CHAPTER TUJUH PULUH TIGA

493 74 0
                                    

Alunan lagu Mozart berkumandang dalam ruangan rumah agam mewah persendirian itu. Kelihatan beberapa orang butler dan pengawal sibuk ke hulu dan hilir koridor menuju ke suatu tempat. Ala maklumlah, tuan besar nak balik rumah la katakan. Mana la mereka tidak sibuk. Lagi-lagi beritahu last minute, memang kelam kabut la nak kemas dan siapkan apa yang patut untuk menyambut kepulangan tuan besar mereka itu.

Di tengah ruang tingkat satu iaitu lobi pintu masuk rumah agam, berdirinya seorang wanita jelita seperti model. Rambut ikal beralun perang dan berwajah bersih dengan solekan nipis membuatkan penampilan itu begitu elegan dan jelita!

           "Kamu dah kemasukan bilik tidur Utama?"tanya Luciana kepada maid dua orang yang sedang berdiri di depannya waktu itu.

           "Sudah cik..."

Luciana, 29 tahun, merupakan anak kepada seorang don yang pernah berkerjasama dengan keluarga Orena Vicenzo selama 6 tahun yang lalu. Wanita ini juga yang menguruskan segala bisnes untuk Izan di luar negara iaitu Rusia. Dia juga yang memantau setiap urusan di rumah agam keluarga Orena Vicenzo itu. Wanita ini juga dulu katanya mempunyai hubungan istimewa dengan Izan Aramis tetapi tiada siapa dapat pastikan kebenaran itu. Hanya Luciana dan Izan sahaja yang tahu hal sebenar antara mereka.

            "Okay...kalau macam tu pantau bahagian dapur. Saya nak tengokkan bahagian ruang kerja pula.."pesan Luciana.

            "Baik cik.."dengan patuh dua orang maid itu beri tunduk hormat kepada Luciana sebelum beredar pergi dari situ.

Disaat Luciana hendak berpaling, masa itulah pintu gergasi rumah agam itu terbuka ke dalam. Membuatkan langkahnya terhenti sesaat kemudian sebelum dia hadapkan badan ke pintu tersebut.

Menyedari siapa yang berjalan masuk ke situ, Luciana dengan girang berjalan lekas untuk menyambut kepulangan orang yang dia tunggu-tunggukan selama ini!

           "Izan! You back!"laungnya dengan girang saat berlari ke arah lelaki lampai itu lalu mendakap tubuh itu.

Izan yang di terpa tidak sempat hendak menolak mahupun mengelak terpaksa balas pelukan Luciana untuk mengelakkan mereka berdua jatuh di situ dari hilang keseimbangan.

           "Oh my god....I miss you so much..."ucap Luciana yang tanpa segan dan malu memberi kucupan bergincu marahnya tanpa henti di serata wajah Izan. "You tahu...lepas I dengar you nak balik....I settle kan semuanya cepat-cepat....termasuk la masak Masakan kegemaran you semata nak sambut you balik."

Disaat Luciana teruja menyampaikan itu dan ini kepada Izan sambil mendakap lelaki tersebut. Muncul Artemis yang berjalan sama dengan Dareen di belakang. Sementara Mael bantu memegang beg di sebelah satu lagi.

Mereka bertiga saksikan hal tersebut.

Dareen, Mael dan Artemis di situ pandang dengan renungan judging masing-masing. Seorang berkerut kening tidak suka, seorang bersama renungan tidak berminat. Seorang lagi dengan senyuman sinis di bibir.

Sementara Artemis sudah memberi renungan skeptical dia saat lihat kemesraan dua orang itu. Girfriend ke?Mistress?Fling?Spare?Dia langsung tidak rasa terkejut sekiranya Izan mempunyai ramai perempuan.

Kalau Angelo boleh ada ramai perempuan simpanan, inikan lelaki bujang seperti Izan pula.

             Mungkin kerana sedarakan sesuatu, Izan terus bergerak ke tepi hendak jarakkan diri."Hai Luciana.."sapa Izan sambil menolak badan kurus itu menjauh darinya. Tangan yang ada di sekeliling bahu di tolak. "Sorry susahkan kau untuk uruskan semuanya semasa ketiadaan aku."

             Luciana terus merangkul lengan Izan dengan manja. Merapatkan hadapan dadanya pada lengan kekar itu. "Apa yang susahnya... macam la you tak biasa minta tolong pada I kan..."tersenyum-senyum bibir merahnya saat menatap wajah kacak yang sudah lama tidak ditemui itu.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now