Bab 37

40.6K 3.4K 249
                                    

                        MASUK sahaja ke dalam rumah, Puan Nora Elena melencong kaki ke dapur dengan membawa sebungkus makanan yang dibeli dari luar. Tatkala mendengar bunyi seseorang lincah melakukan kerja memasak di dapur terus kening Puan Nora Elena berkerut. Siapa pula yang menggunakan dapur kering milik Tuan Brayan sekarang? Takkanlah Nayra.

Laju kaki Puan Nora Elena melangkah ke arah dapur dengan tergesa-gesa. Sampai sahaja diambang pintu, langkahnya terhenti. Dari sini dia melihat figura seorang lelaki yang membelakangi sedang mengacau bubur di dalam periuk. Daripada atas hingga ke bawah,pakaian lelaki itu diamatinya dengan teliti. Apabila tengok betul-betul, baru dia perasan bahawa lelaki yang sedang memasak itu bukanlah Tuan Brayan.

"Tuan Aryan?" Puan Nora Elena menegur.

Aryan pusing memandang ke belakang. Keningnya terjongket sedikit ke atas apabila melihat Puan Nora Elena muncul di dapur.

"Eh, hai Madam! Long time no see." Sapa Aryan begitu mesra. Senyuman lebar dilemparkan ke arah Puan Nora Elena sebelum dia kembali memusing melihat bubur yang dimasaknya. Kemudian, Aryan menceduk sedikit bubur itu lalu tiupnya beberapa kali sebelum disua ke dalam mulut ingin merasa. Ada yang kurang. Garam. Aryan mengangguk kepala. Anak matanya melilau mencari bekas garam di atas kabinet.

"Itulah. Saya pun dah lama tak jumpa Tuan Aryan. After Tuan Aryan dan Tuan Brayan bergaduh, saya dah jarang tengok Tuan Aryan muncul."

"Well... saya cuma tak nak keruhkan keadaan. Awak tahulah perangai dia macam mana, kan?" Kata Aryan sambil menabur secubit garam ke dalam bubur.

Puan Nora Elena mengangguk kepala tanda faham. Dia mengatur langkah dengan lebih dekat menghampiri Aryan.

"Tuan Aryan masakkan untuk siapa?" tanya Puan Nora Elena, mendongak memandang wajah lelaki itu.

Aryan senyum kecil.

"For my treasure, Nayra. Dia bagitahu saya yang Brayan langsung tak beri dia makan sejak semalam. How could he do that."

"Tapi sebenarnya Tuan Brayan memang nak bagi Cik Nayra makan. Dia suruh saya belikan makanan untuk Cik Nayra semalam. Saya pun baru aje balik daripada restaurant kegemaran Cik Nayra. Ni, saya dah belikan." Ujar Puan Nora Elena dengan menayangkan bungkusan makanan yang berada ditangannya. Masih panas lagi kerana dia baru sahaja membelinya.

Malahan Aryan hanya menjeling saat melihat bungkusan itu. Api dapur dimatikan.

"Buangkan aje. Makanan luar bukannya elok sangat. Kita tak tahu tukang masak tu jaga kebersihan atau tidak."

"Tapi saya beli makanan ni dekat restaurant mahal. Tak mungkin tukang masak dia..." Bicara Puan Nora Elena terhenti saat anak mata hijau itu mencerlung tajam ke arahnya. Dia diam. Kepala ditunduk memandang lantai. Sedar yang dia tak patut pertikaikan pendapat bosnya.

"Just throw it. Understand?" dingin Aryan memberikan arahan. Puan Nora Elena hanya mampu mengangguk tanda akur. Tidak mahu tidak, dia terpaksa juga buang makanan yang baru sahaja dibeli ini. Tapi bagaimana jika Tuan Brayan tiba-tiba keluar nanti? Apa pula alasan yang dia harus berikan?

"Tapi Tuan Aryan... kalau Tuan Brayan tanya kenapa tak ikut arahan dia macam mana?"

"I'm your boss too. Kenapa nak ikut cakap Brayan sahaja?"

Puan Nora Elena diam. Tak tahu nak balas apa kerana Tuan Aryan dan Tuan Brayan adalah orang yang sama. Kadang-kadang dia juga pening untuk menguruskan arahan dari kedua-dua watak ini. Nak ikut sahaja pada arahan, salah, tak ikut pun salah juga.

Yang boleh pun cuma mampu mengeluh.

"Baiklah. Saya minta maaf Tuan Aryan. Saya akan buang makanan ni."

"Buangkan jauh-jauh. Saya tak suka makanan dari luar masuk dalam rumah." Arahnya sambil menceduk bubur ke dalam mangkuk kaca itu.

Puan Nora Elena mengangguk kepala. Lantas dia mengatur langkah ingin keluar daripada dapur. Baru beberapa langkah, tiba-tiba kedengaran bunyi kaca terhempas ke lantai dengan kuat. Terus puan Nora Elena menoleh ke belakang. Tatkala melihat jari kanan lelaki itu yang merah akibat terkena bubur panas terus Puan Nora Elena berlari mendapatkan dia.

"Erghh..." Lelaki itu mengerang sakit. Puan Nora Elena sudah mula tak keruan.

"Tuan Aryan tak apa-apa? Kejap saya ambilkan kain!" Meluru ke arah kabinet, Puan Nora Elena mencapai sehelai kain bersih yang berada di situ lalu dibasahkan dengan air sebelum kembali ke arah bosnya. Lantas tangan lelaki itu ditarik ingin dibalut.

"Mari sini Tuan saya tolong balutkan..."

"Aku boleh buat sendiri!" Keras Brayan. Kain yang berada ditangan wanita itu direntap kasar. Puan Nora Elena sedikit tersentak. Berkedip-kedip matanya melihat Brayan yang membaluti tangannya yang merah. Serius betul mukanya.

"Tu... Tuan Brayan?" Puan Nora Elena sekadar ingin meneka. Dari riak wajah serius itu, rasanya seperti Brayan. Puan Nora Elena memang sudah biasa dengan perwatakan lelaki dihadapannya itu. Hanya dengan melihat cara pemakaian, riak wajah dan suara sahaja dia boleh mengesan siapa yang mengawal tubuh bosnya.

"Siapa lagi kalau bukan aku? Ada orang lain ke dalam rumah ni?" Dingin suara Brayan.

Puan Nora Elena diam menunduk kepala.

Selesai membalut tangan kanannya, anak mata Brayan mengerling sekilas melihat keadaan di dapur. Tatkala kepala menunduk memandang bubur yang tertumpah di atas lantai, pandangan Brayan beralih ke arah Puan Nora Elena yang masih tercegat di hadapannya.

"Siapa yang masakkan bubur ni? Bukan ke aku suruh kau belikan makanan untuk Nayra?" soal Brayan sedikit keras.

"Maaf, Tuan Brayan. Bubur ni bukan saya yang masak tapi Tuan Aryan." ujar Puan Nora Elena, memberitahu perkara sebenar.

Kening Brayan berkerut.

"Aryan?"

"Ya, Tuan. Dia yang nak masakkan untuk Nayra. Saya dah kata yang Tuan Brayan suruh saya belikan makanan tapi dia suruh saya buang. Saya tak tahu nak ikut arahan siapa waktu ini."

"Sudah tentulah kau kena ikut cakap aku! I'm your real boss not him!"

"Maafkan saya Tuan Brayan." Rayu Puan Nora Elena dengan kepala menunduk menikus memandang lantai.

Brayan mendengus kecil. Kepala digelengnya berkali-kali. Pantang sungguh jika pekerja-pekerjanya lebih menuruti arahan Aryan daripada dia. Sedangkan tuan punya badan yang sebenar adalah Brayan. Jadi sudah tentulah arahan Brayan yang harus diutamakan dahulu bukan Aryan!

"Wait..." Riak wajah Brayan bertukar serius seolah-olah baru menyedari sesuatu. Dia memandang wanita itu.

"Kau cakap Aryan masakkan bubur untuk Nayra. Jadi maknanya dia dah jumpa Nayra huh?" Soal Brayan. Puan Nora Elena diam tidak menjawab. Dia tahu, Brayan sendiri boleh meneka jawapannya.

"Aryan!" Kedengaran suara Nayra menjerit kuat memanggil nama lelaki itu.  Spontan kepala Brayan mendongak memandang ke tingkat tiga. Kenapa? Kenapa nama itu yang Nayra panggil bukannya aku? Desis Brayan di dalam hati. Sedang giginya terketap-ketap menahan amarah yang melanda secara tiba-tiba. Kedua-dua belah tangannya sudah dikepal kuat-kuat. Terasa hatinya menggelegak dengan panas seolah-olah akan meletus tak lama lagi. Mukanya berubah merah padam. Amat marah!

"Tak guna kau Nayra..." gumam Brayan dengan anak mata mencerlung garang ke arah bilik yang berada di tingkat tiga. Berani sungguh Naura memanggil nama itu!

Puan Nora Elena menelan air liur

"Tu... Tuan Brayan..."

"Kemas dapur ni! Aku perlu selesaikan sesuatu." Arah Brayan tanpa memandang wanita itu. Dengan langkah bengis, Brayan berjalan menuju ke arah tangga. Tak sempat Puan Nora Elena ingin menghalang, lelaki itu sudah jauh meninggalkan dapur. Dia tak tahu nak buat apa. Sedar yang dia langsung tiada hak untuk masuk campur. Namun hatinya tetap terasa takut jika Nayra diapa-apakan.

"Saya harap awak tak apa-apa Nayra..." desisnya, berharap agar nasib Nayra terselamat.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now