CHAPTER ENAM PULUH SATU

586 86 3
                                    

Dia meneliti setiap folder yang ada sehingga la dia peroleh satu maklumat paling penting di situ.

Semuanya bermula sejak pertubuhan Organisasi bernama OrB. Gabungan nama dua keluarga. Orena dan Belaruz. Ayah Artemis, Arman merupakan peguam khas untuk organisasi ini. Beliau telah menjadi peguam sejak bermulanya organisasi tersebut. Pada awalnya dua keluarga ini adalah sekutu namun disebabkan percanggahan kuasa. Dua sekutu ini akhirnya berpisah haluan. Maka ayah Artemis, Arman mula membina firma guaman sendiri. Tidak lagi bekerja untuk mana-mana Belaruz mahupun Orena.

Walaupun sudah tidak bekerja untuk mereka, Ayah Artemis, Arman masih berhubung baik dengan Belaruz dan Orena Vicenzo sehinggalah tercetusnya peperangan antara dua keluarga ini. Pesaingan antara dua kuasa ini begitu sengit. Terlalu banyak pertumpahan darah terjadi. Kematian di sana sini.

Lalu tidak lama selepas perebutan kuasa dan berlawan berlaku. Akhirnya Belaruz meninggal dunia kerana serangan sakit jantung. Maka penerusnya ialah Angelo. Dari situ la ibu Artemis, Aurora yang bekerja sebagai setiausaha Han Tae Gu minta bantuan dari lelaki itu untuk menyokong perkembangan Angelo.

Hal itu diketahui oleh Orena Vicenzo yang masih hidup waktu itu. Jadi beliau cuba hapuskan Angelo dengan melibatkan kes pengedaran dadah. Iaitu Elio yang dijadikan sebagai kambing hitam memandangkan Elio adalah kawan baik Angelo pada masa yang sama. Hal tersebut buatkan kedudukan dan kegiatan Angelo terdedah dengan pihak polis. Oleh kerana itu, ayah Artemis, Arman ambil keputusan untuk tolong pertahankan Elio selepas Angelo buat permintaan untuk bebaskan rakannya itu.

Ayah Artemis yang terkenal dengan sikap suka membantu orang itu terus bersetuju tanpa syarat, Arman tunaikan permintaan itu dan seperti biasa, Arman Berjaya memenangi kes mahkamah itu. Elio Berjaya di bebaskan dari tuduhan mengedarkan dadah dan selamat dari di hukum gantung.

Rentetan dari kes pembebasan Elio, sesuatu terjadi ke atas Izan. Lelaki itu telah kemalangan teruk disebabkan tindakan Angelo yang cuba balas dendam atas tindakan Orena Vicenzo yang cuba rosakkan organisasi Angelo.

Orena Vicenzo yang tidak berpuas hati itu pun cuba buat perhitungan. Jadi dia buat perjumpaan antara Angelo untuk bincangkan isu peperangan mereka itu. Kebetulan waktu yang sama, ibubapa Artemis ikut pada hari perjumpaan itu.

Perjumpaan itu berakhir dengan kejadian tembak menembak yang mana telah mengorbankan Orena Vicenzo. Ayah kepada Izan Aramis.

Oleh kerana rasa kasih sebagai seorang bapa saudara pada anak buahnya, Ayah Artemis telah mengambil keputusan untuk jadikan dirinya sebagai pelaku demi menyelamatkan Angelo dari di buru Izan. Ayah Artemis nampakkan kejadian tembak menembak itu perbuatan Ayah Artemis. Yang mana Berjaya menyakinkan Izan.

Dan kejadian selanjutnya.seperti yang telah diketahui. Izan tangkap ibu dan ayah Artemis pada malam itu dan bunuh pasangan tersebut dengan kejam untuk menuntut bela atas kematian ayahnya yang telah mati terbunuh pada awalnya!

Artemis kedipkan mata selepas membaca laporan terakhir yang di tulis pada tarikh sehari sebelum ibu dan ayahnya mati!Dia begitu tergamam dengan kenyataan laporan dan catatan kes yang ayah dia tinggalkan dalam computer selama ini! Kalau bukan kerana Angelo berkata benar, mungkin sampai ke akhir nafas dia, hal sebenar langsung tidak akan diketahuinya.

Elio. Pegawai polis yang dia temui adalah lelaki sama yang pernah ayah dia bela nasib.

Angelo dan Elio pula adalah kawan baik pada awalnya.

Orena Vicenzo yang cipta masalah ini dan punca segala kejadian yang berlaku. Kalau Orena Vicenzo tak ganggu Angelo, Angelo takkan sakiti Izan. Dan Orena pun takkan terbunuh.

Oleh kerana salah faham, Izan telah bunuh ibu dan ayahnya kerana fikir mereka punca kematian bapa lelaki itu sedangkan Elio yang bunuh.

Sekarang...segalanya dah terungkap.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now