Bab 28

42.8K 3.5K 209
                                    

SEPANJANG perjalanannya aku hanya duduk diam seperti patung. Langsung tak bergerak apatah lagi mengeluarkan suara. Brayan di sebelah fokus tumpu kepada pemanduannya. Jalan raya agak sedikit sesak saat ini. Waktu kebiasaan pekerja awam pulang ke rumah masing-masing. Tambah pula lampu isyarat yang berada di hadapan sana rosak. Lagi bertambah sesak sehingga ada beberapa pengawal keselamatan yang turun padang bagi mengawal kesesakan lalu lintas.

Tatkala Brayan pula sudah mendengus, keras. Mulutnya bergerak-gerak, entah apa yang dibebelkan daripada tadi dengan muka bengang. Malas aku hendak ambil peduli, tubuhku sekarang pun terasa amat lemah. Tak mampu nak melawan atau buat apa-apa. Hanya mampu menerima segala nasib yang datang menimpa. Kepala aku sandarkan ke tingkap kaca kereta, pandangan dilempar ke luar.

"Inilah sebab aku tak suka berada di bandar. Always have problems! Tak habis-habis dengan masalah jammed. Langsung tiada perubahan!" Bebelnya seorang diri.

Brayan mendengus sekali lagi. Geram! Kemudian, dia menoleh memandang Nayra di sisi. Wanita itu langsung tidak mengeluarkan sepatah kata sejak keluar daripada hospital. Wajahnya juga tidak seceria seperti sebelum-sebelum ini. Tampak muram dan polos. Pertemuan mereka kali ini sangat berlainan. Penuh dendam dan kebencian. Yalah, memang salah dia juga kerana bertindak gila!

Tatkala melihat luka di tangan kanan Nayra kesan daripada rentapan kasarnya di hospital tadi. Darah masih mengalir. Lama dia pandang. Kemudian, Brayan geleng kepala berkali-kali seolah-olah cuba mengusir Aryan yang hampir mengawal fikirannya. Dia tidak boleh pandang darah, jika tidak Aryan pasti bakal menggantikan tubuhnya. Aku takkan sesekali biarkan! Getus Brayan di dalam hati.

Tanpa menunggu lama, dia terus mencapai kotak kecemasan di dalam dashboard kereta. Plaster dan kain tuala bersaiz kecil dikeluarkan.

"Here." Tangan kanan Nayra ditarik dengan lembut. Suaranya juga mendatar.

"Saya tak naklah..." serak suaraku. Perlahan. Aku tarik tangan semula. Namun, Brayan lebih pantas bertindak. Pergelangan tangan kananku digenggamnya kuat. Menghalang aku dari menarik tangan semula. Tajam anak matanya merenung aku dengan maksud amaran.

"Don't move." arahnya, tegas sekali. Aku menjeling meluat. Sedar yang diriku sekarang tidaklah kuat mana lalu aku membiarkan sahaja apa yang dia ingin lakukan.

Brayan menarik tanganku letak di atas pahanya. Lantas, dia mengelap darah yang masih mengalir itu dengan menggunakan kain tuala kecil. Usai membersihkan darah, kertas plaster itu dikoyak lalu ditampal pada kesan luka di belakang tanganku.

"Siap." Brayan mencarik senyuman lebar. Dia kembali mengangkat wajah memandangku yang sedang melihat pemandangan ke luar tingkap kereta. Memerhati kenderaan lain yang turut terperangkap dalam keseksaan yang berlaku sekarang.

"Sini, aku nak tengok muka kau. Mana tahu dekat situ pun ada luka juga." Brayan menarik daguku menoleh memandangnya. Aku berpaling ke lain. Tangannyaku tepis sedikit kuat.

"Jangan sentuh sayalah!" Herdikku. Kemudian, aku terbatuk-batuk. Berkerut wajahku menahan rasa sakit di tekak kerana menjerit terlampau kuat.

"Dah tahu kau tak boleh nak bercakap, jangan bercakap. Kau cuma akan sakitkan diri kau sendiri." katanya, dingin.

"Siapa yang buat saya sakit sekarang ni? Awak yang buat saya sakit! Awak yang buat saya jadi macam ni!" Aku gagahkan diri juga untuk meninggikan suara.

"Jangan bercakap, Nayra. Tekak kau sakit. Just shut your mouth." tegurnya lembut tapi tegas.

"Peduli apa saya? Sekarang ni bukan tekak saya sahaja yang sakit! Seluruh tubuh saya rasa sakit! Termasuk dengan hati saya! Saya tak kenal awak! Kenapa awak buat saya macam ni?! Tolonglah, lepaskan saya! Saya tak nak duduk dengan awak! Saya tak nak duduk dengan orang psycho macam awak! Orang gila!!"

"Hey, shut up!!" Suaranya naik satu oktaf. Bergema ke seluruh ruang kereta. Terus tangannya laju menekup mulutku dengan kuat dan kasar sehingga kepalaku tersandar ke belakang kusyen kereta. Aku sedikit terkejut. Hampir terbeliak keluar anak mataku dengan tindakan Brayan itu. Menggigil aku dibuatnya. Takut.

Rahangnya bergerak-gerak seperti menahan amarah. Pandangan Brayan begitu tajam saat ini.

"Bila aku suruh kau diam, maknanya diam! Aku tak nak kau sakit lagi. Kalau kau nak rasa lebih sakit daripada apa yang kau rasa sekarang, aku boleh buat kau merana dengan lebih teruk! Kau nak huh?!" Jerkah Brayan, turun naik dadanya berombak dengan amarah. Aku cuma diam.

"Please. Dengar arahan aku kali ini. I love you so much and I don't want to hurt you again, Nayra. You're my soul!" Sambungnya. Anak matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Menunjukkan kata-kata yang dilantorkan itu satu kujujuran, bukan sekadar untuk menyedapkan hatiku.

"Aku tahu. Kali ini memang salah aku. Tapi aku tak ada niat. Aku tak boleh biarkan kau lari dari aku lagi. It's too hurt. Aku dah cuba sedaya upaya untuk buat kau dengan aku bahagia. Tapi kau dah langgar peraturan aku. Nak atau tak, kau harus terima ini sebagai hukuman buat kau. Tapi ini bukan hukuman pertama untuk kau. Banyak lagi yang aku perlu hukum kau tapi bukan sekarang. Disini bukan tempat yang sesuai untuk aku hukum kau, Nayra."

Air mataku sudah mula bertakung dibawah kelopak mata. Takut. Entah apa lagi selepas ini yang dia bakal menghukum aku. Sekarang pun aku sudah terasa seksa yang amat! Mengapa harus aku yang jadi mangsanya?

"No, please don't cry..." Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya daripada menekup mulutku. Air mata yang mengalir disekanya menggunakan ibu jarinya. Lembut.

"Jangan takut. Aku sayang kau Nayra. Tak mungkin aku akan buat kau terseksa hidup dengan aku. Aku cuma nak kau tahu yang aku tak suka bila kau lawan arahan atau setiap peraturan aku. Aku tak nak kau ulangi benda yang sama."

"Awak siapa sebenarnya? Saya tak kenal awak... tolong jangan buat saya macam ni." Rayuku, lemah.

Brayan geleng kepala.

"Siapa kata kau tak kenal aku? I'm Brayan, Nayra. Lelaki yang pernah janji dengan kau bahawa suatu hari nanti dia akan datang balik pada hidup kau selepas dia ada segala-galanya. And that's me. Terlampau banyak yang berubah sampaikan kau sendiri tak cam siapa aku. Tapi tak mengapa, asalkan aku dah tunaikan segala permintaan kau. Kau takkan ada alasan lagi untuk tolak aku. I'm perfect now for you."

Aku tak mampu berkata-kata apa. Sebaliknya, air mata semakin berjurai mengalir dengan laju. Brayan ketap bibir. Ada riak kesal diwajahnya apabila melihat wanita itu menangis. Baru sahaja dia ingin buka mulut, kedengaran hon kereta ditekan oleh pemandu yang berada di belakang. Menandakan kesesakan yang berlaku tadi sudah semakin berkurangan. Kereta-kereta di hadapan sudah mula bergerak dengan perlahan.

Brayan membetulkan posisi duduknya semula. Kedua-dua belah tangannya memegang stereng kereta.

"Just forget about it. Kita singgah kedai sekejap beli air untuk kau." ujarnya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now