CHAPTER LAPAN PULUH TUJUH

476 83 4
                                    

Lapan hari berlalu sejak berita mengenai perkahwinan Izan dan Luciana di umumkan pada khalayak ramai. Dan sejak itu kes memburu Izan dan Dareen dihentikan serta merta seperti yang direncana Artemis.

Walaupun begitu kelibat Izan dan Dareen masih belum ditemui oleh anak buah Izan dan Luciana sendiri. Mereka masih meneruskan misi pencarian mereka itu tanpa henti. Setiap pelosok tempat telah mereka kunjungi tapi tal ada satu pun jejak Izan dan Dareen.

Pada masa yang sama Mael yang cedera telah jatuh sakit kerana jangkitan kuman pada luka kecederaan yang dialaminya.

Dan orang yang menguruskan segalanya dalam organisasi Izan adalah Artemis sendiri.

Menggunakan pengalamannya selama bekerja untuk Angelo, Artemis dengan mudah uruskan semua hal ehwal kerja mafia Izan dan rumah agam itu memandangkan Luciana sudah enggan mahu membantu selagi Artemis ada di kediaman Izan itu.

Disebabkan hal itu jugalah, Artemis sering terlupa mengenai ubat-ubatan dan rawatannya kerana terlalu sibuk.

Tapi ada la jugak yang tolong ingatkan Artemis kadang-kadang kalau mereka teringat. Kalau dah sibuk dengan hal masing-masing memang tak sempat.

"Uhuk...uhuk"batuk Mael dengan mata terpejam. wajah itu masih pucat kerana demam panas yang belum lagi kebah sejak lewat malam tadi. Kening itu berkerut.

Muncullah tangan Artemis tolong mengesat peluh yang membasahi dahi dan sekitar leher Mael. Tuala bersih yang sudah diganti sebelum itu hinggap perlahan-lahan padanya.

Sudah tiga hari Mael tidak sedarkan diri sejak doctor sahkan lelaki itu mengalami infection. Selama tiga hari itu la Artemis yang berjaga siang dan malam. Nak pastikan adik bongsu kesayangan Izan dan Dareen ini tetap bernafas.

Tidur pun sekejap-sekejap aje....

Sekali lagi Mael terbatuk-batuk sebelum bergerak hendak mengiring kerana tidak selesa dengan kedudukan telentangnya. Pada masa itulah matanya terbuka lalu bertentang muka dengan Artemis yang sedang duduk di sebelahnya atas katil itu.

Mereka berdua saling berpandangan buat seketika.

Kening Artemis berkerut sedikit semasa dia betulkan selimut dibadan Mael saat itu. "Kenapa?Sakit sangat ke badan tu?"soalnya.

Mata merah Mael terkuak sepet semasa dia hendak jelaskan pandangan kaburnya itu. "Artemis."sebutnya.

"Ya?"

"Izan dengan Dareen dah balik?"soal suara serak sakit Mael tenggelam timbul.

Berdenyut sakit urat nadinya dengan soalan itu. Tangan kiri Artemis terangkat sebelum tapak tangan itu hinggap pada dahi basah Mael. Ingin merasakan suhu badan itu.

"Dah."tipunya kerana enggan buatkan Mael risau dan enggan buatkan sakit Mael semakin melarat kerana memikirkan abang-abang lelaki itu. "Badan kau panas lagi. Doktor beritahu kesan antibiotic tu buatkan kau demam..sambung tidur dulu."

"Mana?"mata Mael terbuka sedikit luas kerana teruja. Dia mahu bangun, tapi tangan Artemis menghalang dirinya dari berbuat begitu.

"Ada....jangan risau. Kau rehat dulu. Sembuhkan diri dulu."pujuk Artemis lagi menahan diri dari break down di situ. Ingin sahaja dia mengadu pada Mael betapa penatnya dia beberapa hari ini. Betapa risau dan takutnya dia berada di tempat asing sendirian. Sungguh!Dia tak larat nak hadap semua ni sendiri.

Mael pandang wajah tenang Artemis untuk seketika. Dari mata turun ke garis emosi yang terpapar padanya sebelum bersuara lagi. "Kau okay tak ni?"taknya dia dengan lemah.

Terus menggigit bibir Artemis selepas dengar soalan itu. Keningnya berkerut-kerut semasa memandang Mael. Kalau ditanya dia okay tak...memang tak la jawapannya. Sudahlah dia homesick...sakit...ditambahkan lagi dengan kehilangan Izan dan Dareen yang tidak berkhabar...berita Luciana bakal berkahwin dengan Izan...kena jaga Mael yang sakit lagi....menjadi-jadi la perasaan tak okay dia.

"Okay."jawab Artemis dengan anggukan kecil. "Kau tidur la..."arahnya semasa kesat semula tuala tadi pada leher Mael yang sudah basah dengan peluh dingin. Matanya mula terasa bahang. Cuba nak berdalih supaya tidak menangis.

Mael yang dengar suara Artemis boleh tahu ada yang tak kena. Inikan lagi bila tengok mata itu. Tanpa mengatakan apa-apa Mael depakan tangannya yang tidak cedera kepada Artemis. Mahu memeluk gadis itu.

"Sini."

Mata dia gerak memandang tangan Mael kehairan."Untuk apa?"soal Artemis semasa kening itu mula kemerahan dan semakin berkerut.

"Sini..aku peluk."minta Mael dengan suara lemahnya.

Terus tercebik sedih Artemis menengokkannya. Yalah orang kalau sedih jangan ditegur, kalau ditegur memang menangis la ceritanya!

Tanpa dipinta air mata berjuraian turun sebelum dia tunduk ke Mael dan masuk ke dalam pelukan itu. Wajahnya di sembam ke dada Mael sebelum sebelah tangan memegang tangan memeluk sekeliling bahu itu.

"Shhh....."bisik Mael dengan perlahan.

Meraung Artemis dengan perlahan di balik pelukan itu. Betapa leganya dia kerana Mael telah sedarkan diri. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya dia jika ada sesuatu berlaku pada Mael. Masakan tidak dia takut, nanti Izan balik pasti akan salahkan dia seperti Izan salahkan dia atas kematian ayah tiga beradik ni kalau Mael apa-apa.

Menahan sakit pada kesan luka yang ada pada badannya, Mael memejamkan mata semasa tepuk belakang badan Artemis seketika sebelum naik mengusap belakang kepala itu pula mahu memujuk.

"Aku minta maaf....kau mesti sah susah payah uruskan semuanya sendiri dalam keadaan kau tak sihat macam ni..."ucapnya sebab faham walaupun Artemis tidak beritahu secara terang.

Menangislah Artemis di situ dalam pelukan Mael dengan suara yang perlahan dan sedu sedan yang kuat.

Mael biarkan Artemis menangis di situ tidak berniat mahu hentikan tanggisan itu kerana tidak lama kemudian Artemis terlena sendiri sewaktu dalam pelukannya.

Untuk awak btryssa_05🥰💜Terima kasih untuk kata-kata semangat awak!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk awak btryssa_05
🥰💜Terima kasih untuk kata-kata semangat awak!

Virtual 🫂.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now