54

35.7K 3K 437
                                    

DRAP!
Sepantas kilat Luthfi membuka mata saat terdengar bunyi tapak kaki itu menyentuh tangga. Perlahan. Sangat perlahan. Segenap tubuh Luthfi menggeletar. Terasa seolah-olah ada bisikan ditelinga yang menyuruh dia untuk keluar daripada sini dan lari secepat mungkin. Dia mahu bergerak, namun ruang di dalam ini terlalu sempit dan menyesakkan.

Kedua-dua belah tangan yang masih terikat bersama mula mengetuk kayu diatas berkali-kali. Mengharapkan isyarat yang diberikan ini mampu menarik perhatian orang itu untuk membukanya.

Namun, perbuatan itu terhenti saat terdengar satu music box yang diputarkan. Dark Angel. Diselang-selikan dengan bunyi tapak kaki yang sedang menuruni tangga.

Kreekk...

Satu tangga. Berhenti.

Kreekk...

Tangga kedua. Dan sekali lagi dia berhenti dalam beberapa saat. Kemudian, dia menyambung langkah dengan cara yang sama berulang-ulang. Luthfi yang berada di dalam suasana gelap, sudah menelan air liur. Tidak tahu siapa diluar sana tetapi sudah buatkan bulu romanya mencanak naik satu badan. Bebola matanya tak henti melilau ke sekeliling. Tercari-cari jika ada jalan untuk dia keluar daripada peti itu. Namun...

Tiada.

"I can smell your feelings right now..." suara itu kedengaran sangat mendatar. Bunyi tapak kaki yang sedang bergerak terdengar semakin lama semakin dekat. Luthfi semakin cuak. Dalam hati tak berhenti-henti menjerit meminta pertolongan. Akan tetapi semua itu sia-sia sahaja.

"Scared..." Suara itu mula meneka perasaan yang dia rasakan sekarang.

"Restless..."

"And confused..." tapak kaki itu kini berhenti melangkah. Music box yang diputarkan turut mati dengan sendirinya. Senyap. Lagi membuatkan Luthfi semakin takut memikirkan apa yang orang itu sedang lakukan. Lantas, dia terus bergerak mengiring ke arah lubang kecil yang berada di sebelah kiri. Melihat dari celahan kecil itu.

Dia nampak figura tinggi lampai itu sedang membelakanginya. Berdiri di hadapan salah satu objek besar dan tinggi yang ditutupi dengan kain putih. Perlahan-lahan ia ditarik ke bawah.

Terbelalak biji mata Luthfi saat kain itu dicampak jauh-jauh. It... Itu...

"Seseorang yang tak patuh pada peraturan memang layak kena hukuman." Dia bersuara lagi. Kemudian, lelaki itu pusing ke belakang. Jelas sepasang anak mata hijau itu sedang merenung ke arahnya. Sekali lagi Luthfi telan air liur.

"I see you."katanya.

Biji mata Luthfi meluas.

Dia semakin panik saat lelaki itu mula mendekat ke arahnya. Ada bunyi seperti dia sedang membuka mangga pada keranda tersebut.

Kreekk...

Pintu keranda itu ditolak ke atas. Kelopak mata Luthfi automatik mengecil saat terkena panahan cahaya lampu di atas siling. Silau.

"Ermmm!" Luthfi mengerang saat rambutnya ditarik kasar agar tubuhnya bertukar kepada posisi duduk. Tercungap-cungap nafas bersama kedua-dua belah bahu yang tak berhenti turun dan naik. Akhirnya, dia dapat menghirup oksigen dengan lebih banyak.

Dengan selamba si lelaki tadi menarik kerusi dan melabuh punggung disitu. Menghadap ke arahnya. Dia merenung terlebih dahulu sebelum pita pelekat dibibir Luthfi ditarik perlahan.

"Tuan..."

"Relax, Luthfi. Bernafas dahulu sebelum kau mahu bercakap. Aku tahu dalam tu sempit. Dan ramai juga yang tak mampu bertahan hingga mati kerana tak dapat banyak oksigen." Cantasnya apabila Luthfi terus sahaja membuka mulut tanpa mengambil nafas terlebih dahulu. Sedangkan dia sudah beri ruang untuk Luthfi hirup udara puas-puas sebelum dikunci semula. Jadi. Jangan. Sia-siakan.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now