CHAPTER TIGA PULUH TIGA

554 76 2
                                    

Suasana pada pagi itu cerah, langit pula berawan kelompok. Menandakan hari itu bakal cerah sepanjang hari.

Antara banyak-banyak bangun tinggi di situ, berdiri megahnya bangunan dua menara berbentuk hujung mata pena yang tajam. Yang tiada siapa tahu apakah fungsi bangunan tersebut beroperasi kecuali mereka yang bekerja di dalamnya.

Tiga biji ubat berwarna putih pelbagai saiz yang ada dalam tapak tangannya di bawa ke mulut sebelum gelas berisi ais suam di capai dan menelan serentak dengan air tersebut. Selesai sahaja, botol ubat tadi di masukkan ke dalam beg tangannya lalu ipad dicapai.

Waktu itu jam 9 pagi. Ada perjumpaan di dalam bilik meeting tingkap 25 itu. Di hadapan pintu bilik meeting tersebut terdapatnya sebuah set kerusi berbentuk cincin warna jingga dengan karpet berbulu warna putih.

Tiga orang pengawal keselamatan berdiri di depan pintu besar tersebut. Mengawal pintu dari di cerobohi masuk oleh sesiapa.
Menghadap kerusi itu.

Dan di situ duduknya Artemis, menunggu Angelo siap berurus niaga dengan orang penting dalam bilik tersebut.

Seakan seperti tiada apa-apa yang berlaku, pada hari Artemis pulang dari Korea semuanya berjalan seperti biasa. Tiada siapa sedar akan ketiadaan Artemis kerana semua orang fikir Artemis cedera ekoran serangan di Pelabuhan Coral Blue yang telah mengorbankan hampir ke semua pengikut Artemis.

Sementara mengenai kematian Rupert telah sampai ke telinga Verena.Membuatkan wanita itu berkabung untuk beberapa hari tidak menunjukkan muka kepada sesiapa termasuk la Artemis. Yang mana cukup untuk berikan Artemis masa sembuhkan dirinya.

Maka selepas masuk dua hari sejak kejadian Han Tae Gu tempoh hari, Artemis menerima panggilan dari Uncle Ben mengenai hak pemilikan Taman Delaney mereka telah dikembalikan atas jasa baik Izan yang membantu mereka dengan membeli tanah itu dari Han Tae Gu.

Yalah, asalnya Artemis nak bunuh Han Tae Gu tu biar senang kerja dia tak payah bawa bincang bagai ke apa. Tapi lain pulak yang jadinya.

Fine...dah tolong tu okay la kan.

Tapi Artemis tidak faham kenapa Izan sanggup beli tanah tu dan bantu untuk selesaikan urusan dia. Bukan setakat libatkan diri dengan urusan dia sahaja, Izan malah dengan berani dedahkan identiti rahsia mereka kepada dia macam tu aje sedangkan dia ni orang Angelo.

Jadi Artemis pun nekad la. Dia tanya sendiri dekat Dareen kenapa Izan buat semua ni. Dekat dua jam juga dia luangkan masa mendengar penjelasan panjang jelar Dareen dan baru la dia mengerti kenapa.

Izan lakukan hal tu bukan hanya kerana rasa terhutang budi atau rasa serba salah terhadap Artemis.

Tapi ada sebab lain.

Ya.

Izan sukakan dia!

Ketua Mafia Orena Vicenzo dan lelaki sama yang telah bunuh ibubapanya telah jatuh cinta pada Artemis.

Dareen tak adalah beritahu secara direct yang Izan suka akan Artemis. Dareen hanya menceritakan hal sebenar mengenai siapa Izan, siapa Dareen dan tujuan mereka cuba jatuhkan Angelo.

Kemudian Dareen ceritakan pertemuan Artemis dan Izan buat kali pertama. Sebelum memberitahu yang Izan selama ini memang perhatikan Artemis dalam diam sejak kejadian di restoran tempoh hari. Dareen diarahkan untuk jaga Artemis dalam diam.

Dari situ aje Artemis sedia faham tanpa orang beritahu terang-terang. Patutlah selama dia sertai misi berbahaya, nyawa dia selalu di hujung tanduk tapi sentiasa selamat. Dan juga jawapan kenapa Dareen selalu muncul depan mata dia.

Satu aje masalahnya...

Sayang seribu kali sayang. Hati Artemis telah mati gara-gara di curangi dan di khianati.

Fokus Artemis hanya satu.

Misi dia!

Duduk dalam keadaan bersilang kaki, mata Artemis meneliti artikel yang terpapar dalam skrin. Wajah Han Tae Gu menjadi topik utama pembaca berita dari video yang dia sedang tontonkan waktu itu.

            “Pada jam 5 petang waktu tempatan, di Myeungdong lokasi kejadian berlaku, pemilik syarikat hartanah terbesar Korea dan orang berpengaruh Han Tae Gu di temui mati dengan kesan tembakan di kepala dan dadanya selepas ditemui oleh pengawal keselamatannya di pejabat mendiang pada jam yang sama. Hal tersebut telah menggemparkan seisi syarikat hingga melibatkan pihak polis tempatan. Rentetan kes tersebut, sebuah kes turut telah di failkan pada hari yang sama oleh Agensi Keselamatan Luar Negara mengenai pengubahan wang haram dan melobi duit di salah satu kasino besar milik Han Tae Gu setelah lejar yang mengandungi nota urusniaga haram di sampaikan oleh pihak polis negara Korea. Kini siasatan dijalankan dengan mendalam bagi mengesan dalang utama kegiatan jenayah ini…”

Artemis diam mendengar berita yang disampaikan itu. Matanya tidak berkelip sama sekali.

Dan saat itulah pintu bilik meeting tadi terbuka. Sekumpulan lelaki dan wanita berjalan keluar dari situ menghadap Angelo. Mereka saling berjabat tangan sebelum mula beredar dari situ.

Tanpa berlengah Artemis lock skrin ipadnya lalu bangun berdiri. Memandang ke arah Angelo dengan perasaan senang hati.

Sebab apa dia senang hati?

Sebab rancangan yang dirancangkan berjalan seperti yang dia mahukan.

Well...

Memang sepatutnya dia jumpa Han Tae Gu hari tu. Dan pertemuan dia dengan Izan adalah kebetulan yang betul-betul dia tidak jangka.

Tapi itu tidak bermakna dia tidak ambil langkah berjaga-jaga.

Ingat pada malam dimana budak suruhan Uncle Ben datang serangkan pistol untuk Artemis?

Sebenarnya pada malam yang sama selepas budak lelaki itu beredar, Artemis telah buat panggilan ke Uncle Ben terus. Dalam panggilan itu, Artemis engarahkan lelaki itu u supaya menguruskan beberapa anak buah untuk menyamar masuk ke dalam pejabat Han Tae Gu tanpa sesiapa sedari.

Pada hari kejadian, mereka semua memang telah stand by awal di bangunan tersebut sebelum Artemis tiba. Mereka inilah pelan back up Artemis sekiranya Artemis gagal bunuh Han Tae Gu sendiri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now