♕CHAPTER DUA BELAS♕

665 76 14
                                    

Di suatu tengah malam pada jam 2 pagi.

Di saat orang lain lena di buai mimpi atas katil yang empuk dan berbumbungkan rumah yang hangat, ada yang tidak bernasib baik untuk menikmatinya.

Suara orang berteriakan dan menjerit meminta tolong buatkan keadaan Lorong rumah setinggan di situ riuh. Para penghuni yang ada juga berkumpul di sekitar laman bangun 40 tingkat itu. Dari penyewa orang tempatan hingga la pendatang haram tanpa izin. Mereka semua hanya mampu menyaksikan barang mereka dan penghuni tempat itu di paksa keluar dari bangunan. Bersepah-sepah Kawasan itu dengan sisa barangan milik penghuni tempat tersebut.

"Ini tempat tinggal kami!Dah bertahun kami duduk di sini!Kenapa kami dihalau!"

"Kami bayar duit sewa setiap bulan, cukai pintu dua kali dalam masa setahun. Apa lagi yang kurangnya!"

"Betul!Mana nak kami tinggal kalau di halau secara tiba-tiba macam ni!"

"Kalau ya pun nak halau...bagi la kami notis awal, bukan begini!"

"Ini satu penindasan!"

Sebahagian penghuni rumah setinggan di situ semuanya complaint dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada kumpulan lelaki yang berpakaian samseng dan bertopeng pada mulut dan menutupi mata. Di tangan mereka terdapat alat tumpul dan besi besbol mengepung laluan masuk bangunan setinggan di situ.

"Siapa tuan kamu semua hah!Tahu tak tanah ini milik siapa?"seorang lelaki tua berjambang munculkan diri di balik celah manusia di situ. Riak wajah serius dan gelap darinya buatkan mereka di sekitar dengan sendiri gerak mengundur ke tepi memberi lelaki itu laluan.

Ketua preman yang mengetuai kumpulan samseng itu turut maju ke depan. Mendabik dada menunjuk dirinya yang dominan di situ. Memangnya kau siapa nak ambil tahu.

"Aku adalah penghulu kawasan rumah setinggan ni. Dan kau patut tahu sebelum buat rusuhan di sini."

"Ohh penghulu ke. Fone..kau nak tahu sangat kan. Tanah ni milik Jutawan Han Tae Gu..dia sendiri yang arahkan kami untuk halau semua orang keluar dari tempat ni. Kalau kau ada masalah kau pergi cari dia sendiri!Kita orang ni cuma kuli.."

Lelaki berjambang itu berkerut kening.

"Kawasan rumah setinggan ni telah dijual oleh Han Tae Gu sendiri untuk membina sebuah kasino mewah. Kau orang sekadar menumpang di sinijadi dia ada hak nak buat apa sekalipun tempat ni..."

"Tak mungkin!"

"Ini bukan tanah Han Tae Gu. Ianya adalah milik Mendiang Puan Delaney sejak 20 tahun yang lalu."

Ketua kumpulan samseng di situ hanya menjungkit bahu tidak peduli. "Mendiang... dah mampus pun perempuan tu. sekarang Tuan Han Tae Gu yang handle tempat ni. Jadi sebelum kau orang semua berakhir di hujung kayu besi anak-anak buah aku, better kau orang ambil barang kau dan berhambus dari sini!"

"Bagaimana semua ni boleh berlaku?" soal lelaki berjambang itu lagi.

"Tuan Han Tae Gu dah beli tanah ni dari owner dia sendiri. Kau orang pun patut sedar-sedar la. Dah la menumpang tanah orang, bayar sewa pun tak pernah lebih dari 100$ sebulan. Kau ingat ini tanah kebajikan ke?"

"Owner tanah ni sendiri?"

"Ianya tak mungkin, kami tahu tanah ini tidak akan dijual. Kami telah dijanjikan..."

"Well.....bukan masalah aku untuk ambik peduli apa saja perjanjian kau orang tu."

"Tolonglah....jangan perlakukan kami begini....kami ada anak kecil.."

"Aku hitung hingga 5, kalau tiada sesiapa yang berganjak dari sini...jangan salahkan aku kalau ada perkara buruk terjadi!"

Dalam keadaan bingung 500 orang penghuni rumah setinggan yang ada di situ saling berbisik melepaskan keluhan kesal mereka. Ada juga yang menangis meratap nasib malang mereka. Tidak lepas juga yang memandang benci akan samseng yang berada di situ.

Taman Delaney, ianya merupakan sebuah Kawasan rumah setinggan empat bangunan yang terletak menghadap Kawasan bandar. Ianya adalah tanah private yang dibangunkan untuk membantu penduduk yang tidak berkemampuan 24 tahun yang lalu. Sejak pembinaannya, ramai nasib orang miskin terbela. Satu-satunya Kawasan yang tidak dikuasai oleh mana-mana geng mobster atau mafia di tempat itu. Kerana itu, Kawasan setinggan itu sangat penting dan bererti untuk penghuni di sini.

Mahu tidak mahu, penghulu rumah setinggan di situ beri isyarat kepada mereka semua supaya angkat barang mereka dan pergi meninggalkan tempat tersebut. Dan apabila lelaki berjambang tersebut menjauh dari kumpulan samseng, dia keluarkan telefon lipatnya dari poket dan mendail satu nombor yang tidak asing buatnya.

Beberapa kali nada panggilan kedengaran untuk seketika. Tetapi tidak dijawab.

Lelaki berjambang itu putuskan panggilan lalu mencuba sekali lagi. Dan kali ini panggilannya di jawab.

"Hello...Artemis Delaney bercakap. Ya saya, Uncle Ben."lembut sahaja suara itu menyapa walaupun kedengaran serak bangun tidur. Persis seperti puan muda mereka sewaktu hayatnya masih hidup. Baik dan mesra tidak kira apa sekalipun yang berlaku!

Lelaki berjambang itu palingkan kepala. Curi-curi lihat sekelilingnya. Hendak pastikan tiada siapa berada berhampiran dengannya. Khuatir jika ada yang dengar perbualan dia itu.

"Maafkan saya Cik Artemis, kerana mengganggu lewat malam begini..."

"Kenapa Uncle Ben?Ada masalah ke dekat rumah setinggan tu?"

Mata Ben melirik ke kerumunan penghuni yang mula berjalan meninggalkan Kawasan rumah setinggan dengan sisa barangan mereka yang ada di situ. "Ya..."

Bunyi seperti orang sedang bangun dari katil kedengaran dari latar belakang panggilan itu. Pasti Artemis sedang bingkas bangun dari perbaringan. "Kenapa?"cemas tiba-tiba suara itu kedengaran.

"Sekumpulan samseng datang menyerbu Kawasan rumah setinggan ini lalu menghalau kami semua secara mengejut tanpa notis pemberitahuan..."beritahu Ben separa berbisik namun lekas.

"Apa?Samseng?Siapa pulak yang hantar orang ke sana?"

"Katanya Tuan Han Tae Gu...mereka kata lagi tanah ini sekarang milik lelaki itu bukan milik Ibu Cik Artemis..."

"The f*ck!Apa orang tua tu fikirkan?Berani betul ganggu Kawasan orang!?" marah Artemis. "Habis tu...awak semua bagaimana?Sekarang ni musim sejuk. Takkan awak semua tinggal di tepi jalan ramai-ramai begitu?"

Ben berkerut kening dengan lebih dalam. Dia melepaskan keluhan letih. "Sebab itu saya hubungi cik...mahu meminta tolong lagi..." malu dia nak lafazkan perkataan Terakhir itu. Sudah berkali-kali cik muda dalam panggilan ini membantu mereka. Segan dia mahu meminta-minta!

"Tak apa. Tunggu di situ. Kumpulkan mereka ke satu tempat. Saya akan fly ke sana secepat mungkin."beritahu Artemis dalam panggilan dalam keadaan tergesa-gesa.

"Baik cik....terima kasih sekali lagi...saya benar-benar buntu hendak lakukan apa lagi..."


"Tidak mengapa... Tunggu saya di sana."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now