❅Prolog❅

1.5K 122 28
                                    

Pertama sekali, ini bukan satu keluhan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pertama sekali, ini bukan satu keluhan. Alright!

Ini hanya satu luahan perasaan. Jangan kecam dia dulu!

You know women,mereka ada satu emosi yang buatkan mereka secara refleks nak bercakap banyak dalam suatu masa tu.

So, same situation like her!

Kalau nak expect kerja tu semuanya mudah, tak memenatkan, tak bagi tekanan apatah lagi environment yang tak toxic bila bekerja dengan orang, memang berangan aje la mampu.

Namapun bekerja dengan orang, confirm ada yang tidak puas hati dalam sesetengah perkara tu.

Macam diabaikan serta sikap bias dalam menggaji pekerja.

"Hei!Saya tak pernah cakap yang saya tak sukakan kerja ni Lila. Saya cuma buat kerja ni untuk sara hidup dan membayar duit sewa rumah."terangnya semasa mengutip pinggan kotor dan cawan dari meja yang di tinggalkan oleh pelanggan.

"Ya...ya..saya tahu tu. Saya pun buat kerja dua dalam satu masa untuk sara anak perempuan saya berumur 5 tahun tu jugak. Ianya Cuma tentang bos kita tu hah..yang langsung tak prihatin sangat dekat kita ni.." beritahu Lila. Lila, dia telah bekerja selama 5 tahun sebelum kawannya ini sertai mereka di restoran tu. Seorang wanita yang cantik dan tukang masak yang handal. Mempunyai seorang anak perempuan yang comel bernama Lily. Suaminya telah meninggal dunia kerana ditembak sewaktu kejadian rompakan terjadi di tempat kerja lelaki itu tiga tahun yang lalu.

It's okay. She make it to move on.

Life is short,

Yang hidup kena teruskan hidup, yang dah mati tinggal kenangan.

Lagi-lagi kalau hidup dekat tempat memang dunia jenayah yang berkuasa. Lagi cepatla umur tu pendek!

"Nak buat macam mana,dah itu lumrah hidup bila bekerja dengan orang. Bos tahunya nak senang, tapi tak pernah fikir akan kesusahan orang lain.."ujar dia semasa memusingkan papan tanda dari 'OPEN' kepada 'CLOSE.'Setelah itu dia gerak meletakkan semua pinggan cawan yang kotor tadi ke sinki.

"Eh..tak apa. Biar saya aje yang buat. Kamu balik la..."halang Lila semasa menolak kawanya itu jauh dari sinki.

"Ah..memang tak la. Asyik saya aje yang balik awal. Lila la yang pergi balik awal. Say hi pada Lily nanti. Biar saya yang kemas semua sepah ni."

Lila memandang kawannya dengan kerutan kening. Mungkin Lila berasa serba salah pada Artemis. Bila dia nampak kawannya enggan berganjak dari situ, mahu tak mahu Lila terpaksa mengalah juga.

"Okay....tapi kamu su-"

"Ya Lila....pergi dah sana balik. Esok kan cuti. Jangan risau sangat."dia mendorong Lila supaya menjauh dari sinki itu. Makin dibiar lama makin berjela bebelan kakak ni nanti.

"Alright. Tapi ingat,tolong berhati- hati masa nak jalan balik tu." pesan Lila sebelum beri kucupan di tepi kepala itu sebelum gerak menanggalkan apron untuk di letakkan atas rak.

"Ya....tahu la."

"Saya balik dulu..Bye."

"Bye Lila....hati-hati masa memandu tu..."

"I will!"suara Lila kedengaran dari luar dapur apabila Wanita itu sudahpun berjalan keluar dari situ. Meninggalkan dirinya seorang diri di situ.

Selepas mencuci pinggan dan siap keringkan sinki semuanya, tepat jam 12 tengah malam baru la dia berjalan keluar dari situ. Dia kunci pintu dan memulakan perjalanannya menyusuri laluan pejalan kaki.

Disebabkan waktu sudah lewat, dan terdapat curfew di Kawasan itu atas faktor keselamatan. Banyak premis perniagaan sudahpun tutup. Jadi sepanjang perjalanan dia melewati Lorong dan premis yang sudah gelap tidak bercahaya sendirian.

Namun tidak lama dia berjalan, dia terdengar bunyi tembakan lalu diikuti dengan satu jeritan. Melompat terkejut dia serta merta di situ. Langkahnya mati apabila deria dia mula beraksi. Mata liar melihat sekeliling. Telinga tajam cuba menangkap bunyi.

Duh!

Apa tu!?

Mula dah dia orang buat hal!

Bulu roma dia tegak meremang!

Untuk beberapa ketika keadaan menjadi tenang. Senyap seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seakan dia yang salah dengar.

Oleh kerana tiada apa-apa yang dia dapat lihat di sekitarnya waktu itu, tanpa berlengah dia pun meneruskan perjalanannya.

Kali ini dia berjalan selaju yang mungkin sebab khuatir sekiranya waktu itu ada sekumpulan gangster bertarung ke apa kan!

Tak ke naya nanti kalau dia ada dekat tengah-tengah kekecohan tu!

Gelabah punya pasal, gadis itu jalan sambil pandang ke belakang sekejap-sekejap masa tu jugak la ada yang munculkan diri dengan mengejut dari tepi. Melanggar dirinya sampaikan dia jatuh terduduk dekat tepi jalan tu.

Mak!

Hampir nak tercabut jantung dibuatnya!

Gadis itu dengan kelam kabutnya cuba nak bersuara dan menjerit sekuat hati, tapi dia dah belajar dari kesilapan sejak kejadian yang menimpa dirinya 16 tahun yang lalu. Jadi mulutnya secara automatic terkunci tidak mampu bersuara.

Seorang lelaki, bersuit hitam berdiri depan dirinya. Sebuah pistol yang kotor terpalit dengan darah di dapati pada tangan kanan lelaki tu.

Bulat membutang mata gadis itu setelah sedar dari terkejutnya.

Mereka berdua saling bertentang mata.

Gadis itu pandang tidak berkedip kerana dia sendiri kejung. Siapa yang dia baru saja langgar ni?Habislah!

Berderai jugak otak dia kejap lagi ni!

Berderai jugak otak dia kejap lagi ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now