CHAPTER LAPAN PULUH SATU

495 72 2
                                    

Tangan bercincin paku warna hitam itu mengusap-ngusap bilah bahu yang dipeluknya sewaktu Izan duduk di samping Artemis dalam bilik bacaan itu menemani dirinya meneliti kerja kerja. Seusai makan malam tadi, Izan mengajak Artemis untuk bersama dengannya memandangkan dia agak sibuk kebelakangan ini.

Enggan membuatkan Artemis disisihkan Izan pelawa untuk turut sama dengannya.

Sementara itu, Artemis yang bersandar ke tepi badan Izan merehatkan kepalanya di bahu lelaki itu. Tangannya melingkar di sekeliling depan dada Izan. Iv drip tertusuk pada belakang tangan yang sama. Sejak ada di situ dia hanya dengar bunyi selakan kertas dan desiran kayu api di perapian bilik bacaan itu.

Artemis termenung lama.

             "Hei...Izan."panggilnya dengan suara orang sedang mamai hendak tidur.

             "Hmm?"jeda Izan pendek.

            "Awak tahu...kalau saya di tempat Luciana saya akan buat perkara yang sama..."tenung Artemis akan jarum drip yang sedang mengalirkan ubat kemoterapinya.

            Kepala Izan berpaling ke tepi, dia tunduk memandang wajah Artemis di bawah lehernya ketika itu. "Apa maksud kau?"

            "Yalah. Kalau saya rasa insecure dengan kedudukan saya, saya pun akan buat perkara yang sama untuk hapuskan punca perasaan insecure tu dengan cara sama Luciana lakukan..."ulang Artemis. "Macam situasi yang berlaku hari ni....jadi awak jangan rosakkan persahabatan awak dengan Luciana hanya kerana saya."tambahnya lagi. "Dia bencikan saya sebab saya dah rampas posisi dia dari sisi awak...mungkin kalau awak fikir sekali lagi, better lagi Luciana yang cantik tu dari saya yang sakit ni.."

Untuk beberapa saat Izan diam kerana hendak fahamkan apa yang Artemis cuba sampaikan. Keningnya berkerut-kerut dalam proses.

             "Salah dia jugak sebab tak faham bahasa."beritahu Izan dengan mendatar.

              Artemis tolak dirinya dari bersandar pada Izan kerana ingin pandang muka itu sepenuhnya. Namun tangan Izan enggan mahu lepas dari pelukan di bahunya. "Izan-"

             "Dengar Artemis!"

Terkatup semula mulut Artemis. Dia pandang tidak berkedip akan mata Izan.

            "Selain kau tak ada siapa yang aku mahukan. Untuk itu, aku nak kau terima rawatan seperti budak yang baik sehingga sembuh selepas tu kita kahwin. Aku akan jaga kau dengan baik. Jangan sibuk hal lain."pintas Izan serta merta. "Doktor beritahu aku kanser kau di peringkat awal. Jadi peratus untuk sembuh tu tinggi. Tak perlu fikir hal lain. Cuba belajar untuk sayangi diri sendiri dulu baru fikir orang lain. Kau dah lakukan hal yang cukup untuk kesenangan semua orang.."renungan tegas terarah pada dua mata Artemis.

Sampaikan Artemis yang pandang kelu lidah kerana begitu terkesan. Dia pandang tidak berkelip waktu itu walaupun jantung di dalam rusuk berdegup bagai nak gila. Renungan Izan cukup beritahu Artemis yang lelaki itu benar-benar maksudkannya.

Lantas Izan capai tepi muka Artemis. Dia pegang dengan lembut sebelum Tarik kepala Artemis dekat padanya. Membuatkan hidung mereka saling bertembung. Merapat sahaja wajah mereka, mata Izan gerak ke kanan dan kiri memandang mata Artemis.

              "Even saya tak cintakan awak?Awak masih mahu berkahwin?"

Izan berdengus saat menarik senyuman famous  sinisnya.

             "Love me like I do to you...that's all I ask..."bisik Izan di depan bibir Artemis.

Sambil menahan nafasnya, Artemis pandang Izan dengan renungan kagumnya. Dia berasa tak percaya begitu charming sekali Izan waktu itu dan dia hampir hanyut dengan renungan itu. Untuk sesaat dia percaya Izan. Untuk sesaat dia mula mahu move on dan terima Izan.

              "Boleh ke saya percayakan awak Izan?"soal Artemis tangannya naik memegang lengan tu. Niatnya mahu turunkan tangan Izan tapi entah kenapa dia hinggapkan aje tangannya pada lengan Izan.

              "Dengan nyawa aku sendiri."Izan kucup dahi Artemis dengan mata terpejam untuk seketika. Memegang tepi kepala itu dengan erat.

Kucupan itu membuatkan Artemis sama-sama memejamkan mata. Dia takut dikecewakan lagi. Menanggung rasa sakit di khianati tu bukan mudah. Ianya meletihkan dan menyeksakan. Hela nafas panjang dilepaskan dengan mengalah.

Fine....

              "Okay."

              Izan menjarakkan sedikit  wajah sebaik mendengar permintaan itu. Kepala Artemis di diangkat ke atas sambil tu. Mahu membaca garis reaksi di wajah Artemis. Dia cuba dapatkan kepastian dengan renungan Artemis. "Kau janji?"

             Artemis mengangguk kepala. "Mm."jedanya pendek.

              "Okay."Izan tarik Artemis ke dalam pelukannya semula dengan senyuman lega di bibir. "Terima kasih Artemis.


 "Terima kasih Artemis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi.

😅

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now