↭CHAPTER SEMBILAN↭

725 90 12
                                    

Dengan perasaan penuh debar sampaikan berpeluh tapak tangan walaupun suhu ruangan itu dibawah 27 darjah celcius dia duduk di situ seperti anak kecil ketakutan diberi rawatan dalam klinik gigi

Berlecak ketiak dibuatnya!

Siapa je yang tak berdebar taktala menunggu keputusan dari doctor dibacakan selepas jalani pelbagai jenis check up!

Tahu tak dari subuh tadi dia tiba di hospital.Sampai la ke petang baru selesai. Itupun kena tunggu keputusan dapat esoknya. Mujurlah bukan selalu dia buat check up!

Kalau selalu mahunya muntah hijau jugak karang!

Kenapa Artemis buat check up?

Bukan apa...beberapa bulan sekali dia akan jalani medical check up. Saja nak jadikan rutin. YalahNak hidup lama kan?Kena la bagi effort sikit. Jangan bagi effort dalam relationship dengan kerja aje. Tubuh badan pun kena di titik beratkan jugak.

Tapi itu la kan

Check up kali ni tak macam kebiasaan.

Memang banyak gila kali ni yang dia kena check. Semua ni gara-gara lepas doctor check darah.Katanya ada yang tak kena dengan result yang mereka dapat, dia diberitahu untuk buat medical check up yang lebih mendalam lagi.

Nak patah pinggang rasa. Sekejap check itu sekejap check ini. Kalau boleh seharian dia duduk dalam hospital ni. Antara check up yang dia buat, Pemeriksaan sejarah perubatan. Pemeriksaan tanda-tanda penting. Pemeriksaan fizikal.

Antara check up yang banyak-banyak ni, Artemis sangkut di bahagian Cek Sokongan.

Cek sokong ni adalah Pemeriksaan makmal yang dilakukan dengan mengambil sampel darah, air kencing, atau najis untuk melihat bilangan sel darah, kolesterol, gula darah, atau bahan kimia yang merupakan penanda fungsi organ, serta mengesan keabnormalan dalam air kencing dan najis.Pemeriksaan pengimejan.Pemeriksaan pengimejan, seperti ultrasound dan gambar X-ray, digunakan untuk melihat keadaan organ dalam badan pesakit dengan lebih jelas. Organ yang boleh diperiksa termasuk paru-paru, hati, pankreas, buah pinggang, limpa, pundi kencing, dan rahim.Pada wanita, pemeriksaan foto X-ray payudara (mammografi) atau ultrasound mammae (payudara) dilakukan untuk mengesan tumor payudara. Pemeriksaan rekod jantung. Pemeriksaan rekod kardiak atau elektrokardiografi (ECG) adalah prosedur untuk merakam aktiviti elektrik jantung menggunakan elektrod kecil yang dilekatkan pada kulit dada, lengan, dan kaki.Pemeriksaan ECG boleh dilakukan dalam kedudukan berbaring atau semasa melakukan aktiviti, seperti berjalan di mesin treadmill.

Selepas jalani semua pemeriksaan tu, keputusan pun keluar. Pihak hospital hubungi Artemis untuk hadir bagi menjalani sesi kaunseling bersama doctor pakarnya.

Bukan main special lagi tu!

Ingatkan result biasa-biasa macam exam.

Sekali tu!

Amik kau rokiah!

"Berdasarkan laporan kesihatan yang kami terima, Cik Artemis disahkan menghidap chronic myeloid leukemia tahap satu.Result yang kami peroleh dari darah tempoh hari terdapat keganjilan. Dan keputusan tersebut jelas beritahu bahawa cik menghidap kanser."beritahu doctor wanita yang dikenali sebagai Sophea Lin kepada Artemis saat menyerahkan helaian kertas berisi maklumat keputusan pemeriksaan Artemis.

Mata Artemis terarah pada kertas yang disuakan. Buat sesaat tanganya teragak-agak hendak mengambilnya. Namun dia capai juga kertas itu. Butiran halus pada kertas tersebut di teliti seketika. Hampir nak tergelak jugak dia. Yalah, Bahasa sain kut....siapa aje yang reti nak baca semua ni?

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now