CHAPTER TIGA PULUH LAPAN

567 80 14
                                    

Alunan lagu kanak-kanak 'Let It Go' berkumandang di luar laman rumah dua tingkat itu. Segala hiasan birthday, belon pelbagai bentuk dan hiasan warna warni membuatkan kawasan rumah itu begitu meriah. Di tambahkan lagi dengan suara kanak-kanak ketawa riang dan bersorak gembira di kawasan tersebut. tidak lepas juga ibubapa dan penjaga yang tinggal berdekatan rumah itu turut hadirkan diri.

Banner dengan nama 'HAPPY BIRTHDAY LILY 5th Year' tergantung di laluan masuk Utama laman tersebut. Hendak beritahu adanya majlis ulang tahun kelahiran anak kecil di kediaman tersebut.

Sebuah teksi berwarna kuning berhenti tepat di laluan pejalan kaki menghadap rumah itu sebelum penumpangnya berjalan turun dengan sebuah kotak hadiah di tangan. Black heel yang terpasang pada kaki kurus itu berdetak jalan merentasi laluan hinggalah tiba di kawasan yang sibuk dengan para tetamu itu.

"AUNT ARTEMIS!"teriak suara kecil dengan riang tidak semena.

Buatkan beberapa kepala ikut sama tersentak memandang ke arah budak perempuan kecil yang mengenakan dress ala-ala princess Elsa berlari ke arah seseorang dengan riang. Dan setelah mereka pandang, mereka lihat Lily memeluk seorang wanita jelita berpakaian seperti princess juga tunduk bercangkung menyambut pelukan itu.

Pelukan itu diterima dia dengan mata terpejam rapat menahan rasa sakit."Hai princess!Happy birthday!"ucap Artemis sebelum memberi kucupan pada kedua-dua belah pipi tembam anak itu.

"Mommy kata aunt nak datang...kenapa lama sangat..."Tanya anak itu yang masih melingkarkan tangan ke sekeliling leher Artemis.

"Sorry...ada kerja aunt kena selesaikan...mana mommy kamu?"

"Ada..dekat dalam.sibuk buat air..."

Sambil tersenyum, Artemis serahkan kotak hadiah kepada Lily. "Nah..hadiah kamu..."

"Wahh!!!Hadiah!!!!"sorak Lily dengan begitu gembira. Dia capai kotak itu lalu terus duduk di atas laman berumput tersebut ingin membukanya.

Masih dalam keadaan bercangkung itu, Artemis perhatikan Lily dengan senyuman di bibir. Tepi wajah anak itu di tatap dengan penuh nanti.

Pembalut hadiah berwarna pink polka dot itu di koyakkan Lily tidak sabar. Dan bila penutup kotak sudah kelihatan, anak kecil itu terus membukanya.

"Argghhh...kasut princess!!!"jerit Lily setelah melihat sepasang kasut tumit tinggi kanak-kanak edisi terhad yang dia hendakkan berada dalam kotak itu.

"Cubalah pakai.."beritahu Artemis.

Lily capai kasut itu lalu di peluk rapat ke dada sebelum memandang Artemis. "Thank you aunt!"

"You're welcome."jawab Artemis saat usap kepala yang mengenakan crown pink di kepala.

Dan..dan waktu itu jugalah Lila berjalan keluar sambil menatang dulang berisi cawan minuman. Awalnya wanita itu suakan pada tetamu, Namun bila dia terlihat Artemis sedang bersama Lily di atas rumput berdekatan, dia cepat-cepat letakkan dulang itu ke tangan tetamu lain lantas bergegas ke arah kawannya itu.

"Artemis!"panggil Lila.

Terkejut dengan panggilan itu, kepala Artemis dengan lekas mendongak ke kanan laman rumah Lila. Nampak sahaja kakak kesayangannya itu mendekat, dia pun bangun dari kedudukan bercangkungnya. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya luka yang dia alami pada pinggang sedang rasai!

"Hai Lila..."sapa Artemis setelah berdiri dengan senyuman menahan sakit di bibir. Waktu itu dia kawal diri dan tangannya dari menyentuh luka yang ada di tepi pinggangnya. Kalau dia pegang rosak pula suasana majlis ni nanti.

"Lah..saya ingatkan kamu tak jadi datang tadi sebab pagi tadi kamu call ada urusan penting di tempat kerja.."ujar Lila setelah berdiri di hadapan Artemis.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now