CHAPTER TUJUH PULUH ENAM

464 72 0
                                    

Tak ada?

What the hell!

Artemis tuang semua isi beg ke atas katil. Lalu di sepah-sepahkan barang yang ada di situ. Cuba mencari barang yang dikehendakinya. Tapi tiada. lalu dia dapatkan beg sandangnya. Dituang juga segala isi yang ada. Kelam kabut tangannya cari setiap objek yang berterabur di situ. Tiada juga!

           "Urgggh!Mana kau phone!"ngerang Artemis kerana kejengkelan. Dia berjalan laju ke almari pakaian pula. Beg bagasi yang Izan bawa untuknya sekali ke situ di Tarik keluar dengan ganas sebelum di letakkan atas lantai dengan susah payah. Dia buka beg itu, tapi beg bagasi itu kosong tiada isinya.

Sudah dua hari dia di sini. Pasti Lila mencari dirinya di sana! kalau bukan kerana Izan culik dia pasti dia sempat ucapkan selamat tinggal pada kakak kesayangannya itu!

Boleh pulak telefonnya tiada dalam simpanan!

          "Seriously!"marah Artemis dengan rambut panjang berterabur diseluruh muka semasa berdiri tegak dari membongkok tadi. "mana phone aku!"bagasi di lantai itu kemudiannya di sepak ke tepi. Dia berjalan dengan marah ke arah pintu bilik. Hendak mencari seseorang yang boleh dapatkan dia Izan atau dua beradik lelaki tu supaya telefonnya di kembalikan!

Kedua-dua tombol pintu dipegang Artemis sebelum dia Tarik pintu itu ke dalam. Baru sahaja kakinya melangkah keluar dari bingkai pintu tu, mukanya menyembam sesuatu. Buatkan dia berundur semula ke dalam kerana terkejut.

          "Adui...siapa pulak letak tiang dekat tengah-tengah jalan ni!"bebel Artemis. Sudahlah dia tengah geram sebab tak ada telefon! Pandang saja Artemis ke depan, dia terkejut lepas sedar yang dilanggarnya bukan tiang tapi sebaliknya orang.

Dua lelaki buffy berdiri di situ memandangnya dengan grumpy. Muka masing-masing macam nak cari gaduh.

Artemis pandang mereka.

Mereka pandang Artemis.

Bila dua-dua pihak tidak berkedip, Artemis yang terlebih dahulu berkata.

          "Mana Izan?"tanya Artemis marah-marah. Keningnya berkerut sebab tak puas hati. Dah la dia tengah lapar sekarang ni. Sejak Luciana datang cari pasal awal pagi tadi, sampailah dah habis waktu makan tengah hari, setitis air pun dia tak teguk inikan lagi makanan! Makin menggerutu jengkel Artemis dibuatnya.

           "Tuan Izan keluar menguruskan sesuatu."jawab lelaki Buffy No.1.

            "Call dia sekarang...ada sesuatu yang saya nak katakan pada dia.."arah Artemis.

             Lelaki Buffy No.2 pandang Artemis dari atas ke bawah. "Cik hendak ke mana?Tuan arahkan kami supaya cik tidak keluar dari ruangan ini sehingga beliau pulang.."

             Artemis pandang dengan marah ke lelaki Buffy No.2. Banyak pulak soalan!Geram dia. "Saya kata call Izan sekarang."arahnya lagi.

Lelaki Buffy No.1 pun apalagi. Dia pun menurut la. Telefon dari balik kot dia keluarkan. lalu skrin telefon itu di sentuh itu dan ini. Mungkin mendail nombor Izan. Setelah itu dia bawa telefon itu ke telinga.

            Artemis yang perasan terus menyilang tangan ke dada. "Di mana Luciana?Perempuan tu ada dekat rumah ke sekarang?"

            Sambil menunggu panggilannya di angkat, Lelaki Buffy No.1 menjawab. "Cik Luciana ada di tingkat dua. Mungkin sedang berehat."

            Artemis berdengus. "Boleh pulak perempuan tu berehat lepas biarkan aku kelaparan dalam bilik satu hari ni ya?"ujarnya bernada sinis.

Waktu itulah panggilan tadi dijawab. Suara Izan menyapa dalam corong telefon tidak lama kemudian.

        "Ya, Bob. Ada apa?"

         Lelaki Buffy No. 1 itu terus memandang Artemis. "Tu-"baru aje nak cakap tiba-tiba telefon dekat tangan lesap. Bila dia pandang Artemis yang rampas!

         "Izan!"marah Artemis tak semena. Telefon hitam itu dicengkam dengan erat."mana phone saya?kenapa dompet saya tak ada bersama dengan saya?mana awak?Balik ke sini sekarang atau saya tunggang terbalikkan isi rumah ni!"arahnya dari balik ketapan gigi.

Untuk beberapa saat panggilan itu senyap tiada suara.

          Artemis hairan. Dia jauhkan telefonnya dari telinga untuk tengok skrin. Mute ke phone ni?Atau dia terputuskan panggilan?Bila dah tengok skrin, masih dalam connection. "Hello?"Artemis kembali bawa phone ke telinga. "Dengar tak?"

TUT!

Terus putus panggilan tu.

           "What the f*ck?"Artemis mencarut dengan nada tak percaya lepas panggilannya di putuskan begitu. Berani betul Izan perlakukan dia begini!

           "Kredit habis ke Bob?tanya lelaki Buffy No.2 tak semena.

           "Suka hati kau aje bila bercakap kan Marco!"marah lelaki Buffy No.1 itu.

Terus Artemis serahkan telefon itu semula ke Bob. Dia gerak masuk ke dalam bilik semula sebelum tutup pintu dan kunci selak pintu tersebut. Geram dengan Izan.

Konon nak jaga dia dengan baik!

Sekali tu apa dia dapat?

Sebaliknya dia dapat layanan 'istimawa' dari kawan baik Izan, si Luciana tu!

Telefonnya di rampas.

Biliknya di kawal!

Nanti apa pulak!

Elok sakit dia tidak melarat, jadi semakin melarat bila bersama Izan!

Elok sakit dia tidak melarat, jadi semakin melarat bila bersama Izan!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now