CHAPTER LIMA PULUH EMPAT

658 84 2
                                    

Namun tidak lama Carlo dan Artemis di lantai menari itu, moment mereka terganggu dengan kehadiran seorang lelaki bersut hitam di samping kiri. Hal itu buatkan Carlo berhenti. lelaki itu pandang skeptikal pada si penganggu itu.

            "Ada apa?"soal Carlo jengkel.

Artemis ikut pandang ke lelaki bersut itu. Bersyukur sebab akhirnya berhenti jugak mereka dari menari.

           "Ada hal kecemasan di Gudang...ketua perlu ke sana dengan segera.."beritahu lelaki bersut itu.

             Tangan Carlo turun dari memeluk Artemis. Dia kerling ke lelaki bersut itu dengan renungan tak puas hati sebelum kembali senyum saat memandang Artemis. "Well...nampaknya keadaan tak mengizinkan saya untuk menari bersama cik lebih lama.."ujarnya.

Artemis buat-buat senyum manis.

Haha!

Elok sangat!

Dia lagi suka la!

Cepat-cepat la pergi!

           "Okay.."angguk Artemis.

           "Nice to meet you Miss Artemis..."Carlo capai tangan kanan Artemis lalu memberi kucupan pada ruas jari itu dengan mata terpejam. Tangannya lambat-lambat dilepaskan.

           Mulut Artemis ikut ternganga sedikit kerana tidak menjangka hal tersebut. Dia perhatikan sahaja bibir Carlo menyentuh tangannya.Kalau bukan mengenangkan lelaki depannya ini seorang mafia. Memang dah lama dia rentap tangannya dari di pegang.!"Saya pun..."balas dia sebelum menelan air liur dengan kesat.

            "Jumpa lagi.."pamit Carlo dengan senyuman handsome di bibir sebelum berpaling.

Lantas lelaki bersut tadi mengiringi Carlo di belakang meninggalkan lantai tarian tersebut. Artemis di situ hanya berdiri menghadap pemergian mereka sebelum diam-diam mengesat kesan kucupan tadi di kain dressnya.

Kalau bukan kerana Angelo mahukan duit dari Carlo tadi, memang tak hingin dia bercakap dan biarkan dirinya di sentuh bagai!

Sambil buat muka tidak Sukanya Artemis berpaling hendak pergi dari lantai menari tu. At last!Dapat jugak dia ambil angin!Hampir sejam dia terpaksa hidu bau minyak wangi lelaki tadi! Fuh!

Artemis pusing ke arah dimana Angelo sedang berdiri. Dia mahu kembali ke arah sepupunya semula. Namun tidak sempat dia mahu ke depan, seseorang muncul dari depannya. Pada masa dia pandang bahu orang di depannya, dia melihat Angelo berjalan pergi dari situ mengikut sekumpulan lelaki.

Siapa pulak yang menyibuk ni?

            "Well played Artemis.."tegur orang di depannya.

Dengan terkejut, Artemis pandang ke depan kerana terperanjat. Niatnya mahu mengundur, namun lingkaran pada pinggang buatkan dia secara refleks memegang lengan itu dan bersandar pada badan itu.

           "Izan!?"

           Izan tunduk memandang wajah Artemis saat Artemis tersandar padanya. Betapa rindunya dia rasakan waktu itu. "Hai..."

Tanpa berkedip, Artemis diam memandang sepasang mata milik Izan tanpa berkedip apa lagi menghela nafas kerana begitu terpana!

Makin dia mahu menjauh, makin mendekat pula Izan ni...

            "Apa yang seronok?"mata Artemis lirik akan penampilan segak yang dikenakan Izan. Kagum dengan proportion lampai yang dimiliki oleh musuh ketat Angelo ini.

            "Flirting dengan Ketua Itali tadi tu.."Izan perlahan-lahan bawa jarinya ke celah jari jemari Artemis sebelum mula menggerakkan mereka berdua kanan dan kiri untuk menari. Rentak lagu classic Mozart buatkan suasana di situ begitu romantic sedangkan dipenuhi dengan mafia berbahaya seluruh negara.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now