CHAPTER EMPAT PULUH ENAM

516 76 48
                                    

            "Dah habis??Nak cakap apa-apa lagi tak?"

            "Kau ni kan-"

           "Ya...ya saya tahu, saya salah."kata Artemis dengan muka tak kisah. "Tapi besar lagi salah awak Angelo terhadap saya."Angelo pandang Artemis dengan kening berkerut. "Awak janji akan lindungi saya. Awak janji takkan buat saya bersedih. Tapi apa saya dapat?Di khianati dan hampir di bunuh berulang kali."Artemis senyum sedih semasa pandang tepat ke mata letih Angelo."Sorry la lambat datang. Bukannya saya saja sengaja. Ada sebabnya."

           "Jangan kau nak mengelat!Aku tahu kau sengaja tak jawab panggilan aku!"bentak Angelo.

            Terus Artemis berdecit. "Well...itu salah satunya, tapi alasan utamanya adalah kerana Verena tembak saya. Dua peluru perempuan tu tembus ke badan.Separuh mati saya tahan sakit, awak boleh pulak arahkan orang untuk bunuh saya. Lagipun salah awak jugak."kata Artemis semasa menanggalkan cermin mata hitam dari mukanya. "Awak nak sangat saya mati, beberapa kali cuba masuk campur urusan saya..and cuba rampas apa yang sepatutnya milik saya tanpa persetujuan saya.."senarai dia satu persatu.

Angelo buka mulut hendak bercakap tapi Artemis pintas kata-kata dia.

            "Still nak salahkan saya sebab tak cuba bebaskan awak?"kepala Artemis terlentok sedikit saat pandang mengejek ke Angelo.

Kening Angelo berkerut-kerut. Lelaki itu hanya atur nafas kencang berangnya dalam diam tanpa mengatakan apa-apa ekoran kenyataan yang dilemparkan oleh Artemis saat itu begitu benar!

           "And....semua ni hanya amaran kecil untuk Tuan Angelo yang di kasihi, supaya jangan berani-berani lakukan perkara yang tak sepatutnya lagi.."Artemis berkerut kening. "Next time...kalau awak cuba khianati saya...saya akan buat lebih teruk daripada yang awak cuba buat..."katanya sebelum gosok hidungnya kerana rasa tak selesa. "And please...okay. Please think twice before you do something."

Dareen tersengih. Dia pandang tepi muka Artemis dengan renungan kagum. Gadis mafia di depannya ini bukanlah sebarangan orang.

           "Kau buat semua ni sebab nak balas balik apa aku buat dekat kau?Macam tu?"soal Angelo kelihatan terasa hati.

Tawa kecil lepas dari Artemis. Dia tersengih lebar hingga menampakkan barisan gigi.

          "Yalah...kalau saya tak buat begini, awak takkan berhenti ganggu ketenteraman saya. Ni kalau dah terkena tak ada lah awak berani sangat nak menyetan lagi kan?"jeling Artemis saat tersenyum jahat. Ini la akibat orang selalu tamak! "Ingat sikit..saya yang bantu awak selama niso jangan sesuka hati buat keputusan sendiri."Artemis dongak memandang ke atas. Terik betul cuaca hari ni. Gerah sungguh panasnya. "Dah la jom balik. Awak busuk la.. Isteri awak pun dah menangis-nangis risaukan suaminya yang satu ni."ajaknya.

Angelo sekali lagi cuba hendak membuka mulut namun sekali lagi jugak la di halang!Tak guna punya sepupu!Boleh pulak diri dia dikenakan dengan selamba macam ni!

          "Silakan tuan.."pelawa Dareen semasa buka pintu kereta itu.

          Artemis gerak ke tepi hendak beri laluan kepada Angelo. "Ya...silakan."

           Dan bila Angelo mahu gerak masuk ke dalam  kereta, dia berhenti dalam keadaan tunduk itu. Memandang Artemis tidak faham."Kau tak ikut sekali?"

            Artemis payungkan dahinya untuk elak silau panas tengah hari itu. "Selagi kau tak batalkan arahan dari bounty hunter yang diarahkan untuk bunuh aku...selagi tu aku tak balik ke situ.."

Angelo menjuling mata menyampah. Rasa macam nak tumbuk je muka cantik sepupunya ini. Mujur la dia kepenatan dan sedang rimas. Kalau tidak memang dah kena! Marah dia belum surut lagi sebenarnya tapi disebabkan Artemis buat semua ni sebab sakit hati dengan tindakan dia tempoh hari, Angelo ambil keputusan untuk mengalah dan lupakan saja apa yang dah terjadi.

          "Fine. Aku akan arahkan dia orang batalkan pemburuan kau tu."

           Artemis buat thumbs up. "Dah berhambus sana."

Angelo pun masuk ke dalam kereta. Dareen kemudian tutup pintu tersebut.

           "Kau tak ikut sekali?"pelawa Dareen. "Aku boleh hantarkan.."

           Artemis menggeleng kepala. "Tak apa. Aku naik teksi. Dia busuk. Aku tak tahan duduk satu kereta dengan dia.."ujarnya sambil mengipas-ngipas depan hidung.

Angelo buat muka hendak mencarut tapi dia ambil keputusan untuk biarkannya. Malas mendengar cemuhan dari sepupunya lagi, dia masuk ke dalam kereta dan hempas pintu kereta itu kuat-kuat!

BAM!

             Sekali lagi Dareen ketawa kecil. Ada-ada aje la reaksi Artemis ni!Tak tahan betul. Dia hampir sahaja hendak angkat tangan mahu mengusap pipi tu, mujur la dia cepat-cepat kawal. "Okay. Aku gerak dulu kalau macam tu."

Artemis mengangguk kepala. Dia hantar langkah Dareen sehingga lelaki itu masuk ke dalam kereta dan memandu pergi dari kawasan balai polis itu. Setelah kelibat kereta itu telah tiada, Artemis punberpaling. Dia berjalan masuk ke bangunan sebelah pejabat jabatan polis polis pula.

Angelo dah settle.

Seorang lagi.

Ada seseorang yang perlukan lawatan dari dia!

Tahu tak siapa insan bertuah tu?

Tahu tak siapa insan bertuah tu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tinta this chapter kinda messed.
Mana taknya, Tinta kena bersihkan jejak jalan cerita sebelum ni.

🤣

Harap chapter ni okay la.

Sebab lepas ni Tinta akan fokus pada Izan dan Artemis. Menyesal pulak buat konfliks se detail ni. Nak skip2 pun tak boleh. Terpaksa la berjela-jela chapternya.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now