CHAPTER LAPAN PULUH LIMA

448 68 8
                                    

Elio pandang ke barisan samseng-samseng yang ditahan oleh mereka sewaktu serbuan yang mereka jalankan di sebuah Pelabuhan. Setiap wajah di situ dia perhatikan semasa samseng-samseng tersebut jalan melewatinya untuk naik ke dalam lori tahankan. Dia berharap muka itu tiada di kalangan mereka. Yang mana memang tiada apabila orang terakhir mendaki naik ke atas lori dan dua orang polis menutupi palang kayu di situ.

Leon di samping Elio dalam diam perhatikan setiap polis Rusia yang ke hulu dan hilir mengangkat rakan sekerja mereka yang cedera ke dalam ambulans gara-gara kejadian tembak-tembakan yang terjadi.

            "Kapten Elio...taniah. Kerana idea kamu la kami berjaya menahan dan merampas urus niaga mafia terbesar yang paling dikehendaki ini...walaupun mereka telah larikan diri, still...kalau bukan kerana tips yang kamu beritahu, mungkin kami takkan dapat pecahkan urusniaga pertukaran senjara secara haram ni.."tegur ketua pasukan anggota polis Rusia yang waktu itu sedang berjalan mendekati Elio.

Kepala Elio tersentak ke arah itu. Renungan dingin. Sikit pun tidak kelihatan teruja atau bangga. Tujuan dia hanya satu ke situ. Artemis Delaney. menangkap ahli gangster dan samseng mafia bukanlah misi utamanya.

             "Hal kecil saja."kata Elio.

Leon pandang ke tepi muka Elio apabila suara mendatar tidak kisah Elio kedengaran saat ketuanya itu bercakap.

              "Kita semakin hampir dengan penangkapan ketua mafia terbesar. Izan Aramis. seluruh kawasan dan daerah telah di kepung sepenuhnya. mereka takkan dapat larikan diri sekalipun di laluan tikus"tambah polis rusia itu lagi.

               Elio masih bermuka batu tidak bereaksi semasa dengar. Bukan nak kurang ajar, dia cuma tiada mood hendak hadap polis Rusia di depannya ini. "Ya..."

               "Sementara menunggu berita dari pasukan penahanan yang lain, ayuh ikut kami semua untuk minum bersama di kedai daging bakar luar bandar nanti.."

               Tanpa berlengah sesaat pun, Elio segera menggeleng kepala. "Tak perlu. Saya akan sertai pasukan yang lain untuk mencari."beritahunya sebelum bergerak pergi ke arah kereta hitam sebelah lori tahankan. Leon ikut dari belakang.

Apabila dua orang itu masuk ke dalam kereta, Elio terus hidupkan enjin kereta. Leon yang tidak sempat hendak pasang seatbelt dikejutkan dengan pecutan Elio apabila lelaki itu tekan minyak tanpa amaran.

                "Kapten.."panggil Leon yang tergopoh-gapah memasang seatbeltnya. "Asal kalut sangat ni?nak ke mana?Kejar orang ke?"soalnya tak berhenti.

                 Elio mengeratkan cengkaman pada stereng kereta saat pandangannya terarah pada jalan. "Mael tahu something...dia tahu tentang keberadaan Artemis..."beritahunya dari balik ketapan gigi. Fikirannya menerawang pada waktu tengah hari tadi. Sewaktu dia selamatkan Mael dari ditangkap. Dia sempat bertanya Mael mengenai Artemis. Memang la Mael tak beritahu apa-apa. tapi melalui renungan mata Mael jelas beritahu Elio yang Mael tahu sesuatu mengenai Artemis. Itu yang menganggu fikiran dia sampai ke malam ni.

              "Huh?"nganga Leon yang sedikit dumbfounded di sebelah seat pemandu itu. "Apa dia tadi?"

             "Kita tak boleh biarkan Izan dan Dareen kena tangkap. Kalau dia orang kena tangkap, aku takkan tahu dekat mana Artemis berada sekarang.."tambah Elio lagi.

              Menggaru kepala Leon lepas tu. Leon masih tidak faham apa yang dibebelkan oleh Elio sejak tadi. Seakan Elio sibuk bercakap dengan diri sendiri bukan dengan dia. "Kapten okay tak ni?"

               "Kau tak dengar aku cakap apa tadi?"soal Elio kedengaran jengkel.

                Leon mengangguk namun dia menggeleng selepas itu. Tak pasti sendiri. "Hehe...dengar kut?"

                "Lupakan aje la...cakap dengan kau ni cuma buat aku bertambah mental lagi adalah.."Elio menjuling mata menyampah sebelum senyap sepanjang pemanduannya merentasi kawasan bandar itu. Sambil tu telinganya mendengar radio polis yang terpasang di dashboardnya. Mana la tahu kan pasukan lain dapat menjejak keberadaan Izan dan Dareen saat ini.

                 "Kita nak ke mana sebenarnya ni?Nak cari Artemis atau Mael atau Dareen dan Izan tu?"soal Leon saat pandang ke luar tingkap melihat sekitarnya. Cuba cari tahu dimana mereka waktu itu. Sudahlah baru seminggu di sini. Bukanya tahu sangat selok belok negeri orang ni. Kang...sesat mahunya disangka penjahat

               "Kenapa la aku ada assistant bebal macam kau ni Leon.."keluh Elio dengan perlahan menggeleng kepala kesal.

               "Lah...saya pulak?"Leon kelihatan terasa dengan kenyataan Elio itu. Tapi tak lama pun. Lepas tu dia buat muka selambanya semula. Sudah terbiasa dengan cemuhan Elio terhadapnya sejak bekerja di bawah pimpinan Elio.

Buku ni dah nak habis hah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buku ni dah nak habis hah...

Tinta plan nak publish new book. Tapi tak sure nak pilih genre apa.

ada yang cadang.....

genre macam cerita hell school tu

ada jugak genre sport

then genre tentang fantasy prince, mereka kata mereka suka cerita macam ala2 zaman dulu kala...

And

Next time tinta tak buat genre mafia. Serik dah! Tak reti la nak buat jalan ceritanya. Memang kelaut ke bulan la gamaknya kalau buat lagi.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now