CHAPTER LAPAN PULUH

638 80 5
                                    

Semasa menerima makluman yang Izan dah pulang serta lelaki itu mahu menemui dirinya. Luciana begitu teruja sehinggakan dia bersiap dan melawan sakan untuk dapatkan perhatian lelaki yang dia cintai itu.

Dengan dress ketat paras peha, tumit tinggi dan solekan penuh di wajah, Luciana berjalan dengan lenggok menggoda menyusuri koridor sebelum tiba di ruang makan dimana Izan dikatakan sedang menunggu.

Dia pun apalagi dengan senyuman lebar di pipi terus melangkah masuk melalui pintu dimana bodyguard berjaga. Mesti Izan ajak makan bersama dengan lelaki tu sekali. Katanya tadi sewaktu orang suruhan Izan datang temui Luciana, dia diberitahu oleh orang suruhan itu yang Izan ajak jumpa masa makan malam. Itu yang dia berdandan habis-habisan.

         "Sorry se-"tersekat terus perkataan selanjutnya di kerongkong. Senyuman di bibir Luciana jatuh setelah dia lihat apa yang ada di depan matanya waktu itu.

Izan sedang duduk di samping Artemis menyuap makanan ke dalam mulut itu.

Kaku kejung Luciana melihat mereka berdua begitu. Bukan ini yang dia mahukan....

          "Dah datang pun..."tegur Mael di penjuru meja makan. "Sorry la kita orang dah makan dulu tak tunggu kau.."ujarnya semasa mengangkat gelas berisi wain putih ke arah Luciana.

Mata Luciana terus gerak ke Mael saat lelaki itu bercakap kepadanya. Dia begitu tercengang dengan situasi dalam bilik makan tersebut.

             "Duduk la..."ajak Dareen pula yang waktu itu sedang menuang segelas ais kosong di depan Artemis waktu itu. "Makanan dah terhidang..layan diri.."

Izan langsung tidak menghiraukan kehadiran Luciana di situ.

Sementara Artemis yang sedang makan disuap oleh Izan mengerling ke Luciana sambil mengunyah.

Masih dalam keadaan bingung, Luciana ambil tempat di kerusi kosong menghadap Izan dan Artemis. Dia pandang dua orang itu tanpa berkelip sejak tadi.

Dalam diam, Disaat Izan mengerat potongan daging panggang di dalam pinggang dia mengerling ke Luciana sebelum kembali memandang Artemis hendak menyuap kekasih hatinya.

             "Jemput makan Lucy..."pelawanya.

Ekor mata Artemis nampak tangan Izan sebelum tolak tangan itu dan membuat muka seperti susah hati. "Tiba-tiba pulak saya rasa tak ada selera..."ngadunya dengan perlahan semasa memandang Izan.

             "Baru dua suap kau makan...takkan dah kenyang?"soal Izan berkerut kening sedikit.

              "Nak aku suruh orang masakkan bubur ke?"aju Dareen kedengaran risau kerana fikir Artemis benar-benar hilang selera.

Luciana di sebarang meja sudah buat muka hampir mahu mencarut melihat sikap mengada-ngada Artemis. Iya-iyalah tu...entah-entah Artemis cuma berlakon sakit untuk dapatkan perhatian Izan! Dasar perempuan murahan!

               Artemis menggeleng kepala. "Mungkin sebab tiba-tiba aje ada pemandangan yang tak menyenangkan mata depan saya sekarang ni..sebab itu selera saya mati."ujarnya semasa memandang Luciana. Heh!

            Perasan dirinya di pandang, Luciana pun apalagi matanya gerak ke Artemis. Waktu itu dia nampak hujung bibir Artemis terjungkit sedikit. Luciana terus pukul meja tu sampai pinggan pisau garpu dan cawan kosong di depan dia waktu itu bergegar kuat menghasilkan bunyi. "Kau apahal pandang aku!?"

Mael yang saksikan hal itu menopang pipi kiri saat merehatkan siku atas handrest kerusi makan di situ. Dia menarik sengih meleret tertarik dengan drama yang bakal tercetus di meja makan ketika itu.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now