Bab 24

42.5K 3.4K 444
                                    

NAYRA melepaskan pandangan ke luar tingkap. Matanya ditala ke arah tasik yang ada di sebelah sana. Airnya nampak tenang mengalir tatkala dedaun kering jatuh ke atas air itu dengan perlahan-lahan. Suasana malam yang sangat sunyi dan mendamaikan. Sesekali menghadirkan rasa ketenangan kepadanya. Namun, semua itu cuma untuk sementara disaat fikirannya melayang memikirkan tentang bilik Tuan Brayan itu.

Ada apa sebenarnya di dalam bilik itu sehingga Puan Nora Elena menghalang aku sekeras-kerasnya untuk masuk. Aku cuma nak tengok. Jika tiada apa-apa, mengapa dia perlu risau jika aku ceroboh masuk.

Aku mengeluh berat. Sekilas pandangan terlempar ke arah kiri, melihat si pekebun yang sedang mengemas alat-alat berkebunnya sebelum dia pulang ke rumah. Dia juga turut menoleh ke arahku apabila dia menyedari aku sedang memerhatikannya. Lelaki tu nampak lebih tua dariku. Mungkin dalam lingkungan 27 tahun. Aku tak sempat untuk berkenalan dengan pekerja-pekerja di sini.

Yang aku kenal cuma Pak Mat dengan Luthfi. Itupun Luthfi dah diberhentikan atas sebab aku sendiri tak tahu.

"Kenapa tak duduk di dalam?" Hilmi menegur.

Aku sedikit tersentak. Kepala yang tidak gatal digaru sambil menyengih. Sajalah aku nak lepak dekat luar rumah. Ambil angin.

"Saja. Angin luar sejuk." Balasku, itu sahaja jawapan yang terpacul keluar dari mulutku saat ini. Dia mengangguk kepala tanda faham.

"Jangan selalu duduk luar sangat. Tak elok. Hari pun dah nak senja, lebih baik duduk dekat dalam rumah." Kata Hilmi sambil membasuh cangkulnya yang terlekat tanah.

Aku tersenyum. Ramah juga pekerja Tuan Brayan ni.

"Kenapa? Takut saya kena gigit nyamuk ke?" Usikku.

Dia ketawa sambil kepala digelengkan berkali-kali. "Jentik-jentik pun tak ada, mana datangnya nyamuk? Saya suruh awak duduk dekat dalam rumah sebab angin malam dekat sini sejuk. Nanti terkena demam." Ujar Hilmi.

Bibirku yang daripada tadi tersenyum terus mati tatkala mendengar kata-kata Hilmi itu. Tak ada nyamuk? Keningku bertaut pelik. Hati juga turut rasa aneh. Apa maksud lelaki itu di sini tiada nyamuk? Habis bekas merah di leherku ini apa dia? Perlahan tanganku naik menyentuh leher.

"Apa maksud awak dekat sini tak ada nyamuk?" Aku beranikan diri untuk bertanya.

Hilmi menoleh ke arahku usai sahaja dia membersihkan cangkulnya. "Awak tak tahu ke Tuan Brayan tu ada OCD? Dia tak suka kawasan yang kotor. Apatah lagi kalau dia tahu ada nyamuk dekat sini. Jangan dikatakan nyamuk, lipas, tikus, dan segala serangga perosak tak ada dekat sini. Setiap tiga minggu sekali, kawasan sini akan disemburkan dengan racun serangga. Air-air takungan pun akan dibuang. Sebab itu serangga perosak tak ada peluang nak membiak. Jadi tak adalah nyamuk biarpun kawasan ni dikelilingi pokok-pokok besar." Ujar Hilmi, menceritakan tentang aktiviti pembersihan yang sering dilakukan sini.

Sedangkan Nayra hanya terdiam kaku mendengar. Tak berkelip langsung mata memandang Hilmi yang sedang bercerita. Tergamam.

"Eh, saya silap. Bukan Tuan Brayan yang ada OCD." Hilmi tersengih sambil menggaru keningnya.

Keningku berkerut. "Habis tu?"

"Tuan Aryan." Balasnya ringkas. Makin berkerut wajahku mendengar. Ada dua orangkah yang menetap di dalam rumah ini? Kenapa Puan Nora Elena langsung tidak pernah bercerita tentang seorang lagi lelaki itu.

"Tuan Aryan tu memang tegas sikit bab-bab kebersihan ni. Tapi dia baik. Kebun-kebun dekat sini, semuanya milik Tuan Aryan. Dia suka menanam. Tapi Tuan Brayan pula tak suka. Tu, tasik tu." Hilmi menunding jari ke arah tasik buatan itu. Aku turut menoleh ke arah yang ditunjukkan.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now