CHAPTER ENAM PULUH EMPAT

459 64 1
                                    

Perlahan-lahan dan penuh berhati-hati, Elio jalan mendekati kerumunan itu sehingga dia tiba beberapa meter di antara Izan dan Angelo. Dia pandang akan mereka silih berganti. Dia dengar apa yang Angelo baru sahaja katakan sebentar tadi.

          "Betul ke apa aku dengar tadi?"soal Izan semasa memandang Angelo lalu ke Elio.. "Yang bunuh ayah aku malam tu adalah Elio bukan parents Artemis?"

Kepala Elio tersentak ke Izan apabila dengar suara tak percaya itu. Dia tatap wajah bekas sahabat baiknya itu dengan kening mencerun dan rahang terketap bengang.

Tidak semena bunyi tepukan kedengaran.

           "Hahahah....wah!"Angelo bertepuk tangan. "Perjumpaan semula selepas 10 tahun..akhirnya!"ketawanya dengan senang. Sungguh tak di sangka. Lain yang dia mahukan!Lain pula yang jadi!

           "JAWAB AKU!!!"tempik Izan begitu lantang hinggakan suara itu bergema ke setiap penjuru tempat itu.

Lantas Angelo jalan dekati Elio. Dengan bersahaja dia rangkul bahu Elio sebelum memandang Izan.

            "Well...my friend?You heard him?"kata dia saat aju tangan ke Izan. "Memandangkan kau dah temui aku...dan Izan..apa kata kau selesaikan semua urusan ni supaya keparat ni berhenti ganggu hidup aku?"

Izan yang tidak sabar itu terus berjalan laju ke arah Angelo dan Elio. Dia hayun penumbuk ke muka Angelo sebelum mencengkam kolar baju Elio lalu menumbuk muka lelaki itu pula.

Dengan serentak kedua-dua lelaki itu jatuh terduduk ke belakang.

Hal tersebut anak buah Izan, Angelo dan Elio masing-masing bergerak hendak lindungi ketua mereka. Namun Dareen, Mael dan Leon hentikan mereka supaya jangan bergerak. Nak tak nak terpaksa la mereka semua di situ berdiri dan saksikan tiga orang lelaki dewasa itu saling bertumbuk antara satu sama lain!

Elio yang bangun dulu terus menerpa ke arah Izan. Dia berikan tumbukan kuat ke pipi kanan Izan hingga menyebabkan Izan terundur ke belakang.

              Sambil berdiri melangit, dia tunduk memandang Izan."Ya!Memang aku yang bunuh ayah kau!Sebab ayah kau yang fitnah aku sampai aku yang kena humban masuk penjara!Kalau bukan sebab ayah tak guna kau tu mama aku masih hidup!Dan aku takkan hidup dalam keadaan serba salah sebab kau bunuh ayah dan ibu Artemis macam tu aje!Orang yang selamatkan aku!"jeritnya pula.

Angelo bangunkan dirinya dari lantai berdebu itu sambil dengar akan luahan hati Elio.

             Izan apalagi, dia tanpa berlengah terus berlari ke arah Elio sebelum hayun kaki panjangnya untuk menyepak tepi kepala tu. "S*ALAN!KAU MEMANG TAK GUNA!!!"

Kaki Izan berjaya ditepis oleh Elio dengan tangan kekarnya. Dia hadang tepi kepala dengan lengannya sebelum tercampak ke tepi dimana Angelo sedang bangun berdiri.

Dan sekali lagi dua orang itu terjatuh ke tepi semula.

             "WHAT THE F*CK!"marah Angelo saat tolak badan Elio jauh dari dia setelah lelaki itu menghempap dirinya. Apahal dia pun kena jugak!?

Mael, Dareen dan Leon yang saksikan hal itu masing-masing sudah buntu. Nak dibiarkan buat malu di pandang semua anak buah di situ, kalau di halang mereka pula yang kena tempiasnya nanti.

              "Siapa yang tak guna!Kau tu yang tak guna!Kau sanggup biarkan aku dengan Angelo terseksa sebab ayah tak gunakan kau!Dan sekarang aku takkan biarkan kau hidup!" marah Elio saat mengeluarkan pistol dari poket belakang seluarnya lalu menarik atas senjata itu ke belakang tanpa berlengah.

Izan berdiri di situ perhatikan Elio bersama darah mengalir dari tepi bibirnya. Dia sedikit pun tidak berasa gentar. Peluru adalah makanan dia! Nak tembak?Tembaklah!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now