CHAPTER LAPAN PULUH TIGA

495 75 1
                                    

Dua minggu berlalu begitu sahaja.

Segalanya berjalan dengan lancar dan seperti biasa. Suasana rumah Agam Izan yang awalnya suram dan menakutkan kelihatan ceria kerana kehadiran Artemis yang banyak membawa perubahan pada penghuninya. Ramai staf dan pekerja yang ada di situ gemar dengan kehadiran Artemis di situ. Dan semua orang tahu yang Artemis adalah kekasih tuan besar Izan Aramis mereka.

Pendek cerita semua orang dalam rumah agam terima akan Artemis Delaney sebagai pasangan Izan. Namun hanya seorang sahaja yang masih bermasam muka gara-garanya.

Oleh kerana Izan dan adik beradiknya sibuk dengan urusan mafia mereka, mereka bergilir-gilir untuk memantau sesi rawatan Artemis kerana enggan membiarkan Luciana bersendirian dengan Artemis dan kejadian yang sama terjadi. Kes tempoh hari bukan setakat itu saja, Luciana pernah cuba racunkan beg iv drip Artemis yang mengandungi ubat kemoterapinya. Masuk hospital tiga hari Artemis dibuatnya.

Bukan tidak menghalang, sudah banyak kali tapi masih jugak Luciana berdegil hendak ke situ atau menghantar orang melakukan 'kerja' jahatnya itu. Nak tak nak Izan arahkan Mael dan Dareen untuk bergilir menjaga Artemis.

Sejam.

Ya.

Lewat sejam.

Hendak terkucil sudah dia ni hah menunggu kemunculan orang yang katanya beria beritahu akan datang menjemputnya untuk ke hospital menerima rawatan.

End up?

Sejam dia dekat bilik tidur ke hulu dan hilir siap terlelap sekejap semata menunggu dirinya di jemput.

Hendak call memang tidak berjawab la panggilannya nanti. Lagipula telefon mini flip yang diberikan oleh Izan ada time limit. Tidak boleh buat panggilan lebih dari 5 panggilan. Tadi dia call Izan, Mael dan Dareen sudah makan hampir empat quota yang ada. Kalau dia gunakan panggilan terakhir...memang berjanggut la jawabnya.

Sudah la dia puasa dari malam tadi tidak makan tidak minum kerana ada sesi kemoterapi pada keesokan harinya. Kalau dah pergi awal tadi, sejam ni dia dah makan semula.

Menanggalkan kasut tumit tinggi hitam kegemaran yang dibelikan Izan tempoh hari dari kaki, Artemis sarung selipar dalam berwarna hitam kelabu lalu berjalan keluar dari bilik. Fikir dia, dari penat menunggu baik dia makan dulu. Soal rawatan tu boleh dia gantikan hari esok aje!Apa susah.

Kedua-dua muka pintu terbuka ke dalam.

Dua orang pengawal yang bertugas mengawal pintu bilik itu dengan serentak menoleh. Mereka pandang Artemis dengan kening terangkat.

              "Saya lapar."beritahu Artemis sebelum mereka sempat hendak bertanya apa-apa pada dia.

               Marco mengangguk kepala. "Maaf sebab cik lama menunggu. Kami cuba hubungi Tuan Izan atau Dareen dan Mael. Mereka tidak jawab."

              "Nak saya bawakan makanan ke?"Bob pula bersuara.

               Artemis menggeleng kepala. "Tak perlu. Saya boleh cari sendiri dekat bawah." katanya semasa mula berjalan melepasi mereka berdua.

Tanpa di suruh dan menjadi kebiasaan. Marco dan Bob ekori langkah Artemis di belakang. Semasa berjalan itu mereka terpandang kepala Artemis yang awalnya berambut panjang kini sudah di potong pendek paras leher kerana isu keguguran rambut yang melampau. Topi mitten terpasang di kepala itu. Yang mana buatkan mereka jatuh simpati pada cik muda depan mereka ini.

Setiba mereka di tingkat dimana dapur berada, Bob dan Marco berdiri di laluan masuk pintu dapur gaya pengawal. Memerhatikan Artemis berjalan kanan dan kiri dapur melakukan sesuatu. sekejap jenguk peti sejuk, sekejap tunduk mengeluarkan periuk. Sampai la bau haruman Masakan menerawang di dalam dapur itu.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now