CHAPTER TUJUH PULUH LIMA

491 73 2
                                    

"Lucy...aku mintak tolong untuk bangunkan Artemis bagi dia sarapan nanti. Aku dengan yang lain ada hal dekat luar. Kita orang mungkin akan balik lewat sikit."beritahu Izan sewaktu lelaki itu sedang minum americano yang Luciana sediakan awal saat lelaki itu hendak berangkat.

Mendengar permintaan Izan memang sudah menjadi rutin buat Luciana. memang selama ini dia tidak pernah membantah atau melawan.

Namun semua itu berubah,

Nama 'Artemis' aje yang sering di tutur oleh Izan buatkan Luciana berasa jengkel dan tercabar. Seakan dirinya di khianati oleh Izan setelah apa yang dia lakukan selama ini demi lelaki kesukaan itu.

"Kemudian nanti akan ada pasukan perubatan datang ke sini untuk jaga Artemis. Arahkan mereka untuk masuk ke bilik dia serta merta."

"Tak boleh ke dia bangun sendiri?Ingat ini istana...I ni kuli dia?"sungut Luciana kedengaran jengkel. "Pasukan perubatan bagai?"

Mael di sebelah Dareen waktu itu berdengus kecil kerana hendak ketawa. "Kenapa?Cemburu ke cik kak sayang?"selorohnya.

Satu jelingan tidak puas hati di lemparkan oleh Luciana ke Mael.Hidungnya kembang kuncup. "Kau diam...aku tak cakap dengan kau..."sentapnya.

Dareen ketawa bila dengar. Dia tepuk belakang badan Mael beri semangat. "Crush kau marah kau...tak sedih ke?"sakatnya.

"Mana sedih...makin aku suka adalah...rawrr!"balas Mael bersahaja saat pandang wajah cantik Luciana yang sedang garang ketika itu.

Izan yang dengar tidak hiraukan mereka kerana sudah terbiasa. Sejak awal lagi memang begitu situasi mereka setiap kali bersama Luciana. Dulu Mael sukakan Luciana sewaktu remaja lagi. Sampailah bila dah dewasa Mael pernah propose Luciana. Tapi Luciana tak nak. Sampai ke sekarang Dareen jadikan hal itu sebagai modal hendak mengenakan Mael.

"You...beritahu I. perempuan tu siapa dengan you...kenapa you bagi bilik master yang I duduk tu pada dia.."rengek Luciana saat berdiri di samping Izan. Bahu lelaki itu dilingkar manja.

Izan capai bagel dari pinggan lalu di gigit dengan berselera. "Nama dia Artemis. Jangan gelar dia macam tu Lucy. Dan dia adalah orang penting dalam hidup aku."beritahunya yang enggan bahas banyak pada Luciana. nanti makin parah jadinya!

"Orang penting?Habis I macam mana?"rengek Luciana. "You penting buat I...I tak penting untuk you ke?"

Mael buat muka lalu keluar dari meja makan itu. Izan...Izan...Izan..dia yang handsome ni tak nak pandamg sikitpun. "Aku tunggu luar.."pamitnya kerana enggan melihat kemesraan Luciana terhadap abang sulungnya itu.

Dareen masih menikmati sarapan pagi. Sikit pun tidak terkesan dengan sikap mengada-ngada Luciana itu. Sudah ramai wanita dia jumpa, ramai-ramai ada sikap yang sama bila hendak menggoda. Yang mana langsung tiada gunanya. Sebab lelaki tak suka perempuan yang mudah-mudah serahkan diri mereka pada orang lelaki. Biasanya perempuan seperti ini digunakan untuk suka-suka aje. taste lelaki lebih gemar pada wanita yang play hard untuk di dekati. makin degil makin suka!

Tiba-tiba Izan memukul permukaan meja makan. Melompat terkejut Luciana waktu itu.

"Stop it Luciana. Aku layan kau dengan baik sebab respect pada ayah dan keluarga kau. jadi tolong jangan melebihi batasan."tegas Izan.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now