang menggelupur kesakitan di hadapan keretanya.

Brayan tersenyum menyenget.

"Finally, kau dah berhenti." Dia ketawa, teruja. Enjin dibiarkan terbuka. Tanpa menunggu lama, dia terus keluar dari perut kereta berlari ke arah Nayra yang sedang menggelupur kesakitan di atas jalan raya. Melihat darah yang mengalir keluar dari kepala Nayra, tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut dengan kuat. Spontan langkahnya terhenti. Dia menyentuh kepala.

"Erghh!" Brayan mengerang sakit. Kelopak mata dipejam serapat-rapatnya, dia mengetap bibir sekuat yang mungkin. Cuba melawan denyutan kuat dikepala yang sedang melemahkannya. Tak sampai beberapa minit dia bergelut dengan diri sendiri, akhirnya kelopak mata terbuka. Bagai tersedar dari mimpi, dia lupa apa yang jadi sebentar tadi. Sekelip mata, Aryan pula yang mengambil alih tubuh itu.

"Why am I here?" Keningnya berkerut pelik memandang hutan kiri dan kanan jalan raya. Tatkala anak mata terpandang Nayra yang terbaring di atas jalan raya, matanya terus membeliak terkejut.

"Nayra!!" Aryan pantas berlari mendapatkan Nayra. Ditarik tubuh wanita itu baring di atas pangkuannya. Darah semakin mengalir dengan laju. Dia semakin cemas. Jika dibiarkan sahaja darah itu mengalir, mungkin wanita itu boleh mati.

"Apa yang Brayan dah buat kepada kau Nayra? Oh, please... Jangan mati. Kau tak boleh mati!" Sebelah tangannya menekup kepala Nayra yang berdarah, mengharap dengan cara itu dia dapat menghentikan darah yang mengalir dengan semakin laju. Malang sekali cara itu langsung tak memberi apa-apa kesan. Darah tetap mengalir dari celahan jari-jemarinya.

Aryan semakin gelabah.

"Kau memang bodoh Aryan!" Maki Brayan. Dia geleng kepala. Tak sampai beberapa saat pun, jiwanya kembali kepada yang asal.

"Kau takkan boleh jaga Nayra. Aku lebih layak jaga dia. Aku tahu apa yang aku buat, kau duduk diam sahaja. Tak perlu masuk campur dalam urusan aku!" Herdik Brayan kepada Aryan yang kini berada di hadapan matanya. Cuma bayangan, hanya dia sahaja yang boleh melihat. Tanpa sedar, dia sedang bercakap dengan dirinya sendiri.

Gila!

Aryan mengetap bibir. "Kau memang dah gila, Brayan. Kau memang nak Nayra mati ke apa?!" Bentak Aryan. Turun naik nafasnya menahan amarah.

"Dia cuba lari, jadi aku cuba hentikan. Just shut your mouth. Kau tak perlu masuk campur. She's mine. Not yours. Aku tahu dia takkan mati. Dia ada masa lagi 20 minit." Kata Brayan, yakin. Lantas, tubuh Nayra terus digendong secara perlahan-lahan masuk ke dalam perut kereta di bahagian pintu belakang. Pintu dihempas tutup sebelum dia melangkah ke pintu pemandu pula. Sekilas jam tangan yang mengelilingi pergelangan tangannya dipandang.

Masa masih berbaki 19 minit untuk dia ke hospital. Dia kena pantas.

"Aku nak ikut!" Keras Aryan.

Brayan hanya menjeling. Dia terus masuk ke dalam perut kereta tanpa mempedulikan Aryan yang masih tercegat di luar. Dashboard ditarik, dia mengeluarkan sebotol ubat haloperidol lalu ditelannya dua biji sekaligus. Air mineral dicapai lalu diteguk dengan keras. Kemudian, dia toleh ke luar. Bayangan Aryan sudah pun hilang sekelip mata.

Dia tersenyum menyenget. Pergi juga bayangan tak guna itu! Botol ubat dilemparkan ke kusyen sebelah. Sekilas dia menoleh ke belakang memandang Nayra yang tidak sedarkan diri.

"Let's go to the hospital. You will be fine."

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now