↭CHAPTER LIMA↭

942 83 6
                                    

Mafia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mafia.

Apa itu mafia?

Dari mana asalnya kumpulan mafia ni?

Basically, Mafia ialah sindiket jenayah dirancang yang menumpu banyak kepada penjaminan keselamatan luar yang diterima undang-undang (protection racketeering), mengantara pihak-pihak penjenayah serta melaksanakan urusan haram;[1] namun anggota-anggota ini turut terlibat dalam jenayah kecil lain seperti perjudian, peminjaman wang haram, penyeludupan dadah, pelacuran dan penipuan.Nama pertubuhan sebegini lazimnya merujuk kepada seberapa organisasi jenayah di Sicilia dan Amerika Syarikat di bawah payung La Cosa Nostra.

Ianya hanya sebuah organisasi. Organisasi Mafia pada awalnya merupakan nama sebuah organisasi orang-orang di Sicilia pada Zaman Pertengahan untuk tujuan perlindungan dan perlaksanaan undang-undang sendiri.Kumpulan-kumpulan Mafia melebarkan sayap ke A.S. selepas berlakunya penghijrahan beramai-ramai rakyat Itali pada abad ke-20. Satu-satunya kumpulan Mafia yang melebarkan sayap ke Malaysia, Jerman, Indonesia ialah Bafayed clan.

Rank dalam organisasi ini terdiri daripada bos besar (Mafia), anak syarikat/cawangan (gang), kuli atau anak buah (mobster).

Mafia lebih teratur, berskala besar dan berbahaya. Gang adalah sekumpulan yang hidup berpuak-puak mengikut ketua tertentu mereka. Kurang teratur dan melakukan jenayah berskala kecil. Mobster pula adalah 'semut' yang menjalankan aktiviti jenayah.

Lembab.

Panas.

Kedap.

Bau tengik peluh yang bercampur darah memenuhi bilik yang hanya bertemankan lampu gantung di siling.

Itulah suasana bilik soal siasat.

"ARGHHH!!!!!!"

Teriakan demi teriakan menghuni bilik siasatan apabila yang ditahan telah diseksa dan dibelasah oleh tiga oranng pegawai penyiasat bertugas.

Hampir 48 jam mereka jalankan sesi siasatah untuk mengerah maklumat dari suspek yang mereka tangkap sejak tahanan dibuat.

Dengan kasar tangan bersarung itu mencengkam rambut basah tahanannya. Direnggut dengan kuat ke belakang untuk mendongakkan kepala itu ke belakang.

"Kau nak teruskan macam ni?"Elio dengan renungan dingin menatap mata sebelah yang tidak bengkak itu.

Nafas suspek itu tersekat-sekat kerana kesakitan dan kepenatan yang di tanggungnya. Dia cuba pandang tapi cahaya dari lampu gantung di atasnya buatkan pandangannya silau. Tambah-tambah dengan keadaan mata dia yang bengkak akibat di tumbuk oleh pegawai penyiasat di situ.

"Aku tak tahu..."rintih suspek itu. "Aku berani sumpah...aku tak tahu apa-apa..."

Tiga orang pegawai penyiasat yang berdiri di tepi Elio ketika itu palingkan kepala ke ketua mereka setelah suspek mereka akhirnya mahu bersuara. Masing-masing menatap tepi muka Elio cuba mencari reaksi di wajah dingin itu.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now