♕CHAPTER EMPAT BELAS♕

579 73 12
                                    

"Kenapa kau suka timbulkan masalah?Kau tahu tak dengan kau berbuat begini ianya takkan membantu kita sama sekali. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Melambatkan lagi kerja yang sepatutnya selesai cepat? Kalau kau attack dia punya bisnes. Dia akan attack kau punya...and this things will on and on nonstop. Sampai bila nak berterusan macam ni?Aku fed up tahu tak?"luahnya.

Isteri Angelo pandang akan suaminya dengan renungan serba tidak kenanya setelah lihat wajah merah Artemis. Dia nak bersuara tetapi tidak berani. Nak tak nak terpaksalah mendiamkan diri.

"Kan aku ada kau, apa fungsinya kau di upah selain untuk uruskan masalah aku?"ujar Angelo semasa menyuapkan jeli kepada anak lelaki berusia 6 tahun itu.

Oleh kerana tahap kesabarannya sudah sampai ke tahapnya, Artemis enggan lama-lama di situ. Takut nanti dia mencarut depan budak-budak tu. Dia berpusing dan melangkah keluar dari ruang makan tersebut.

Keluar dari situ, Artemis bertembung dengan Dareen. Pembantu khas Angelo. Lelaki muda berusia 27 tahun berhenti di depannya.

"Masam betul muka, bergaduh lagi dengan laki kau ke?"ujar Dareen bernada mengejek.

Ni lagi satu bahanun menyakitkan hati. Tak Angelo tak Dareen. Dua-dua perangai jahanam.

"Siapa laki aku?Kau selain nak menyakitkan hati aku, dah tak ada kerja lain nak buat ke?"tanya Artemis dengan muka menyampah.

Dareen menggeleng kepala lalu tersengih kambing."Tak...sebab ganggu hidup kau adalah pekerjaan utama aku."balasnya.

Jawapan itu mendapat balasan Artemis dengan julingan mata menyampah. Baik dia pergi dari melayan si sengal ni. Nanti kalau di layan makin menjadi-jadi. Dia gerak ke kanan Dareen hendak pergi.

"Eh...nak ke mana cepat-cepat ni... gurau sikit pun tak boleh ke?" hadang Dareen sambil jalan mengundur ke belakang tetapi menghadap Artemis.

Sementara Artemis buat tak tahu dan memandang ke depan.

"Kau tahu-"

"Tak nak tahu!"pinta Artemis dengan laju.

"Fine..kalau macam tu aku tak boleh la tolong kau untuk menemui Han Tae Gu tu nanti..." ujar Dareen seakan berbaur mengugut saat berhenti dari berjalan. Ekor matanya mengerling ke Artemis.

Memang sedia terpancing dengan kata-kata itu, Artemis ikut berhenti. "Kau cakap apa?"

Tersengih nakal Dareen lepas tu. "Kau nak jumpa Han Tae Gu?"soalnya semula. "Aku dengar perbualan kau tadi.."

"Dan kenapa kau nak tolong aku?"

"Saja..."Dareen menjungkit bahu tidak tahu.

Artemis berdengus kecil."Tak perlu susahkan diri untuk bahayakan diri kau dengan menolong aku. Just stop your beloved boss from making mess. I can't always keep cleaning his sh*t everytime."jawabnya.

Dareen hanya mampu ketawa. Dia sendiri tidak tahu hendak beri komen bagaimana lagi. Yalah semua orang dalam Organisasi ni tahu siapa Angelo tu. Boss mereka itu terkenal dengan sikap tamak dan gopoh. Sering melakukan kesilapan. Dan orang yang menjadi mangsa adalah Artemis sendiri.

"Taman Delaney....nama tu diberikan sempena nama kau ke?"

Artemis menggeleng. "Bukan...nama ibu aku. Delaney Aurora."tersenyum sendiri bila sebut nama indah tu. Terbayang dia wajah muda ibunya."Masa tu birthday dia saat taman Delaney tu siap di bina. Ayah aku berikan tanah tu kepadanya sebagai hadiah."ceritanya tanpa sedar.

"So beautiful right?"tanya Dareen saat perasaan riak wajah marah Artemis tadi berubah kembali tenang semula.

Kening Artemis tersentak saat dia pandang tidak faham ke Dareen. "Apa maksud kau?"

"Cinta...cinta tu indah bukan?Hanya di sebabkan cinta seseorang sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan pasangan mereka.."jelas Dareen."Like your father did for your mother..."senyumnya saat memandang tepat ke mata Artemis.

Untuk beberapa saat Artemis dapat melihat satu garis emosi di mata Dareen saat lelaki itu berkata kepadanya. Sesuatu yang buatkan dia terkedu seketika. Kalau dia tiada teman lelaki, sudah tentu dia sedia faham apa maksud di balik renungan Dareen ketika ini.

"Kau sure kau tak nak aku tolong kau menemui Han Tae Gu tu?"aju Dareen semula.

Artemis mengangguk kepala." Its okay...aku boleh uruskannya. Terima kasih untuk offer kau tu..."

"Alright then."

Sebelum Artemis pergi, dia tanya Dareen soalan terakhir. "Sebelum tu..aku nak tanya kau. Apa isu sebenar Angelo dengan Izan Aramis dari Orena Vicenzo tu?Kenapa mereka berdua tidak berhenti bunuh-membunuh antara satu sama lain?Cuba musnahkan pelan masing-masing?"

Dareen ketawa. "Sejak azali lagi dia orang macam tu, kan Izan dan Angelo ni musuh dalam dunia mafia. Masing-masing nak tunjuk siapa lagi berkuasa. Jadi siapa kalah dia yang lemah. Siapa yang menang dia yang kuat..."

Sambil membuat muka Artemis menggeleng kepala kesal.

Lelaki.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now