CHAPTER LIMA PULUH LIMA

511 76 2
                                    

Tepat jam 1 pagi majlis pun selesai. Mereka yang terlibat mula beransur beredar sedikit demi sedikit. Dan penganjur majlis adalah orang terakhir yang meninggalkan tempat itu setelah memastikan semua tetamu yang dijemput telah settle down.

Tiga jam jugalah Artemis berada di samping Angelo mengendali pertemuan lelaki itu dengan beberapa orang berpengaruh bagi menguatkan lagi kedudukan dan pengaruhnya sebagai mafia. Kalau boleh, Angelo hendak menjadi don terus!

           "Hati-hati Dareen.."pesan Artemis semasa memerhatikan lelaki itu pimpin Angelo yang mabuk masuk ke dalam perut kereta. Risau betul dia mengenangkan sikap Angelo yang suka sangat minum banyak-banyak setiap kali hadiri mana-mana majlis. Sepupu dia ni kalau dah mabuk, silap aje sikit boleh jadi gaduh. Bukan setakat itu je...mahunya Angelo hilang kawalan boleh naik kaki tangan lelaki ni. Kalau Dareen silap bergerak ni confirm kena penangannya nanti.

Meilin, isteri Angelo pernah masuk hospital hingga koma selama sebulan kerana di belasah oleh Angelo dengan kayu golf mahal milik Angelo.

Beberapa orang pengawal keselamatan berkawal di sekitar kereta hitam milik Angelo waktu itu.

           "Kau nak temankan Angelo balik ke?"tanya Dareen selepas dia letakkan Angelo di seat belakang dan pasangkan seatbelt untuk lelaki itu. Heee!Dasar si tua bangka menyusahkan! Sedangkan dalam hati dia sibuk mengutuk. Kalau tak pandai minum jangan minum!Menyusahkan aje nak mengangkat badan seberat 70kg ni!

            
          "Ha'ah.."jawab Artemis saat menunduk hendak masuk ke dalam kereta bersama Angelo. "Kau balik tu hati-hati."pesannya sambil tu.

Bersama renungan berat, Dareen diam perhatikan Artemis masuk ke dalam kereta sebelum gerak ke tepi bagi memberi laluan. Saat itu, sebenarnya Dareen sedang berfikir mengenai perasaan crush dia terhadap Artemis selama 6 tahun mengenali gadis itu.

Tadi, Dareen nampak segalanya. Memandangkan Izan sendiri sudah lakukan langkah pertama, dia yang enggan mencari gaduh dengan adik beradik sendiri. Jadi...dia ambil keputusan untuk berhenti menyukai Artemis.

             "Sibuk nak pesan orang lain. Kau tu hah....Call aku kalau ada apa-apa..."beritahu Dareen semasa tunduk memandang ke dalam cermin kereta itu.

             "Ya-ya..."balas Artemis dengan malas. Dia kerling dengan jengkel ke Angelo sebelum pandang ke depan memberi arahan. "Boleh gerak sekarang..."

Dareen kembali berdiri tegak sejurus itu memerhatikan cermin kereta naik menutupi wajah Artemis.

Pemandu kereta pu;a memberi anggukan lalu mula memandu kereta keluar dari laman hotel di situ.

Setelah pemandu mula memandu masuk ke jalan Utama, masa itulah Angelo di seat tiba-tiba bersuara.

               "Hei."

Artemis duduk sandar sambil memandang keluar tingkap tidak menghiraukan panggilan itu. Dia hanya jeling ke tepi kirinya sahaja. Mula dah tu...

               Merasakan dirinya tidak dihiraukan, marah-marah Angelo angkat kepalanya. Dia pandang ke Artemis dengan kening mencerun. "Hei!kau pekak?Aku panggil kau kan!"

Dalam hitungan tiga, Artemis atur nafasnya sebelum palingkan kepala ke Angelo. Lelaki ini benar-benar mencabar kesabaran dia.

                 "Kenapa?"

Angelo dalam keadaan mabuknya tersenyum saat angkat tangan mahu mengusap atas kepala Artemis. Tetapi di tepis Artemis serta merta.

                 "Apa kau ni.."

                "Wow...garangnya!"Angelo ketawa sebelum tersandar semula ke kerusi dan memejamkan mata.

                "Cakap tu cakap aje...tak payah nak sentuh aku!"tegas Artemis.

                 "Hahah..."ketawa Angelo lagi. Dia terdiam untuk sesaat sebelum menghembuskan hela nafas panjang. "Kau tahu...sikap kau ni mengingatkan aku pada bekas kawan baik 13 tahun aku...sama macam kau..garang dan nekad."luahnya dengan mata terpejam. Sambil hanyut dengan toxicity alcohol dalam darahnya, kepala Angelo mula teringat kembali memori-memori lama.

Dengusan kecil lepas dari Artemis.

             "Kawan?Kawan kau yang mana satu..."selorohnya bernada sindir. Selain musuh, tiada kawan baik yang pernah dia tahu Angelo miliki.

             "Alah...kau dah jumpa dia. Polis lelaki yang tahan aku tu..."Angelo menggumam saat lentokkan kepala ke sisi cermin kereta. "Keparat tak guna yang tangkap aku gara-gara kau kantoi kan aku dengan lejar rahsia hari tu. Dia la kawan baik aku."

             Kepala Artemis Perlahan-lahan berpaling. Dia pandang akan Angelo dengan renungan tidak faham. "Dari mana kau kenal dia?"

             "Hahaha.."Angelo ketawa. "Masa kita orang sekolah menengah tinggi. Tapi 10 tahun lepas...kita orang putus persahabatan.." ceritanya.

Perhatian Artemis terarah pada Angelo hinggakan dia tidak sedar tubuhnya sedang menghadap abang sepupunya itu.

 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now