↭CHAPTER SEPULUH↭

722 81 8
                                    

Dengan nafas tercungap-cungap, Izan melabuhkan duduk di atas kerusi. Seluruh tubuhnya berkeringat, begitu juga di bahagian rambut dan wajahnya. Dalam kelelahan dia menyerahkan kayu golf yang berdarah itu ke Mael.

"Tolong....bagi saya peluang untuk hidup. Saya janji saya akan bayar semula kerugian tu..."lelaki berbengkak muka dan berlumuran darah pada mulut dan muka itu menggosok-gosok kedua-dua telapak tangan saat melutut depan Izan.

Mata dingin Izan mengerling ke sekitar ruangan dimana lelaki-lelaki depannya sudah tidak sedarkan diri selepas di belasahnya tadi. Sementara staf wanita yang berada dalam pejabat itu sudah berdiri di penjuru bilik dalam keadaan menangis penuh ketakutan.

"Kau nak cari pasal dengan aku sangat ke?Sampai buat deal dengan Belaruz?"soalnya bernada mesra. "Like seriously....Kau dah ambil barang aku...tapi jual semula pada Belaruz sedangkan duit aku pun kau Belum buat bayaran lagi..."

Lelaki itu mengangguk kepala dengan muka terdesak. "Belaruz janji mereka akan bagi duit lepas dia orang dapat barang tu...tapi dah masuk dua hari mereka diam tak bagi apa-apa respon,saya sendiri tunggu mereka bagi duit.."

Izan bersandar ke belakang merehatkan diri. Tangannya di letakkan atas arm rest kerusi. "Dia orang takkan bagi kau duit...kau tu yang bodoh sangat dengan percayakan dia orang. Organisasi Belaruz tahu urus niaga antara kau dan aku... Organisasi Belaruz sengaja nak cari pasal. Mereka intercept kita punya deal...dan sekarang dia nak aku hapuskan kau seperti masa aku pernah hapuskan dealer dadah dia dulu.."katanya dengan sengih meleret ke kanan. Sedaya upaya menahan diri dari membunuh dealer senjata haram di depannya itu.

Dua hari lepas Izan ada buat deal dengan client untuk mendapatkan bekalan bahan api untuk pernghasilan senjata api haramnya. Namun setelah operasi penyeludupan selesai, dealer Izan telah ambil barang tersebut terlebih dahulu. Dan kini bila Izan hendakkan semula barang itu semula, dia dapat tahu dealer dia telah jualkan semua bekalan itu ke Organisasi Belaruz. Jadi untuk buat perhitungan, Izan datang sendiri ke pejabat dealernya untuk 'berbincang'.

Terbutang luas mata lelaki itu selepas dengar. Menggigil seluruh badannya sebaik dengar apa yang berlaku. "Tak...mereka dah janji..."

"Janji dia orang dengan kau hanya janji atas angin...disebabkan kelalaian kau, aku alami kerugian besar. So...pilihan yang kau ada sekarang adalah bayar semula 20juta aku atau nyawa kau sebagai tolok gantinya..." Izan memberi renungan tidak berminatnya ke muka berdarah dealernya.

"Please..Izan...jangan macam ni...saya dah banyak berurusan dengan ramai orang untuk pihak kamu...bagi saya peluang..."

Sambil menopang tepi kepala dengan tangan yang ada di armrest tadi, Izan tersengih. "Bagi peluang?"tanya dia. "Apa yang kau akan buat untuk aku bagi menebus kerugian tu nanti?"

Mata dealer itu membutang luas. Dia buat muka berfikir saat pandang kiri dan kanan seakan mencari sesuatu. Setelah beberapa ketika, barulah dia kembali memandang Izan.

"Saya ada maklumat penting untuk tuan.."beritahu dealer itu tergesa-gesa seakan teruja.

Izan hanya menjuih dagu sebagai isyarat pada dealer itu untuk terus berkata.

"Saya dapat tahu...deal yang sering dijalankan oleh Organisasi Belaruz selama ini bukan melalui Angelo...tapi orang lain. Ada seseorang bekerja melakukan semua urus niaga mereka secara rahsia. Orang ini melalukan segala kerjanya di sebalik tabir. Orang ini yang merancang dan Menyusun strategi untuk mengelak dari tertangkap oleh sesiapa sepanjang waktu mereka berurus niaga..."

Izan menjatuhkan tangan yang menopang kepalanya. Dia kembali duduk tegak setelah Mendengar maklumat itu. "Dari mana kau tahu?"

Lelaki itu menelan air liur dengan susah payah lalu kembali berkata. "Seminggu yang lepas, anak buah saya kena tangkap dengan pihak polis...mereka ada terdengar soal ni..katanya mereka target Organisasi Orena Vicenzo, tapi suspek yang kena tahan tu sebaliknya menyebut nama Organisasi Belaruz..."

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now